(LAST CHAPTER) Tika Waktu Berputar Kekiri

1.3K 12 0
                                    

.
.
.
.
.

'.... Tutttt... Tutttt... Tutttt... Tutttt... "

Mesin bacaan jantung di hospital itu masih berbunyi. Keadaan Saidatul terbaring lemah diatas katil, mungkin menunggu nyawa dihujung kerongkong.

"Haz... Haziq...", panggil Saidatul, lemah.

"Ya Nis, kenapa? Nis nak apa-apa ke?"

"Tak... Takdeapa... Terima kasih, se... sebab Haziq... ada dekat sini, jaga Nis...",  sambung Saidatul masih gagap, beserta tangisan kecil.

"Nis, Nis kena kuat. Haziq nak tengok Nis kuat. Haziq nak, lepasni Nis sihat, lepastu Haziq bawak Nis dengan Syira jalan-jalan dekat taman, macam dulu, Nis sabar okay?"

"Hidup Nis dah musnah. Nis bodoh. Nis tak pernah belajar dari kesilapan..."

"semua manusia buat kesilapan, lumrah manusia, setiap manusia sentiasa ada peluang untuk bertaubat..."

"tapi Haziq, apa gunanya? Kalau orang yang Nis sayang, semua dah benci dekat Nis, dah taknak pandang Nis, dan tinggalkan Nis?"

"Haziq kan ada dekat sini..."

"Ummi, Aafiyah, abang Hashriq, ibu, ayah, semuanya tinggalkan Nis, sebab Nis jahat, Nis banyak dosa, abang...",  tangisan Saidatul makin kuat.

Bibir hanya penggerak, namun yang berbicara ketika itu, ialah hati.

"Kalau lah... kalau lah..."

.
.
.
.
.

(2 bulan sebelum)

.
.
.
.
.

'truttt truttt'

"Assalamualaikum, ini encik Hashriq ke?"

"Waalaikumsalam, ya saya, ada apa?"

"encik ni suami kepada puan Saidatul Hanisya ke?"

"Ya betul, kenapa tu?"

"Encik boleh datang ke pejabat agama sekarang tak?"

"Eh, tapi saya dekat Kedah ni, ada hal apa tu? Kenapa nak kena pergi pejabat agama?"

"Kami harap encik bertenang, saya nak lapor kepada encik, yang kami membuat operasi OpsZina, dan kami dapat tangkap, isteri encik bersama sorang lelaki di hotel, jadi encik boleh datang ke sini?"

Hashriq terdiam. Terkejut, namun tidak hairan. Terus Hashriq menutup panggilan.

"PEREMPUAN CELAKA!"

.
.
.

Hashriq tiba di pejabat agama, selepas beberapa jam bertolak dari negeri Kedah Darul Aman.

"dik, office kat mana?"

"abang naik tingkat tiga, belah kanan"

"okay terima kasih"

Hashriq naik atas, dengan marah yang sedang membuak.

Pintu pejabat agama itu dibuka, Hashriq melihat ummi, dan Aafiyah yang sedang mendukung Syira.

Saidatul sedang duduk dikerusi, sedang menangis dan menundukkan kepala.

.
.
.

"KAU NI MEMANG JALANG!", terus kepala Saidatul ditolak Hashriq, ke atas sofa.

Suara tangisan Saidatul memenuhi ruang rumah ummi. Aafiyah terus membawa Syira naik ke biliknya, tidak mahu Syira melihat apa yang sedang berlaku.

Tika Waktu Berputar KekiriWhere stories live. Discover now