KEBETULAN ATAU BUKAN?

18 4 3
                                    


Universiti Hankuk, Korea agak sibuk ketika ini. Ada yang sibuk mencari arah, ada juga pelbagai ragam manusia yang mahu cepat sampai ke destinasi masing-masing. Jihyo memandang keadaan di sekelilingnya itu dengan tekun. Dia berasa teruja berada didalam suasana yang begini. Hari ini, merupakan hari dimana Jihyo sudah pun melangkah masuk ke alam Universiti. Dia memilih untuk memasuki Universiti ini kerana dekat dengan rumahnya. Tidak perlulah dia mendaftar masuk ke asrama. Bolehlah dia menemani maknya dirumah. Selain itu, kursus pengajian yang dia inginkan ada juga ditawarkan disini. Lagi mudahlah dia. 


" Agak-agak Hanbin masuk Universiti mana eh ? " Tiba-tiba Jihyo teringatkan Hanbin. Sudah hampir 3 bulan dia tidak bertegur sapa dengan Hanbin selepas dia keluar dari rumah keluarga angkatnya itu. Dengan omma dan appanya sahaja dia bertanyakan khabar. Dengan Hanbin langsung dia tidak ambil tahu. Luka di hatinya masih belum sembuh.


" Hmmmmmm....lantak dialah nak masuk Universiti mana pun. Aku nak kesah kenapa? " Jihyo mengeluh sendiri.


Tak sampai setengah jam Jihyo teringatkan tentang Hanbin tadi, Jihyo melihat kelibat Hanbin yang menarik begnya dalam keadaan terhuyu-hayang.


" Aduh!!! Apa dia ni buat dekat sini. Jangan-jangan dia pun masuk Universiti ni jugak? Halah halah halah... takde Universiti lain ke yang kau nak pergi!! " Jihyo mendengus.


" Lantak dialah. Universiti ni kan besar. Jangan aku terserempak dengan dia lagi dahlah. Menempah bala namanya " Itulah kata-kata yang berlegar-legar didalam kepala Jihyo untuk menyedapkan hatinya.

.

.

.

.

.

Seluruh bilik kuliah bergema dengan suara para pelajar yang sibuk mencari pasangan tempat duduk masing-masing. Maklumlah hari pertama sesi pembelajaran. Jihyo sekadar tersenyum. Dia tidak kisah ada pasangan ataupun tidak yang penting dia hendak duduk dibahagian belakang. Senang dia hendak tidur waktu kelas bermula nanti. HEHEHE. Lantas Jihyo memiih sahaja mana-mana tempat duduk yang ada.


Namun, muka Jihyo tiba-tiba sahaja berubah. Sungguh dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Hanbin yang tiba-tiba memilih untuk duduk dibarisan hadapannya. Mahu disuruhnya pergi, tetapi apabila mengenangkan dia bukan ada hak untuk halau Hanbin duduk disitu terus dia  melupakan hasrat tersebut. Takut juga dia kalau orang lain pandang dia lain macam nanti. Mahu tak mahu terpaksa dia membiarkan sahaja Hanbin duduk dihadapannya.


" Apalah nasib aku ni. Aku ingatkan aku tak bertembung dah dengan mamat ni. Lahhhh sekali dia ambil satu kursus dengan aku pulak " Jihyo memberontak didalam hati.


Hanbin Pov.....

Pada pagi yang boleh dikatakan aman dan damai suasananya hari itu, tiba-tiba sahaja bertukar menjadi kelam-kabut apabila Hanbin terlewat bangun dari tidurnya untuk pergi ke kelas. Dia terlajak tidur kerana terlampau penat mengangkat barangan yang dibawanya semalam. Memang penatlah ceritanya dah kalau dia dapat bilik asrama tingkat 4. Dah lah dengan tiada liftnya. Separuh mati dia semalam memanjat tangga-tangga sambil memikul beban yang begitu berat.


