Bab 2

66 5 0
                                    

Badan dicampakkan di atas katil, keletihan. Tudung dilucutkan dari kepala. Butang di hujung lengan dibuka dan membuka kedua -dua handsock yang dipakai. Storkin juga dibuang dan dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor. Matanya berat untuk dibuka lagi. 

Seketika pintu bilik diketuk dari luar. "Fatim, solat zohor dulu sebelum kamu nak tidur ke nak buat apa pun. Jangan lambatkan solat" Arahan diberi oleh babahnya diturut dengan malasnya. Mata terbuka luas. Allahhuakhbar. Pipi diketuk beberapa kali menyedarkan diri. Syaitan apa yang bergayut pada matanya sampai dia bermalasan sebergitu.

Getah rambut di atas meja belajarnya diambil dan mengikat sanggul rambut panjang paras pinngangnya itu. Pintu bilik dibuka dan terus menuruni tangga pergi ke dapur. Peti sejuk dibuka dan mengambil mangkuk yang sudah sejuk. Mangkuk tersebut dimasukkan ke dalam microwave dan nasi juga turut dimasak memandangkan ibu selalu membuat frozen makananan sebelum ke pejabat. 

Siap sahaja makanan dihidangkan di meja makan telefon dikeluarkan dan mengambil gambar hidangan tersebut dan menghantarnya pada Cheng. Lebar senyumannya apabila Cheng membalas dengan gambar makanan yang dia makan. 

"Amboi senyum sampai ke telinga kenapa? Boyfriend puji?" Usik Encik Hazmin yang baru tiba di meja makan. 

Fatim menggeleng laju. Babahnya nampak sahaja seperti supporting. Tapi jika dia tahu anaknya couple mahu kena gantung dekat kipas. "Fatim hantar gambar makanan ni dekat Cheng ." Cerita Fatim jujur. 

"Kamu jangan cakap kamu mengaku dekat dia yang kamu masak?" Sengihan terbit dibibir Fatim menandakan betul tekaan nya. Encik Hazmin hanya mampu menggeleng kepala dengan kerenah anaknya yang satu itu. 

"Semalam babah dengar mama papa dia bergaduh lagi. Kamu jumpa dia semalam?" Tebak Encik Hazmin . Dia juga turut dengar perbualan dua remaja itu semalam cuma dia hendak dengar sendiri dari mulut Fatimah tentang apa yang berlaku semalam.

"Hurm." Balas Fatim takut -takut.

"Babah bukan tak bagi kamu jumpa Cheng cuma waktu tu dah malam kan? Dah pukul 11 lebih. Babah dangan ibu pun dah masuk bilik. Tak baik keluar waktu malam tambah lagi keluar dari balkoni bilik ." 

"Tapi Fatim cuma nak rawat luka Cheng sahaja. Dia luka teruk bah. Papa dia hampir hentak dia dengan botol arak sebab dia tak nak minum sekali. Lengan dia luka teruk. Tengok muka pun dah lebam banyak. Kalau bukan Fatim yang tolong dia sapa lagi nak tolong? Fatim buka luas pintu bilik dan pintu balkoni tu. Lampu pun Fatim buka nak bagi terang." Dia tak mahu babahnya salah faham dengan niat sebenarnya ingin merawat Cheng yang dalam kesakitan.

"Tak elok jiran -jiran tengok kamu berdua bukan muhrim duduk dekat situ. Boleh jatuh fitnah walaupun kamu berdua dah bagi cukup pencahayaan . Kalau nak rawat dia rawat petang jangan malam. Tak manis. Faham?" Nasihat Encik Hazmin lembut. 

"Faham babah." 

"Bagus. Kejap lagi dia nak datangkan?" 

"Haah. Nak buat addmath sama -sama." Balas Fatimah.

"Babah teman. Kita duduk dekat kerusi luar." Mereka sambung makan dengan diam. 

Dengar sahaja salam dari luar Fatimah tegopoh -gapah berlari memakai tudung dan storkin yang memang sedari awal diletakan di sofa ruang tamu. Bergegas dia membuka pintu pagar mengamit Cheng masuk ke dalam kawasan rumah.

"Cepatnya awak datang. Saya baru nak main phone." Fatim melabuhkan duduk diatas kerusi yang memang tersedia disitu bersama buku dan peralatan menulis ditangan.

"Malas duduk dirumah mama macam tak nak cakap dengan aku sahaja jadi buang masa aku duduk seorang . Lebih baik aku datang belajar dengan kau sekurangnya dapat ilmu." Bukunya turut dikeluarkan dari beg dan diletakan di atas meja.

Mrs.Arian ChengWhere stories live. Discover now