Bab 11: PERGADUHAN

535 18 1
                                    

Qirah yang sedang merenung gambar familynya di dalam Iphone miliknya terkejut apabila seseorang telah merampas fon tersebut daripada tangan dia sendiri. Qirah terus bangun.

"Harris bagi balik fon aku". Pinta qirah kepada harris.

Harris melihat gambar di handphone milik qirah dan tidak endahkan permintaan Qirah.

"Harriss!". Bentak qirah.

Qirah cuba untuk merampas fonnya semula dari tangan harris tapi sayang tidak berjaya.

" nak ni?". Tanya harris sambil menunjukkan handfone qirah.

Qirah lagi sekali cuba untuk merampas tapi sayang harris dengan lajunya mengganggkat tangannya ke atas.

Qirah melompat tetapi masih tidak sampai.

"Alololo, siannya dia tak sampai". Sakat harris.

"Bagi laa balik fon aku". Pinta qirah dengan nada keras.

"Okey boleh jer nak bagi balik, tapi kau kena laa minta baik-baik, lembut-lembut, baru aku bagi balik". Jelas harris.

"Apa masalah kau ni harris, itu fon aku laaa". Bentak qirah.

"Aippp, bukan macam tu caranya qirah, cakap elok-elok lagi, senang citer merayu laa". Jawab harris sambil menyorokkan tangannya yang memegang fon qirah ke belakang badannya.

Qirah mengeluh geram.

"Cepat laa merayu, kalau kau tak merayu aku bawak pergi fon kau ni". Ugut harris.

"WHATT?? Kau ni dah melampau harris". Marah qirah. Lagi sekali qirah mencuba untuk mengambil fonnya kembali tapi masih lagi gagal.

Harris ketawa gembira melihat riaksi qirah. Ketawa harris mati apabila ada seseorang merampas fon qirah dari belakang.

"Nah qirah". Lelaki tersebut memberi fon tersebut kepada pemilik asalnya.

"Thanks, danish". Jawab qirah.

Harris memandang danish dengan riak tidak puas hati. Naim, haziq dan haikal juga memandang danish dengan wajah tegang mereka.

Qirah mahu beredar dari situ bersama dengan danish tetapi harris menghalang danish.

"Apa masalah kau bro?". Tanya harris serius. Muka harris sangat menyeramkan bagi qirah, belum pernah lagi dia melihat muka harris seperti itu.

"Aku tak ada masalah dengan kau, aku cuma nak tolong qirah". Jawab danish dengan tenang.

"So kau nak jadi hero laa ni?". Perli harris.

"Sorry bro, qirah jom". Danish tidak mengendahkan soalan harris.

Belum sempat mereka berjalan keluar dari pondok tersebut harris dengan kasar menolak danish dengan kuat sehingga danish terjatuh diatas rumput berdekatan tasik. Qirah terkejut dan terdiam dengan tindakan harris yang sangat kasar.

"Itu makan dia, kalau kau berani masuk campur dalam urusan aku". Marah harris.

"Kau nak jadi hero sangatkan". Perli harris lagi.

Danish bangun dan membersihkan sedikit bajunya.

"Bro aku tak nak gaduh dengan kau, kitaorang dah lambat ni nak masuk kelas". Jelas danish tenang.

Danish memang tak ada niat mahu bergaduh dia hanya ingin membantu qirah.

"aku peduli apa, kau ada kelas ataupun tak, sekarang ni kau dah kacau aku dan aku memang tak puas hati bila ada orang BERLAGAK nak jadi hero". Balas harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now