10 minit kemudian Hanbin sudah siap berpakaian lengkap. Nasiblah dia lelaki. Senang nak uruskan diri cepat-cepat. Tanpa berlengah Hanbin terus sahaja membawa dirinya dengan berlari-lari anak untuk sampai ke kelas tepat pada waktunya. Dia hendak tiba awal di kelas kerana hendak duduk berdekatan dengan Jihyo. Ya, Hanbin tahu Jihyo ada di Universiti ini. Dia sengaja memilih Universiti yang sama dengan Jihyo untuk merapatkan semula hubungannya dengan Jihyo. Setelah Jihyo tidak lagi bertegur sapa dengannya tempoh hari, Hanbin merasakan hidupnya kosong. Segala benda yang dia lakukan semua terasa tidak betul. Dia juga masih tidak menjumpai apa puncanya Jihyo mengambil keputusan untuk tidak menegurnya lagi selepas keluar dari rumahnya tempoh hari.


Setelah dia mendapat tahu yang Jihyo ingin mendaftar di Universiti ini dari ommanya, dia dengan pantasnya turut mendaftar di Universiti yang sama. Nasibnya baik, rupa-rupanya kursus yang dia ambil pun sama dengan Jihyo. Dia mendapat tahu ketika dia melihat senarai nama di dalam group chat kelas malam semalam. Bersinar-sinar mukanya apabila mendapat tahu yang dia berada didalam kelas yang sama dengan Jihyo.


" Makin mudahlah jalan aku nak berbaik semula dengan Jihyo. Esok pagi aku kena gerak cepat pergi kelas ni. Aku kena jugak pilih tempat duduk dengan Jihyo " Itulah langkah pertama yang Hanbin akan ambil untuk merapatkan kembali hubungannya dengan Jihyo.

.

.

.

.

.

Sekumpulan pelajar berkumpul di cafe Universiti dengan makanan masing-masing. Setelah lebih 2 jam mereka duduk didalam kelas tadi, sekarang merupakan waktu rehat. Dan ketika inilah mereka mengambil peluang untuk mencerita segala perihal yang mereka tahu. Alah dalam kata lain bergosip lah tu.


Jihyo tersenyum melihat telatah kawan-kawan baru yang sekelas dengannya itu. Hari ini Jihyo tidak membeli apa-apa makanan kerana dia masih lagi merasa kenyang. Lagipun lebih baik dia balik makan dirumah nanti. Lebih jimat dan sedap.


Sedang asyik dia melihat rakan-rakannya, terlintas diekor matanya kelibat seseorang yang amat dia kenali. " Eh! Macam pernah nampak je mamat ni. Dia ni bukan ke kawan Hanbin yang aku pernah minat dulu? " Teka Jihyo didalam hatinya.


" Aduh siapa eh nama mamat ni? Bobby kan? Ke salah? Betul lah Bobby aku rasa. " Jihyo masih lagi cuba mengingati nama jejaka yang lalu dihadapannya sebentar tadi.


Bobby berlari-lari anak mendapatkan Hanbin yang sedang duduk di meja makan selang beberapa buah dari meja makan Jihyo.


Bobby Pov...

" Weh! Hanbin. Kau pun masuk Universiti ni jugak ke? "


" Eh Bobby!!! Terkejut lah aku kau ni. Yelah aku mohon masuk sini. "


" Ohhhhh faham-faham. Kecik je dunia ni kan. Pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak "


Sambil Bobby bertegur sapa dengan Hanbin dia terperasankan seorang gadis cantik manis yang sedang memandangnya dari jauh.


" Manisnya dia " Gumam Bobby perlahan tapi masih boleh didengari oleh Hanbin.


" Apa yang manis ? " Hanbin bertanya kepada Bobby.


" Eh takde apa, aku kata air ni manis sangat " Jawab Bobby tergagap-gagap.

Don't ForgetWhere stories live. Discover now