"Rajin betullah kau ni Haneul!" Aku angkat muka, lelaki di hadapan aku tersengih-sengih sambil mengelap tangannya dengan sehelai kain.
Wonshik menarik kerusi di hadapan aku, aku tarik buku dan alat tulis, biar ada ruang untuk dia meletakkan tangan di atas meja itu.
"Kau dahlah pandai, rajin pula. Makanya, kau punya kepandaian tu jadi kuasa dua kau tahu?" katanya bersungguh sambil mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya, menunjukkan dua.
Aku sekadar tersenyum senget. Pandai tak pandai belakang kira, yang penting usaha nak belajar. Kalau pandai tapi tak rajin pun tak guna juga.
"Dari mana kau dapat teori kepandaian kuasa dua?" tanya aku, sekadar mengujinya. Wonshik tersenyum, terkembang-kembang hidungnya. Mungkin berasa bangga.
"Aku jumpa sendiri teori tu. Hebat tak aku? Boleh berdiri sama tinggi dengan Isaac Newton aku ni!" katanya mendabik dada, tangannya sempat mengambil french fries yang ada di sebelah buku aku.
Ah, biarlah. Sharing is caring tak gitu, fikir aku walaupun nak je aku halang tangan dia yang macam penyepit makanan tu, laju betul ambil makanan orang!
Aku sekadar tersenyum senget sebelum sambung buat latihan di hadapan aku sebelum tangan Wonshik betul-betul mendarat atas buku latihan aku.
Kurang adab betul anak ini!
"Aku nak bagitahu something!" katanya, seperti seseorang yang baru teringat sesuatu. Mungkin ada seseorang minta dia sampaikan pesanan kepada aku.
"Ada orang nak jumpa kau kat luar," katanya. Dah agak dah, tengok reaksi muka dia pun dah tahu dia nak cakap apa.
"Siapa?" tanya aku, kalau Wonshik tak sebut nama maksudnya dia tak kenal orang tu. Ah, normallah tu kalau Wonshik tak kenal, dia bukan satu sekolah dengan aku pun. Wonshik tu sekolah lelaki, dekat-dekat kawasan sini juga.
Mungkin yang nak jumpa dengan aku tu kawan sekolah aku kot.
Wonshik sekadar angkat bahu. Satu french fries diambil lagi, mulutnya dibuka luas. Macamlah french fries tu besar macam kayu balak.
Aku bertanyakan penampilan orang yang nak jumpa dengan aku tu, yalah bukannya ada seorang je kat luar tu, ramai kot yang makan kat restoran ni.
Aku kerja sebagai pelayan kat restoran ni jadi tak perlulah korang fikir aku anak tuan punya restoran ni. Kecualilah aku belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus, selepas tu aku beli restoran ni takpe juga.
Saat aku keluar dari pintu dapur itu yang menghubungkan dapur dengan ruang makan, aku ternampak seseorang melambai-lambai tangan, meminta aku datang dekat dengannya.
Aku berjalan tenang ke arah mejanya sebelum mengambil tempat di hadapannya. Dia tersenyum melihat aku.
Seingat aku, dia ni budak sekolah aku cumanya aku tak pernah sekelas dengannya sampai tahun ni. Kiranya aku kenal pun gitu-gitu je.
"Hai Haneul, saya rasa awak tak kenal saya walaupun kita satu sekolah." Dia membuka mulut terlebih dahulu, sesekali dia bermain-main dengan rambutnya yang ditocang satu, rambut hadapannya ditolak ke belakang.
Aku sekadar mengangguk, jujur jelah memang tak kenal. Tahu muka jelah, aku bukannya ada kuasa boleh teka-teka nama orang ke apa. Lagipun, bukannya nak kena bayar pun baru boleh tahu nama dia kan?
"Panggil saya Nana, Choi Nana," katanya lalu menghulurkan tangannya.
Aku menyambut hulurannya. "Haneul." Walaupun aku tahu yang dia sebenarnya dah tahu nama aku (dan baru je tadi dia sebut) aku cakap je, ni memang prosedurnya tak perlu tanya banyak.
"Saya pelajar kelas sebelah sebenarnya, satu kelas dengan Doyoung. Awak mesti kenal kan?" Aku angguk lagi.
Lagi-lagi Doyoung, di sana Doyoung di sini Doyoung di mana-mana Doyoung, berdosa eh takde kena-mengena pun. Saja nak buat lawak kurang gula.
