Harris dan Haikal baru selesai lunch bersama client mereka di sebuah restorant yang berada di dalam mall.
Sengaja Harris tidak membawa Qirah sekali untuk makan tengah hari bersama client mereka kerana Harris cemburu apabila clientnya berborak dengan Qirah.
Sedang asyik berborak dengan Haikal tentang projek baru mereka Harris di sapa oleh seorang wanita.
Mata Harris membulat apabila melihat wajah wanita tersebut. Haikal juga terkejut dengan kemunculan wanita ini di tengah shopping mall.
"Harris, tak sangka boleh jumpa you dekat sini. You sihat?". Tanya wanita itu kepada Harris.
---
Harris dan Haikal menjejaki kaki mereka di pejabat setelah selesai lunch bersama client. Mata Harris menangkap satu susuk tubuh yang amat di kenali iaitu tubuh wanita kesayanganya Qirah.
Perasaan cemburunya mula menular apabila melihat Qirah bercakap dengan pekerja lelakinya. Entah mengapa, Harris tidak gemar melihat wanita pujaannya itu bercakap dengan lelaki lain walaupun dirinya tahu Qirah hanya berborak dengan lelaki atas tujuan kerja sahaja.
"Ehemm.. Puan Shaqirah, nanti dah selesai urusan, terus masuk bilik saya ya". Tegur Harris kepada Qirah.
Qirah memandang ke arah Harris lalu menganggukan kepalanya.
"Cepat sikit ya". Kata Harris lagi.
"Iyaa.. Encik Harris nanti saya datang". Balas Qirah.
Qirah kembali fokus untuk memberi penjelasan kepada orang bawahanya itu. Harris menyambung jalannya menuju kebilik pejabatnya.
"Jeles ke bro?". Usik Haikal.
"Diam ahh.. nah ambik ni lepas tu kasi settle mana yang patut". Kata Harris sambil memberikan proposal kepada haikal.
"Aikk.. aku pulak yang kena buat? Tadi bukan main lagi cakap kau yang nak settlekan". Balas haikal.
"Kau bos ke aku bos sekarang ni?" Tanya Harris kembali.
"Yela yela.. aku buat.. sebab jeles punya pasal, aku pulak yang jadi mangsa". Bebel Haikal.
"Hahh.. bunyi.. aku tambah lagi kerja kau, baru tahu". Ugut Harris.
"Ehh. Jangan macam tu bos.. kerja patik sekarang ni banyak yang pending lagi bos.. kesihani laa patik". Kata Haikal.
"Bhahaha.. melebih nampak.. dah pergi settel kerja kau tu.. but the way thanks bro". Kata Harris sambil menepuk bahu Haikal.
"No problem bro". Balas Haikal.
Melihat Harris berjalan kedepan menuju kebiliknya Haikal terus membebel sorang-sorang.
"Haihh.. nasib baik laa kau bos aku.. kalau tak dah lama aku cebik kau Harris. Tadi bukan main cakap nak settel, last-last akuuu juga yang kena". Bebel Haikal.
"Cakap dengan siapa Haikal?". Tegur Qirah dari belakang.
"Allahu... terperanjat aku... hahaha.. hehehe.. tak ada siapa-siapa Qirah.. err aku settel kerja dulu.. hehehe". Jawab Haikal dengan nada gugupnya.
Qirah hanya mengelengkan kepalanya lalu menyambung jalannya semula menuju ke bilik Harris.
Sampai sahaja di depan pintu bilik Harris, Qirah menegetuk pintu bilik Harris beberapa kali lalu membuka pintu tanpa menunggu arahan dari Harris.
"Kenapa panggil saya masuk?". Tanya Qirah.
"Kot ya pun masuk laa dulu.. meh sini kejap lepas tu tutup pintu". Arah Harris.
YOU ARE READING
Jodoh yang di takdir (Complete)
Romance☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15 tahun telah menyebabkan perwatakan qirah berubah menjadi kurang ajar. Dahulunya sangat hormat kepada ayahnya tetapi perasaan hormat telah h...