12 : Ego And Egoism

32 6 6
                                    

Setelah itu, berhari-hari sudah berlalu. Dan dua pasangan suami isteri itu tidak bercakap langsung, antara satu sama lain.

" .... "

Ryeon yang dari tadi menatap wajah Taehyung dengan riak wajah yang sukar dibaca itu menarik perhatian Taehyung.

Namun lelaki itu tak mahu berkata apa pun. Selain daripada dia senyum kecil, lelaki itu hanya akan memandang sekilas saja wajah cantik isterinya itu.

Entahlah. Hatinya tak rasa apa-apa. Benci atau suka, dia sendiri tak tahu.

Ryeon pula, dilanda kekeliruan. Ambil masa juga untuk dia lupakan kesedihannya itu, dan kini dia ingin meminta maaf daripada Taehyung.

Namun, hubungan mereka terasa renggang sekarang. Mungkin sebab tiada apa lagi yang boleh dibualkan pada waktu itu.


Dalam diam, Ryeon bencikan keadaan itu. Namun, ada juga salahnya dalam hal sedemikian.




" Pandang aku serupa kucing kebuluran. Apa kau nak? " soal Taehyung yang secara tiba-tibanya memulakan perbualan.

Sebabnya dia tahu sangat isteri dia tu nak cakap sesuatu.

Haih. Tiba-tiba saja rasa rindu membuak-buak dalam hati lelaki itu.


Akan tetapi, isterinya itu faham atau tidak?

Akan tetapi, isterinya itu tahu atau tidak?

Akan tetapi... isterinya itu mahu atau tidak berbaik semula dengannya?

TBC

KTH ✔ [S2] CURSED BLOOD.Where stories live. Discover now