4 Februari 2002.
" Tengok tu, ada budak miskin! "
" Jangan kawan dengan dia, nanti kita jadi miskin macam dia juga! "
" Uniform pun mama orang lain belikan, mesti mama dia miskin sangat sampai tak boleh belikan uniform untuk dia. "
Jisoo hanya mampu memekakkan telinganya.
Ingatkan di tadika saja dia diejek sebegini, rupanya sudah masuk sekolah rendah pun sama sahaja.
Yang menjadi persoalan sekarang, bagaimana mereka boleh tahu bahawa uniform yang dipakai oleh Jisoo itu dibeli oleh ibu Jeonghan?
++++++
" Jeonghan...suruhlah cikgu tukar kelas. Saya nak sekelas dengan awak. " pinta Jisoo kepada Jeonghan yang sedang menikmati makanan.
" Kenapa? Awak kena ejek lagi ke? " soal Jeonghan tanpa memandang langsung wajah Jisoo.
" Yes... "
" Mana boleh macam tu, Jisoo. Awak kena hadap semua ni sendiri. Sampai bila awak nak harapkan saya? " jawab Jeonghan, kali ini dia memandang serius wajah rakannya.
" Kalau macam tu, tak apalah. Saya nak balik ke kelas saya dulu. Lagipun sekejap lagi waktu rehat dah nak tamat. " Jisoo hanya menunjukkan riak wajah kecewa dan perlahan-lahan bangun dari kerusi yang didudukinya dari tadi.
" Ingat tau, Jisoo! Lawan mereka semua tu! Jangan duduk diam saja! " sempat Jeonghan melaungkan nasihat kepada rakan baiknya itu.
Mungkin Jeonghan nampak baik.
Lagipun dia hanyalah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun.But, who knows?
His little tricks will cause someone suffers.
YOU ARE READING
𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗺𝗲 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁.
Fanfiction❝ Kau yang hancurkan kepercayaan aku terlebih dahulu, dan sekarang kau nak berlakon kononnya aku yang sakiti kau? Pathetic. ❞ 🌸START : 20 November 2021 🌸END :