Hari pertama puasa. Mata dipisat -pisat menghilangkan kantuk. Jam loceng yang gamit berbunyi dia tutup dan tudung sarung yang tergantung dikepala katil dia capai dan memakainya. Dengan berhati -hati dia melangkah turun dari balkoni bilik dan berjalan ke balkoni jiran sebelah.
Pintu balkoni bilik tersebut diketuk kuat. "Cheng bangun sahur!" Fatimah berhenti seketika menunggu respon tapi masih diam. "Cheng sahur!" Satu ketukan kuat dia beri.
Terselak sedikit langsir menandakan Cheng sudah pun bangun. Fatimah senyum puas. Dia masuk kembali ke dalam rumah dan turun kebawah membantu Puan Husna menyediakan juadah sahur.
"Morning ibu." Sapa Fatimah mesra.
Puan Husna tarik senyuman kecil. "Morning anak ibu."
"Cheng datang sahur sini ke?" Berkerut kening memandang ibunya sudah siap bertudung. Mereka hanya bertiga buat apa perlu bertudung jika anak jiran sebelah tidak datang.
"Kamu yang ajak dia sahur rumah kita, kamu yang lupa." Bahu Fatimah dilanggar perlahan, mengusik.
Basikal dikayuh perlahan. Babah ada seminar selama seminggu di luar jadi mereka berdua perlu ke sekolah menggunakan basikal selama seminggu di musim puasa.
"Morning Az-Zahra." Sapa Cheng. Kayuhan diperlahankan seiring Fatimah.
Fatimah mengalihkan wajahnya sedikit dan tersenyum kecil. "Morning Jashua."
"Yuks, I don't like you call me Jashua. Er don't like -don't like." Kepala digelang beberapa kali dengan mimik muka geli. Semua orang memanggilnya Jashua kecuali keluarga terdekat jadi dia sudah terbiasa orang memanggilnya dengan gelarang 'Cheng' dari 'Jashua'.
Apabila nama pertamanya itu keluar dari mulut Fatimah kedengaran kurang enak? Tak sesuai langsung.
"That's your name too, dude." Dengan riak tak bersalah Fatimah berhujah.
"Ish -ish, kau. First day puasa dah carut. Tuhan kau potong lidah baru tahu." Fatimah menjeling malas dan kembali focus pada kayuhan. Tak pernah tak annoying.
"Tengah kutuk dalam hati ke tu cik adik?"
"Diam boleh tak? Saya tengah menerapkan sikap tahan carut dalam diri ni." Fatimah merengus kasar. Nasib bulan puasa kalau tidak sudah lama dia carut.
Loceng sekolah menandakan waktu rehat. Kebiasaan sewaktu bulan puasa pelajar muslim digalakan turun ke surau kerana diadakan tilawah al quran.
Fatimah Menyimpan bukunya ke dalam beg dan terus berdiri berura -ura ke surau sekolah.
"Fatimah." Panggil seseorang dari arah belakang. Fatimah memalingkan wajahnya ke arah gerangan tersebut.
"Kenapa? Saya nak ke surau ni."
Cheng garu kepala. Tak kan dia nak ke surau jugak? "Aku tak tahu duduk mana. Jom lepak library teman aku." Ajak Cheng.
"Tapi saya nak turun surau tilawah." rungut Fatimah perlahan.
"Alaa kau bawa Al-quran pergi library. Jom teman aku please." Kedua -dua tangan dilekapkan bersama meminta simpati si gadis.
Kepala digaru. Babah tak ada di sekolah jadi boleh kot dia ponteng tilawah di surau. Fatimah mengangguk dan kembali ke dalam kelas mengambil al-quran yang selalu dibawanya. "Jom" Mereka beriringan ke perpustakkan sekolah.
Tempat paling tersorok sekali menjadi pilihan. Tidak ramai orang cuma ada beberapa orang pelajar non muslim yang sedang membuat hal masing -masing. Pelajar islam keseluruhannya di surau jadi perpustakaan kurang orang pada hari itu.
YOU ARE READING
Mrs.Arian Cheng
Romance⚠️Trigger Warning [TW] ⚠️ This story contains $ELF HARM, FAMILY ABUSE, ATTEMTED SUICIDE, MENTALHEALTH ISSUE! Terdapat pelbagai jenis ciri -ciri negetif di dalam cerita ini. Jika anda mudah trigger cerita ini tidak sesuai untuk anda. "Sayakan doktor...