"Kenapa panggil saya?" tanya aku, straight to the point malas nak berbasa-basi segala. Lagipun aku ada banyak juga kerja nak kena buat kat dapur. Dengan kerja sekolah lagi.
"Saya nak minta tolong dengan awak...boleh?" tanyanya lagi. Aku angkat kening.
Kejap, jangan cakap firasat aku sekarang ni betul, kenapa aku rasa apa yang dia nak cakap dengan aku nanti macam ada kaitan dengan Doyoung tu? Yalah, tadi dia juga yang sebut-sebut nama Doyoung tu.
Dengan peristiwa siang tadi yang aku 'diserang' oleh Mina perasan bagus tu, aku jadi lebih berhati-hati nak cakap dengan sesiapa sahaja yang aku tak berapa kenal. Termasuklah Nana ni.
"Nak minta tolong apa?" Aku cuba untuk kedengaran tak dingin supaya dia tak terasa dengan apa yang aku cakap.
Itulah salah satu sebab kenapa aku jarang buka mulut sebenarnya, sebab bila aku cakap aku selalu rasa takut orang akan terasa dengan cara aku cakap. Jadi lebih baik aku diam sahaja.
"Saya nak minta tolong awak jadi tutor saya boleh? Prestasi akademik saya merosot sebenarnya tahun ni sebab saya terlalu fokus dengan sukan." Dia meramas-ramas tangannya, tidak tahulah sebab malu ke atau itu memang habit dia.
Aku berfikir sejenak, tak pernah lagi aku dengar permintaan macam ni. Jadi tutor? Aku tak rasa aku bijak sampai tahap macam tu sekali.
"Saya tak rasa..."
"Tolong Haneul, saya merayu! Mak ayah saya dah membebel tentang akademik saya, awak je yang boleh tolong saya!" Dia memegang tangan aku erat, bersungguh betul minta aku ajarkan dia.
"Saya boleh bayar, serious talk! Berapa awak nak minta je," katanya. Aku angkat kening lagi, aku membuat kesimpulan yang dia ni berasal dari keluarga yang agak berada sampai berani-berani keluar statement macam ni.
'Tapi kalau betul apa yang dia cakap ni, apa salahnya aku cuba?' bisik aku dalam hati. Aku berkira-kira soal menjadi tutor kepada budak kelas sebelah ni.
"Takpelah, bagi saya fikir dulu." Aku bagi jawapan selamat. Nana tersenyum lega, mungkin dia merasakan permintaannya itu ada masa hadapan yang agak cerah untuk dilunaskan.
"Kalau macam tu, terima kasih Haneul. Maaf saya ganggu awak kat sini," katanya lalu dia meliar-liarkan matanya di sekeliling restoran yang agak padat dengan pelanggan sekarang. Sedari tadi, aku perasan yang dia tidak memesan apa-apa makanan dan minuman. Mungkin dia sudah makan atau dia sendiri yang tak biasa makan di restoran biasa-biasa macam ni.
Baiklah, aku bersangka baik. Mungkin telahan yang pertama. Yang kedua tu macam jahat sangat je tanggapan aku isk isk isk.
Aku melihat kelibatnya berlalu, baru perasan yang ada seseorang bersamanya, pemandu merangkap pengawal peribadi mungkin. Tipikal anak orang kaya, anak CEO Megah Holding dan seumpama dengannya.
Aku masih lagi terfikir-fikir tentang permintaan Nana. Aduh, aku pening!
------
Updatedddd maaf mesti korang bosan en tunggu aku update k aku tahu HAHAHHAHAHAHAH aku dah balik kampus so memang susah sikit weh, ni aku tulis pun berhari-hari. Aku pentingkan assignment aku dulu geng, baru boleh berjaya cewahhhh berjayalah sangat aku ni kalau berjaya aku dah belajar luar negara dah HAHAHAHHAH c'est french cafe lounge et c'est croissant et le Eiffel Tower PARISSSS
Rindulah nak makan kat dm, tak payah pun nak fikir duit cukup ke tak nak beli makanan 🥲
YOU ARE READING
• m&m • kim doyoung
Fanfiction[Completed] Kenapa ramai sangat yang nak perhatian daripada lelaki macam dia tu? © Kim Doyoung/ Doyoung TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 8 Start: 2021/11/19 End: 2022/03/24