Zarif diam termangu di atas kerusi di luar rumah bersama gadis yang masih berbaju sekolah biru muda. Hanya mereka berdua di situ. Nuha juga diam tidak berkutik. Bibirnya dikemam bagi menghilangkan rasa janggal yang terbina antara mereka. Aish, not so halal mode lah.
Zarif mengalihkan pandangan kepada gadis di hadapannya. Apa yang boleh dikatakan gadis kecil ini nampak comel dengan kaca mata yang besar. Dengan ketinggian yang tidak terlalu pendek, cukup ideal bagi remaja sekolah. Matanya tertancap pada bibir Nuha yang dikemam lalu dilepaskan sehingga membuatkannya meneguk air liur kasar. Merah bak delima ranum.
Terus sahaja pandangan Zarif dikalihkan ke arah tepi bagi menghilangkan rasa gundah di dalam diri. Tangan disilang ke dada. Dia berdeham bagi menarik perhatian Nuha.
"Jadi, kau terima?" Zarif memulakan bicara. Sejurus itu, Nuha mengangkat wajahnya dan memanah matanya ke wajah Zarif. Lelaki itu membalas pandangan Nuha sehingga dia tidak mampu lagi menatap mata cantik itu. Baru dia perasan gadis itu menanggalkan cermin matanya dan diletakkan di atas meja. Bulu mata gadis itu lebat dan panjang. Matanya juga bulat menatapnya. Ugh, runtuh iman sebagai seorang lelaki.
Nuha terdiam seketika. Biar betik lelaki ni guna aku kau bercakap dengan perempuan. Tak gentle langsung. Dia mencebik di dalam hati. Gunalah perkataan sopan sikit bila bercakap tu. Huh nasib baik lelaki, takdelah nak terasa sangat sebab dorang biasa guna aku kau bila bercakap dengan budak-budak sepertinya. Eh, budak lagi ke?
"Kalau pendapat awak?"
"I asked you, not myself."
"Jawapan saya tak perlu kut sebab saya masih bersekolah. SPM pun tak lepas lagi." Nuha tersenyum kekok. Dia masih tak sedia menerima apa-apa hubungan walaupun yang halal dalam masa dia masih remaja. Waktu remaja perlu dinikmati dengan baik sebelum menjadi isteri orang. Kalau dah diambil orang, jawabnya memang melekat saja lah dengan suami.
"Perlu ke ada 'kut' dalam ayat tu? Maknanya you are in a half, nak atau tak nak." Gadis itu mengerutkan dahi memandangnya. Betullah apa yang dia cakap. Budak ni macam nak tapi tak nak. Zarif merenung wajah itu, menunggu jawapan dari Nuha.
'Dia ni lelaki ke perempuan? Perkataan kut pun jadi masalah ke? Tak faham lah aku dengan dia ni. Aku pun buntu. Nak terima tapi aku tak kenal, nak tolak, tapi lebih baik aku tolak je. Untuk masa depan aku juga. Lagipun dia tanya aku.' Nuha bermonolog di dalam hati.
Baru sahaja gadis itu ingin berbicara tetapi dipintas dahulu oleh Zarif.
"I'm okay with that because I know you have your own reasons of your decision." Zarif mengangguk sahaja. Dia pun sebenarnya tidak sedia mahu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami pada umur masih muda. Dia pun masih belajar. Macam mana nak sara anak dara orang. Makan pakai pun ayah yang masih tanggung, ada hati nak kahwin.
"Tapi..." ayat tergendala dari lelaki itu membuatkan Nuha menanti. Tapi apa? Tapi nak kahwin tapi bukan dengan dia tapi masih belajar tapi tapi ah! Eh Nuha kau ni perasan lah!
"Tapi aku terima permintaan ayah kalau itu yang terbaik." Mulut Nuha sedikit ternganga mendengar jawapan dari Zarif. Dia tersalah dengar ke? Maknanya dia bakal jadi isteri kepada Zarif Adhan? Eh, dia dah cakap tak perlu.
"Tapi kan saya dah cakap tak perlu pun kita kahwin memandangkan saya sekolah pun tak habis lagi."
"Yes, we both are still in school." Zarif tersenyum menyenget apabila melihat muka tidak puas hati gadis dihadapannya. Mereka tiada beza, sama-sama belajar di sekolah tetapi yang lainnya ialah umur dan sekolah yang berlainan.
"Aku buat semua ni sebab ayah yang minta. Aku sebagai anak yang mendengar kata, so aku ikutkan saja."
Eh eh mamat depan aku ni memang poyo betullah. Ceh anak mithali konon. Mithali ke mi tali? Naik menyampah aku berhadapan dengan orang perasan bagus. Aip Nuha, kau baru je jumpa dia, tak baik nak memandang serong dekat orang lain. Akal kata lain, hati kata lain. Tak sependapat betul.
