Kedengaran suara batuk Puan Madena. Bella yang berada di dalam biliknya tidak senang mendengar bunyi itu lalu dia segera menuju ke kamar uminya. Pintu diketuk.
"Boleh Ara masuk?"
"Darling..." Suara Puan Madena melemah.
"Umi, umi okay ke?" Soal Bella kepada ibunya yang sedang duduk di birai katil sambil memegang dada.
"Batuk sikit, sakit dada umi." Puan Madena memandang wajah jelita anaknya.
"Mari Ara bawa umi ke hospital." Ara memujuk ibunya.
"Ibu okay. Lepas makan ubat ini, batuk umi akan hilang." Puan Madena mengangkat paket ubat sambil tersenyum memandang Bella.
"Tak habis habis ubat ini. Ubat ini tak bagus umi. Dia hanya membantu sementara dan akhirnya umi yang terseksa. Bila umi sakit begini, umi perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut." Bella membebel seperi orang tua.
Puan Madena hanya memandang anak gadisnya yang membebel itu sambil tersenyum bahagia.
"Umi tak mahu ke hospital lagi. Mereka selalu mengawasi umi seperti umi hendak mati." Puan Madena berseloroh.
"Umi..." Suara Bella mengendur. "Umi kena sihat, umi kena ada dengan Ara sampai Ara kahwin. Ara perlukan Umi." Lengan kurus kering milik Puan Madena dipeluk oleh Bella.
"Umi akan ada sentiasa ada untuk darling umi... jangan sedih my darling." Puan Madena mengusap rambut panjang anak daranya itu.
"Ara sayang umi."
Hari jumaat yang dinantikan sudah tiba. Seramai 70 orang pelajar berhimpun di dataran sebagai persiapan menuju ke destinasi yang dirancang. Dalam keriuhan itu, geng Bella yang dari tadi mendapat perhatian daripada pelajar yang lain. Ini kerana Fionne yang keterlaluan membawa segala macam benda hingga menyukarkan dia untuk berjalan.
"Aku dah cakap, bawak bagpack satu je. Kau ni sampai dua bagpack dengan bag jinjit lagi. Gila ke?!" Zara memarahi Fionne.
"Nak buat macam mana? Ini semua barang keperluan aku." Fionne merengus geram.
"Kau tu dah la kecil saja, aku tengok bag bag kau lagi besar dari kau." Inara mengeleng kepalanya melihat telatah Fionne.
"Bella... bag aku berat." Fionne membuat puppy eyes terhadap Bella supaya Bella mengasihani dirinya dan meng offer untuk membantu membawa bagnya.
"Aduhh... aduh... aduh... bahu aku sakit lah." Bella sengaja berpura pura sakit.
"Ishhhh kau ni." Fionne membuat wajah geram.
Mereka mengekek ketawa.
"Meh sini aku bawakkan beg kau." Satu suara garau menegur kekecohan mereka berlima. Serta merta 10 pasang anak mata memandang ke arah suara tersebut.
"Noa–Noah." Fionne tergagap.
"Thanks." Fionne memberikan satu bagpacknya kepada Noah. Dia tersenyum gatal.
"Kau nak pindah masuk hutan terus ke?" Noah memerli Fionne yang menbawa banyak bag.
"Kalau boleh I nak bawa satu rumah tau. Hehe." Fionne tersengih seperti orang gila.
"Jom. Kita naik bas no 2." Noah mengajak gadis gadis cantik itu untuk masuk ke dalam bas. Rupa rupanya hanya tinggal mereka di dataran tersebut kerana semua pelajar yang lain sudah menaiki bas mereka.
"Noah, sejak bila kau jadi PA geng mereka ni?" Haris menyoal setelah melihat kelibat Noah mengangkat bag Fionne.
"PA my ass." Noah menyekeh kepala Haris.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceKehidupan dua insan yang berbeza darjat. Selalu bercakaran setiap kali berjumpa sehingga tanpa sedar hadir satu perasaan yang berlainan terhadap si gadis. Tetapi ego si lelaki menguasai diri. Hati mahukan si gadis tetapi otak berkata sebaliknya. "K...