Akhirnya setelah hampir 2 jam perjalanan kerana kesesakkan lalu lintas, mereka tiba di kawasan Kulaheera Forest. Kawasan yang sangat indah dan mendamaikan.
"Oh my good! Cantiknya tempat ni!" Fionne menjerit kegembiraan.
"So beautiful." Bella berbisik perlahan.
"Like you." Rayden membisik di telinga Bella.
Sejak bila jejaka tampan itu berada disebelahnya pun dia tak perasan. Bella menjeling Rayden walaupun hatinya agak berdebar apabila tiba tiba Rayden berada disebelahnya. Rayden hanya buat tak tahu.
"Okay. Saya harap kalian semua akan berperilaku sopan dan menjaga kebersihan didalam hutan ini. Hutan ini adalah hutan simpan yang menjadi khazanah alam sejak ratusan tahu dahulu. Kawasan di sini sangat lapang jadi tolong, untuk sentiasa mengawasi kawan kamu semua dan sentiasa bergerak di dalam kumpulan kemana sahaja kamu pergi. Disini juga disedikan kantin mini untuk makan dan 10 tandas awam. Buat masa sekarang kamu dikehendaki untuk memasang khemas sendiri mengikut kumpulan yang sudah ditetapkan seramai 5 orang satu kumpulan dan selepas selesai semua, baru kita akan proceed ke aktiviti seterusnya. Minta kerjasama kamu semua agar program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih." Sekian ucapan dari ketua pegawai ranjer hutan mengenai kawasan yang mereka akan inapi selama 2 malam ini.
Bella, Fionne, Mary, Zara dan Inara berlari menuju ke arah tapak mereka. Khemah mereka lumayan besar sehingga boleh memuatkan 6-7 orang. Mujur badan mereka semua juga kurus maka banyak ruang lebih yang diperuntukkan untuk meletakkan bag bag nanti.
"Korang nak tahu siapa jiran kita?" Soal Mary kepada rakan rakannya.
"Siapa?" Inara menyoal.
"Rayden and the gang." Mary membuat muka teruja.
"Seriously?" Fionne sudah menepuk nepuk lengan Zara kerana berasa teruja. Zara juga begitu.
"Boleh ke? Bukan ke khemah perempuan dan lelaki perlu diasingkan bahagiannya?" Bella menyoal.
"Aku ada tanya Sir Henderson tadi. Disebabkan kawasan tapak khemah bahagian lelaki tanahnya lembik dan basah, jadi mereka berpindah ke tapak bahagian perempuan. And masalahnya tu muat pulak tu nak masuk."
"Tak selesa lah macam ni." Bella membuat muka.
"Kau ni! Bukannya kita kena tukar pakaian dalam khemah. So no worries okay." Fionne memeluk lengan Bella.
"Macam mana kalau malam ini, semasa kita tidur dorang buat sesuatu yang tak elok dekat kita?" Inara yang over dramatic membuat muka takut.
"Korang ingat kami sejahat itu kah?" Satu suara garau menyapa. Kelihatan Zach dan Aedi tersengih seperti kambing di tepi pintu masuk khemah geng Bella.
"Opocot mak kau meletop." Bella menutup mulut menahan tawa apabila terdengar Mary melatah.
"Kami masih lagi lelaki baik. Walaupun kami nampak nakal, realitinya kami masih menjaga maruah seorang perempuan. Jangan risau." Zach menghadiahkan kenyitan mata kearah gadis gadis cantik itu lalu mereka berdua berlalu pergi.
"Wahhh! Handsomenya Zach dan Aedi." Fionne pura pura terduduk sambil memegang dadanya yang berdegup kencang.
"Drama queen." Mary menyekeh kepala Fionne.
"Sakitlah mangkuk!!!" Fionne memarahi Mary.
Selesai memasang khemah dan menyusun bag, 5 sekawan itu keluar untuk berkumpul sementara menunggu arahan seterusnya. Bella duduk di tepi batu sambil melihat suasana alam sekitar.
"Nah."Satu plastik berisi 5 botol air susu strawberri dihulurkan kepada Bella.
Bella mengangkat wajah melihat jejaka tersebut.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceKehidupan dua insan yang berbeza darjat. Selalu bercakaran setiap kali berjumpa sehingga tanpa sedar hadir satu perasaan yang berlainan terhadap si gadis. Tetapi ego si lelaki menguasai diri. Hati mahukan si gadis tetapi otak berkata sebaliknya. "K...