Tercabar Nuha dengan ayat lelaki ini. Dia ingat dia seorang saja yang digelar anak mithali dunia akhirat? Huh dia pula anak solehah halalan toyyiban.
"Kalau macam tu, okay saya setuju. Since Encik Zarif seorang anak soleh yang sangat baik, saya sudi menolong." Nuha betul ke keputusan kau ni? Jangan menyesal kemudian hari. Ini melibatkan masa depan kau, bukan orang lain.
Tersenyum sinis Zarif dibuatnya. Senang rupanya nak dapat jodoh. Tiba-tiba tercongok depan mata sekarang. Rezeki kau lah Zarif dijodohkan oleh ayah sendiri walaupun sebenarnya memang berniat mahu ibu bapa yang mencari jodoh. Tchh klise.
"Perbincangan kita dah habis, jadi saya nak balik." Punggungnya diangkat dari kerusi yang diduduki dan tidak lupa kaca mata di atas meja juga diambil. Kakinya dihayun ke arah pasangan suami isteri yang sedang menanti jawapan dari mereka berdua. Ye tuan pengetua, saya bakal jadi menantu tuan. Sangat janggal.
Tuan Yaakob menyapa mereka berdua yang sama-sama menuju ke arah ruang tamu kembali. "Apa keputusan kamu berdua?" Soalan terus diajukan tanpa sempat anak muda itu duduk di sofa.
"Adhan setuju, ayah. Kami berdua tunaikan permintaan ayah." Jawab Zarif di belakang Nuha. Tuan Yaakob tersenyum gembira dengan kata-kata anaknya. Syukur sahaja anaknya seorang yang mendengar kata.
"Ayah, Nuha dah nak balik. Dah lewat sangat ni." Ujar Nuha dengan penuh sopan. Nak balik sudah semestinya kena naik teksi, takkan nak suruh Tuan Yaakob yang hantarkan pula walaupun memang dia yang membawanya ke sini.
Anggukan kepala sahaja diberikan oleh Nuha. Gadis itu menghampiri Puan Mas dan tangan itu dikucup. Wanita itu menarik Nuha ke dalam pelukannya. "Terima kasih sebab sudi jadi menantu mama."
"Adhan tolong hantarkan Nuha balik." Tuan Yaakob memberi arahan.
"Eh, ayah tak perlu pun hantar..." belum sempat dia berkata, Zarif telah mencapai anak kunci kereta miliknya yang terdampar di atas meja. Nak tak nak memang dia perlu naik kereta bersama lelaki itu. Berduaan. Ugh, ghisau!
Keadaan hanya sunyi sepi di dalam kereta. Tiada sebutir bicara yang keluar dari mulut. Sesampai sahaja di rumah Nuha, dia masuk dengan wajah yang kepenatan. Otaknya memikirkan bagaimana masa depannya dengan lelaki tadi. Patutkah dia membatalkan semula? Tapi macam terlambat. Nuha mengeluh halus sebelum memulas tombol pintu biliknya.
Satu suara mendatar menyapa gegendang telinganya, membantutkan tangannya yang hendak membuka daun pintu. "Kenapa balik lewat?"
Maksu.
"Nuha ada study group dekat sekolah, nak siapkan kerja kursus." Balas Nuha. Maksu bukan benci tapi lebih kepada tak suka. Sebabtu dia masih panggil Nuha dengan nama kecuali bila menggelarkan dirinya sendiri, bukan maksu tapi, aku.
Hanya anggukan yang dibalas apabila menerima jawapan dari anak saudaranya. Tangan pula disilang ke dada. Tegas!
"Kalau nak makan, aku ada simpan sikit untuk kau." Selepas itu, Maksu berlalu pergi ke luar rumah. Nak siram bunga mungkin. Entah malas nak ambik tahu. Yang dia tahu dia penat sekarang ni. Waktu asar pun tak lama lagi akan masuk.
Badannya dihempas ke atas tilam single. Penat. Tangannya diletakkan di atas dahi sambil mata terpejam rapat. Kalau dapat lelap sekejap pun jadilah. Matanya semakin kuyu dan semakin lama matanya tertutup rapat sehingga dengkuran halus kedengaran. Setengah jam dia ketiduran, kedengaran laungan azan berkumandang di masjid. Terus sahaja mata bulat itu terbuka.
Dia bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai sahaja mandi dan solat, dia mencapai telefon dan memeriksa aplikasi WhatsApp yang sepi tanpa sebarang mesej kecuali dari nombor yang tidak dikenali. Ugh siapa ni? Apek mana pulak kali ni yang nak jual buah durian dekat dia. Pernah sekali seorang apek bertanya harga durian musang king kepadanya. Bang saya tak jual durian, saya jual penyepak je.
Bye
YOU ARE READING
TheeHan
Teen FictionKahwin kerana permintaan orang tua. Klise? Ya memang klise dan cringe. 28/03/2022