PERPISAHAN SEMENTARA

34 9 4
                                    


          Jeon Son Min tersenyum melihat telatah Song Ji Hyo. Ia Song Ji Hyo. Sudah hampir lima tahun dia menjaga anak kepada sahabat baiknya itu. Masih segar lagi diingatannya saat rakan baiknya, Puan Song memberikan amanah terhadapnya untuk menjaga Song Ji Hyo.

          Puan Song memberitahu kepada Son Min bahawa dia sangat yakin kakaknya iaitu makcik kepada Jihyo tidak akan mahu menjaga anaknya. Son Min yang memang sudah mengenali Puan Song sejak kecil lagi hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya itu. Dia hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakannya itu didalam hati. Memang dia sangat mengenali kakak kepada rakannya itu. Tetapi Son Min tetap mengatakan kepada Puan Song supaya tidak berfikir yang bukan-bukan terhadap kakaknya itu.

          Namun apa yang dikatakan oleh rakannya itu memang benar sekali. Apakan tidak sewaktu pengebumian adiknya, Puan Park dengan lantangnya bersuara dihadapan khalayak ramai bahawa dia tidak akan sesekali menjaga anak adiknya itu.

          " Aku tak mau jaga budak ni. Takde faedah langsung aku nak jaga budak ni. Baik aku jaga anak aku dua orang tu. Taknak lah aku menyusahkan diri aku!!" Katanya tanpa segan.

          Ayahnya entah kemana hilang. Langsung tiada khabar berita. Bila dihubungi satu panggilan pun tidak berjawab. Maka dengan itu Jeon Son Min lah dengan rela hati menawarkan dirinya untuk menjaga Jihyo. Memandangkan dia juga telah diamanahkan oleh rakannya itu.

          Tanpa disangka sudah lima tahun berlalu. Jihyo yang dijaganya sejak kecil itu sudah dianggapnya seperti anak kandung sendiri. "Mak harap Jihyo tetap tabah menghadapi segala cabaran yang akan mendatang ye nak". Bisik Son Min didalam hati sambil memandang kearah Jihyo yang sedang leka bermain.

.

.

.

          Ktuk ktuk ktuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Ktuk ktuk ktuk. Kedengaran pintu diketuk dengan kuat. Son Min yang sedang sibuk memasak didapur terkejut mendengar ketukan itu.

          "Siapa pulak lah yang ketuk pintu rumah aku ni macam nak roboh. Takde adab langsung" Bebel Son Min sambil berjalan kehadapan untuk mencari tau siapa yang datang kerumahnya itu.

          Alangkah terkejutnya Son Min apabila susuk tubuh yang dilihatnya itu adalah Puan Park, kakak kepada kawan karibnya itu. Dia mula rasa tidak senang dengan kehadiran Puan Park. Dia dapat merasakan yang kehadiran kakak kepada rakan karibnya itu akan membawa khabar yang buruk kepadanya.

          "Hah! Yang kau tercegat dekat depan aku ni kenapa? Taknak jemput aku masuk rumah kau ke?" Tanya Puan Park apabila melihat Son Min berdiri sahaja didepannya.

          Son Min tidak memberi sebarang jawapan. Malah, dia langsung tidak memandang muka Puan Park. Dia takut apa yang dipikirkannya selama ini akan menjadi kenyataan.

          "Lantak kau lah. Anak kakak aku mana?" Tanya Puan Park lagi. Son Min terus diam membatu.

          "Kau ni, ada mulut tu bercakaplah. Bukannya kau macam orang bodoh taknak bercakap macam ni. Betul-betul bisu nanti baru padan dengan muka kau..." Marahnya apabila soalannya langsung tidak mendapat respon.

          "Jihyo pergi ke sekolah...." Jawab Son Min perlahan.

          "Ha! Ada pun suara kau. Lain kali kalau taknak guna mulut tu kau potong je mulut tu. Takpayah ada mulut pun takpe kau ni!" Kata Puan Park dengan geram.

.

.

.

          Jeon Son Min terus menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Jeon Son Min terus menangis. Banyak benda yang dipikirkan ketika ini. Dia dapat mengagak perkara ini akan terjadi dan dia juga sudah bersedia dari awal untuk menghadapi situasi yang sebegini tapi apakan daya hatinya terlalu rapuh.

          Terngiang-ngiang di telinganya segala butir bicara yang dituturkan oleh Puan Park sewaktu perempuan itu datang satu jam yang lepas.

          "Aku nak ambik Jihyo kembali. Aku ni penjaganya yang sah. Aku nak kau boleh lah kemaskan barang budak tu dan apa yang patut. Minggu depan aku datang ambil budak tu. Kau jangan sesekali nak halang aku ambil budak tu. Kau sendiri tau yang aku ni memang penjaganya yang sah".

          Tiada apa yang dapat dia katakan ketika itu. Dia seperti mayat hidup sahaja. Mana tidaknya, apa yang diperkatakan oleh Puan Park itu memang benar belaka. Tiada guna untuk dia melawan dengan kenyataan.

          "Mak, kenapa mak?" Tiba-tiba sahaja Jihyo yang baru sahaja pulang dari sekolah menegurnya ketika itu masih menangis tanpa menyedari kepulangan Jihyo.

          Son Min hanya mampu tunduk. Dia runsing. Dia pening. Dirinya sudah tidak mampu lagi menahan kesedihan yang dialaminya. Yang dia mahu sekarang hanyalah Song Ji Hyo terus berada dia sisinya. Lantas dia terus menarik Jihyo kedalam dakapannya. Dia menangsi sepuas hati.

          "Mak, kenapa ni?" Tanya Jihyo sekali lagi apabila keadaan Son Min sudah sedikit bertenang.

          "Jihyo sayang, mak nak Jihyo kuat mengharungi segala rintangan dalam apa jua keadaan yang bakal Jihyo hadapa nanti. Mak nak Jihyo sentiasa sabar. Mak tau anak mak ni walaupun baru berusia lima tahun tapi anak mak ni bijak dan kuat orangnya. Mak nak Jihyo tau yang mak dan ibu sentiasa sayangkan Jihyo dan akan sentiasa berada disisi Jihyo walaupun kami tiada didepan mata".








Note : Part 2 ni tak berapa nak tersusun sangat ayat and singkat je ceritanya sebab aku penat minggu ni. Banyak sangat kerja. Penat eh rupanya jadi dewasa. HAHAHAHAHA. Sorry aku boleh update ff ni seminggu sekali je. Kalau aku tak busy dah nanti aku cuba update 2 kali seminggu tau. Papepun terima kasih mana yang vote and baca ff aku ni. ok babye :)

Don't ForgetWhere stories live. Discover now