9 : Angered

30 7 0
                                    

Tap
Tap

Laju kaki Taehyung dibuka menuju ke bilik pejabatnya. Di belakangnya pula, berderet pekerja bawahan yang menyambut kepulangan CEO di syarikat ternama itu.

" Selamat pulang dan selamat pagi, Tuan Kim. Saya dimaklumkan yang mesyuarat pagi ini telah dibatalkan atas persetujuan sekelompok oleh pengusaha-pengusaha lain. " jelas personal assistant Taehyung itu berkata-kata.

Tapi, apa? Dibatalkan? 76 orang tu semua, bersetuju untuk mesyuarat bulanan tentang perkongsian saham dibatalkan?

" Kenapa? Takkanlah diorang semua setuju batalkan mesyuarat tanpa sebab– "

" Sejujurnya ....kami semua bersedih atas pemergian anak pertama tuan. "


Taehyung jadi berang. Terus dia rasa ingin tendang semua benda.

" Oh. Mengarut, huh? Benda tu dah berlaku dua bulan lepas, dan sekarang orang-orang tua bodoh tu sengaja tunjuk keikhlasan tak guna diorang tu pasal anak aku? "

Fail-fail berkulit keras yang Taehyung selak daripada tadi itu terus dia lempar jauh ke tepi.

Berteraburlah tempat kerja pekerja bawahan dia yang ada di sekelilingnya.

Sahlah, api kemarahan membara kuat di dalam diri lelaki itu.




TBC

KTH ✔ [S2] CURSED BLOOD.Where stories live. Discover now