2

1.9K 22 1
                                    

"Ara bangun." Puan Madena mengetuk ngetuk pintu bilik anak daranya. Terbatuk batuk dibuatnya.

"Ara–" batuk semakin kuat. Puan Madena memegang dadanya yang sakit akibt batuk yang kuat tadi.

"Yes umi. Ara dah bangun." Bella malas malas hendak membuka mata.

"Okay, umi dalam bilik ya sayang. Lepas mandi and bersiap, makan sarapan okay darling?"

"Baik umi."

"Erghhhh." Bella mengeliat. Jam digital di atas meja dikerling. Sudah jam 8:30pagi. Dia ada satu jam 30 minit berbaki sebelum class paginya bermula.

Bella menanggalkan satu persatu baju tidur dan pakaian dalam lalu dicampakkan ke bakul berisi kain di sudut pintu tandas. Sebelum masuk ke tandas dia sempat mengerling badannya di cermin sambil berposing seperti model antarabangsa. Potongan badan yang cantik, pinggang ramping, perut kempis, buah dada dan punggung yang bulat serta mantap. Semua ini adalah hasil dia rajin melakukan routine workout dirumah setiap malam selama 30-1 jam sehari.

"Hardwork will never betray you." Bella mengukir senyuman manis sambil memegang kedua belah dadanya yang besar yang bulat. Ini hasil dari baka semulajadi ya.

Cita cita dia adalah untuk menjadi model terkenal di peringkat dunia. Ahhh cita cita itu angan angan, angan angan kan free jadi semua orang boleh berangan angan. Tidak sabar dia hendak menghabiskan zaman belajarnya dan memasuki akademi permodelan. Itu impiannya.

Bella serta merta masuk ke bilik air setelah tersedar sudah lama berangan. "Oh shit, dasar perempuan kuat berangan." Bella mengutuk dirinya sendiri.

Selesai mandi Bella memilih milih baju yang sesuai dipakai untuk ke class pada hari ini. Disebabkan dia menpunyai class sehingga pukul 6 petang, Bella memilih sehelai jeans biru cair ketat dan crop top bertalu halus berwarna pink cair. Pakaian yang sesuai dengan musim panas sekarang. Setelah berpuas hati dengan imejnya, beg tangan dan beg laptop di sandang lalu Bella keluar dari bilik. Jam sudah menujukkan 9:00 pagi, Bella duduk di kerusi makan sambil memanggil uminya untuk makan sekali.

"Ara makan sorang ya darling. Umi nak bersiap." Puan Madena menjawab sambil terbatuk batuk.

"Umi are you okay?"

"Darling, terkejut umi." Puan Madena memegang dadanya yang berombak kencang seketika apabila melihat kelibat Bella yang muncul tiba tiba di depannya. Bila masa si anak dara masuk pun dia tidak sedar.

"Umi okay tak? Kalau tak Ara bawa umi ke klinik. Ara tak payah masuk class pagi ini."

"No darling. Ara kena masuk class. Umi okay je. Ni pemandu ayah datang untuk bawa umi beli barang rumah sedikit."

"Urm okay... mood Bella hilang setelah mendengar perkataan 'ayah'."

"Umi pergi dulu ya darling. Drive safely and take care my darling." Puan Madena pamit pergi.

"Bye umi. Take care, tangan Puan Madena disalam." Mata Bella menangkap kereta mewah yang sudah menunggu uminya di luar pintu pagar.

Bella kembali ke meja makan dan memakan roti sandwich tuna kegemarannya bersama susu strwaberri. Hampir habis sandwich tersebut kerana perut dia lapar. Selesai makan, Bella membersihkan meja makan dan mencuci pinggan.

Bella masuk ke dalam perut kereta berwarna putih miliknya. Enjin kereta dihidupkan tetapi tidak berjaya.

"Ha sudah. Apa kena pula ni."

Enjin kereta cuba dihidupkan kembali tetapi tidak berhasil.

"Ish." Bella menghempas stereng kereta. Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

ARABELLAWhere stories live. Discover now