1

26 0 0
                                    

Kepalanya hanya menunduk dari tadi kerana ingin menunggu kedatangan seseorang. Tidak tahu siapa orang terhormat yang mahu berjumpa dengannya sehingga jantung pun asyik berdetak dengan laju dari tadi. Lama menunggu, minuman di atas meja disisip sedikit bagi menghilangkan dahaga di tekak.

Jus oren, sedap! Tapi sayang, ais dah sedikit cair tapi masih manis.

"Ingat aku takde kerja ke nak buat. Tercongok dalam rumah orang." Nuha berbisik perlahan, hanya dirinya yang tahu apa yang dibicarakan. Bosan betul bila duduk seorang diri dalam rumah orang. Kalau rumah sendiri memang dia tidur saja.

Pandangannya jatuh pada dinding bercat coklat muda yang digantung dengan ayat-ayat Al-Quran dan kota mekah. Cantik dan estetik! Nampaklah yang penghuni rumah ini sangat mementingkan agama.

Dihadapannya pula terdapat pintu gelangsar yang menghubungkan taman bunga dan kolam renang yang membiru. Ugh kalau tergelincir mesti lemas lagi-lagi dia yang memang tak tahu macam mana nak berenang. Baru saja masuk kaki dalam air dah tenggelam macam nak putus nyawa.

Nuha berdiri melangkah ke arah pintu gelangsar itu secara tiba-tiba. Dia memandang pokok-pokok bunga yang ditanam di sekitar rumah. Pelbagai bunga menarik perhatiannya kini. Ada bunga warna merah, kuning, merah jambu dan banyaklah tapi Nuha tak gemar dengan tanaman. Hanya sekadar untuk perhiasan boleh, kalau dia nak berkebun  gamaknya tunggu umur 40 tahun baru dia mula. Tetapi tidak lama apabila dia tersedar akan keterlanjurannya yang suka suki mengendap dan sempat berangan.

"Takde adab betul kau ni Nuha." Dia kembali duduk di sofa yang sama dia melabuhkan punggung sebentar tadi. Mindanya kini pantas sahaja mengimbau bagaimana seorang rakannya, Deena memberi kejutan hari jadi buatnya di sekolah. Tersenyum sendiri dibuatnya sambil menggelengkan kepala. Itu mungkin bakal menjadi kejutan yang terakhir buatnya selepas ini kerana ini tahun terakhir mereka bersama di sekolah. Kalau ada rezeki, boleh mereka jadi kawan baik sampai universiti.

Kereta yang dipandu tadi diletakkan di bawah garaj. Lelaki itu keluar bersama beg sandangnya lalu bersiul kecil. Kakinya melangkah ingin masuk ke dalan rumah. Apabila kakinya yang hanya bersarungkan stokin menjejak lantai dalam rumah, matanya terhenti pada satu figura perempuan bertudung sekolah berwarna biru gelap yang duduk di atas sofa. Gadis itu sedang menggelengkan kepala sahaja.

'Dah kenapa minah ni? Dan siapa budak ni? Takkan anak kawan mama kut.' fikirnya di dalam hati. Kakinya dihayun mendekati gadis itu. Pelik betul. Mana datang budak sekolah dalam rumah ni.

"Ehem!" Suara seseorang berdehem membuatkan Nuha berdiri lalu memusingkan badan ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemeja warna kelabu gelap yang menyandang beg ke sebelah bahu. Eh, gaya macam pelajar tingkatan enam.

"Who are you?" Dia menyoal. Nuha hanya mendiamkan diri memandang wajah lelaki di hadapannya dan matanya terhenti pada tag nama pada tali leher lelaki itu buat seketika sebelum ingin membuka mulut mahu menjawab tetapi dipotong oleh suara seorang wanita yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Eh, Zarif dah balik. Tak bagitahu mama pun balik lewat daripada hari biasa?" Wanita itu datang mendekati Nuha yang kelihatan bingung dengan situasi tersebut.

"Bukan tak nak bagitahu, ma tapi cikgu yang buat extra class last minute." Zarif menggaru belakang telinganya yang tidak gatal. Tabiat Zarif bila rasa bersalah.

"Oh, Zarif ada kelas rupanya." Terlalu asyik bertanyakan tentang anaknya sehingga terlupa dengan kehadiran Nuha yang bagaikan patung hidup dihadapan mereka. Helo saya masih disini wahai tuan rumah.

"Lupa mama nak kenalkan, perempuan depan Zarif tu nama dia Nuha. Dia pelajar ayah atau lebih tepat, dia anak angkat ayah dekat sekolah." Ujar Puan Mas, ibu kepada Zarif. Matanya tepat memandang ke dalam mata Nuha bersama senyuman yang manis. Nuha pun terpaksa membalas senyuman dengan kekok.

TheeHan Where stories live. Discover now