Bab 10

30 3 1
                                    

"Hai. Nama aku Azim Al- Fateh. Aku dari Indonesia tapi aku lahir Malaysia. Saja claim duduk setahun sana. Selamat berkenalan. "Cukup ringkas dia memperkenalkan diri. Azim melambai dengan senyuman manisnya.

"Azim awak duduk sebelah Joshua. Joshua angkat tangan." Arah cikgu Kamal pada Cheng. Fatimah sudah panas punggung. Azim tidak boleh diletakan dengan pelajar lelaki lain.

Tangan di angkat tinggi. "Ya Fatim? Ada masalah?" Soal Cikgu Kamal.

"Saya sebenarnya sedara dia. Dia ada masalah mata tak boleh duduk belakang. Mungkin dia malu nak beritahu cikgu tapi umi dia sudah pesan supaya tempatkan dia di depan." Fatimah memberi cadangan. Kalau dengan nasihat tidak jalan dia harus menggunakan cara halus. 

Menjauhkan Azim dari semua lelaki!

"Oh ya? Azim awak boleh duduk sebelah Fatimah. Senang awak nak tanya nanti memandangkan kauorang sedara. Ada apa -apa lagi Fatim?"Fatimah menggeleng.  Dalah hati telah mengucap syukur lega. 

"Kita mula kelas kita sekarang." Semua sudah kalut membuka buku termasuklah Fatimah. Tiba -tiba tangan direntap kuat dari tepi. Terpapar wajah bengis Azim yang merenungnya tajam.

"Apa kau cuba buat, Fatim?" Soal nya perlahan tapi tegas sekali nadanya. 

"Jauhkan kau dari lelaki. Aku lebih kenal kau. Jangan macam-macam dengan aku. Jaga maruah Umi dengan walid. Ni bukan asrama kau, ni sekolah biasa." Amaran pedas diberi. Tangannya direntap kuat dari pegangan Azim.

"Itu urusan aku bukan kau. Kubur masing -masing." Fatimah kembali menoleh. 

" Kubur masing -masing tapi nanti bila aku disoal dalam kubur, aku akan terpalit sekali dengan dosa kau. Jangan nanti dalam kubur aku tak tenang dengar kau dihisab teruk menjerit melalak. Aku nak mati dengan tenang." Jangan dilawan ratu debat sekolah. Dia lebih padai berhujah. 

"Aku kakak kau ingat tu. Tanam dalam otak. Jangan guna otak tu menguning sangat dengan boyfriend kau."Sambung Fatimah sebelum kembali fokus pada pelajaran. 


Fatimah berjalan ke arah tempat Cheng. Mereka sudah bersepakat untuk ke perpustakaan bersama setiap kali waktu rehat. 

"Jom." Cheng mengangguk dan berjalan terlebih dahulu ke depan. Langkah mereka terhenti apabila Azim menghalang jalan.

"Hi Cheng. Lama tak nampak kau. Nak pergi mana? Boleh aku ikut?" Azim menyuakan tangannya pada Cheng tapi belum sempat disambut Cheng, Fatimah sudah membidas tangannya dengan pensil case unicorn miliknya. 

"Kau pergi surau. Teman babah aku tilawah al-quran. Semua pelajar ada di surau setiap kali waktu rehat. Kami ada hal. Jom Cheng." 

"Ehh jangan la tinggal aku. Aku mana tahu surau sekolah ni di mana. Aku ikut?" Azim menarik tangan Cheng menyuruhnya berhenti tapi sekali lagi pensil case Fatimah memakan tangannya.

"Sakitlah bongok!" Tangan diurut -urut. Fuh kalau pensil case kecil  tidak apa tapi pencil case sahaja dah macam beg makeup penuh barang.

Fatimah menarik lembut tangan juniornya yang baru sahaja melintasi mereka.

"Tina tolong bawakan Azim ke surau jumpa Ustaz boleh? Saya ada hal. Terima kasih tolong." Satu senyuman paling manis dia beri. Bahu Tina ditepuk perlahan. Menyedarkan gadis itu yang masih terpinga -pinga.

Tiba sahaja di perpustakaan mereka mengambil tempat masing -masing. Fatimah melabuhkan duduk berhadapan dengan Cheng.

"Kenapa kau halau dia? Korang gaduh?" Tebak Cheng. 

Fatimah tutup mulut ketawa. "Saya tak suka ramai orang. Lagipun bagus apa dia pergi surau boleh bertaubat sekali"

"Bertaubat untuk?" Cheng cuba mengorek. 

"Ehh pagi tadi sahur awak makan apa?" Fatimah cuba mengubah soalan. Dia tidak mahu menceritakan aib Azim. Cukup dia seorang sahaja yang tahu.

