02

85 27 8
                                    

16 Jun 2001.

" Haha budak miskin, budak miskin! "

" Mama kau mesti suka pakai baju buruk kan? Sebab tu baju kau pun buruk! "

Jisoo hanya mampu diam, membiarkan dirinya dibuli oleh dua orang kanak-kanak lain.

Ya. Tidak dinafikan, uniform yang dipakai oleh Jisoo agak lusuh jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak lain.

Ini kerana uniform tersebut hanyalah uniform terpakai yang diberi oleh jirannya.

" Sudahlah! Kalau baju kita buruk pun, kenapa? Kacau awak semua ke? " Jisoo cuba untuk bangkit, namun malangnya dia ditolak lagi oleh budak-budak lain.

Kali ini dia ditolak dengan lebih kuat.

Mungkin sebab dia melawan tadi.

" Hei, budak miskin! Dengar sini, kau sepatutnya— " belum sempat budak pembuli itu menghabiskan ayatnya, pipinya ditumbuk oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali.

" MUMMY!!! " terus lari lintang-pukang budak itu dibuatnya.

Rakannya yang lagi seorang juga mengikutnya lari ke arah tandas.

Ada hati nak jadi pembuli, baru kena tumbuk sedikit sudah menangis cari ibu.

Tak sangka budak enam tahun pun sudah pandai membuli.

Jisoo jadi keliru, siapa pula budak yang tolong dia ni?

" Awak siapa? " soalnya ringkas.

" Saya? Nama saya Yoon Jeonghan. " kanak-kanak yang memperkenalkan dirinya sebagai Jeonghan itu cuba menarik tangan Jisoo untuk bangun.

" Saya tak pernah pun jumpa awak sebelum ni? " soal Jisoo lagi.

Rasanya dia tak pernah kenal pelajar tadika yang bernama Jeonghan.

" Saya baru masuk hari ni. Nama awak siapa? "

" Jisoo. Hong Jisoo. "

" Oh, hai Jisoo! Kenapa awak tak lawan mereka berdua tadi? Kesian awak, habis badan penuh dengan pasir. " soal Jeonghan, sambil tangannya menyapu pasir yang melekat di uniform Jisoo.

" Saya tak mampu...saya takut. " matanya mula berair, terkenangkan nasibnya yang sentiasa malang.

" Janganlah menangis! Saya kan ada? Saya boleh lindungi awak! " Jeonghan menepuk bahu Jisoo perlahan.

" Awak nak kawan dengan saya ke? Saya miskin... " nada suara Jisoo mulai perlahan.

" Saya tak kisahlah, yang penting sekarang saya perlu lindungi awak. Jadi tak adalah awak kena kacau lagi! " ucap Jeonghan dengan penuh bersemangat.

" Terima kasih, Jeonghan... "

Tanpa Jisoo sedar, itu adalah permulaan untuk segala penderitaan yang akan dihadapi apabila dia meningkat dewasa kelak.

Tanpa Jisoo sedar, itu adalah permulaan untuk segala penderitaan yang akan dihadapi apabila dia meningkat dewasa kelak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗺𝗲 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁.Where stories live. Discover now