"Minum milo sahaja. Lambat bangun." Balas Cheng pendek.

"Boleh pulak awak tahan. Dulu makan 2 pinggan pun tengah hari dah lembik. Ni bertenaga je awak." Fatimah menggeleng kepala dan mula membuka al-quran nya.

Cheng mencebik. Mereka meneruskan kerja masing-masing tanpa bersembang.

"Tahun ni balik raya rumah tokma kan ibu?" Soal Fatimah memecah kesunyian. Balik sahaja dari solat terawih mereka sekeluarga mengambil angin malam di hadapan rumah bersama. 

"Ya, kita balik rumah tokma." Puan Husna menjeling Encik Hazmin yang diam dengan wajah yang pasrah. Setiap tahun mereka akan bergilir -gilir pulang ke kampung masing -masing.

"Err nak ajak Cheng sekali boleh? Kesian Cheng dia dah la puasa penuh nanti dia nak raya dengan siapa ? Tokma pun mesti rindu Cheng." Sekali nafas Fatimah mengemukakan permintaannya.. Harap Ibu dan babahnya membenarkan. 

Mereka saling berpandangan kemudian memandang Fatimah yang masih dengan muka berharap itu. "Ajaklah lagi ramai orang lagi bagus." Kepala Fatimah yang tersarung terlekung diusap penuh kasih.

"Betul? Aduh sakit perut. Fatim masuk bilik dulu. Assalamualaikum." Perut ditekan -tekan dengan riak wajah menahan sakit Fatimah pamit untuk masuk ke dalam rumah. Melepasi sahaja pintu dia sudah terlompat -lompat riang. 

Telefon di atas meja belajar dia ambil. Nama Cheng dia cari. 

+Jom jumpa sekejap.            

 +ada hal penting nak cakap. ASAP !

Bluetick bermakna Cheng sudah membaca. Fatimah membuka langkah ke arah pintu gelangsar bilik. Pintu dia buka besar terpapar wajah Cheng yang turut keluar dari biliknya. Mereka melabuhkan duduk di tengah -tengah bumbung penyambung antara bilik mereka. 

"Kau nak cakap apa yang penting sangat tu?" Kening terangkat sebelah memandang wajah teruja Fatimah.

"Awak nak ikut saya balik Taiping?" Fatimah membalas dengan soalan.

"Bila?" Soal Cheng pula.

"Boleh tak kalau saya tanya awak jawab. Bukan saya tanya awak tanya balik. Penat tahu." Fatimah mendengus kecil.

Cheng ketawa halus. "Kau la jawab soalan aku. Mana boleh sesuka hati ikut orang perempuan."

"Fine. Raya ni kami balik raya Taiping. Tokma pun ada tanya awak ikut sekali ke raya sana. Mungkin dia rindu Apek mata sepet ni. Babah bagi green light kalau awak nak ikut jadi nak pergi tak?" Terperinci dia menerangkan. Kalau tak faham lagi tak tahu lah.

"Aku kena tanya mama aku dulu. Nanti aku bagi keputusan" Putus Cheng. Dia turut teruja memandangkan dia tiada kampung dan jarang berjalan jauh. Balik ke kampung Fatimah adalah pengalaman yang paling dia tidak boleh lupakan.

Fatimah mengangguk. 

"Kau dengan Azim couple ke?" Tah kenapa soalan itu yang meluncur keluar dari mulutnya.

"Jangan merepek. Dia sepupu saya dah tidak lebih dari itu.  Awak pun tahu kalau saya bercinta babah akan gantung saya dekat kipas ruang tamu tu. Lambat lagi saya nak bercinta." Kepala digeleng -geleng ketakutan. Bayang sahaja pun dia dah gerun.

Dia juga remaja mempunyai nafsu untuk mencintai dan dicintai tapi dia tidak mahu mengambil risiko di usia muda untuk bercinta. Melihat isu semasa tentang ke pembuangan bayi luar nikah tambah menakutkan dia. 

Pandangan masing -masing terarah pada dada langit. Perasaan tenang yang mampu diungkapkan ketika itu. Langit yang dipenuhi bintang dan bulan sebagai cahaya mencerahkan langit malam yang gelab dan suram.

"Nak tahu?" Soal Fatimah tiba -tiba.

"Apa?"

"Saya seperti suramnya malam tanpa cahaya bintang dan bulan dan awak ialah bulan dan bintang tu mencerahkan hari malam saya. Kita saling melengkap seperti langit malam dan cahayanya." Satu kenyipan mata dihadiahkan pada Cheng. 

 Terkedu lelaki itu seketika.

"Comel muka awak tekejut. Good night Cheng!" Laju Fatimah bergerak masuk ke dalam biliknya dengan sisa ketawa. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs.Arian ChengWhere stories live. Discover now