Bandar Seoul mula memasuki pertengahan musim panas. Tengahari itu betul-betul terik, lebih-lebih lagi di bandar besar yang jumlah kenderaannya agak banyak tidak seperti dikawasan perkampungan.Jihyo berjalan kaki pulang ke rumahnya. Jarak rumahnya ke sekolah tidaklah jauh mana tapi habis lenjun jugaklah ketiaknya kerana bahang matahari yang melampau.
Ting!Ting! "Haishhhhhhhh, siapa pulak lah yang sibuk hantar chat tengahari terik ni" bebel Jihyo sambil tangannya menyeluk poket baju seragam sekolah untuk mengambil telefon.
[ 017-5765318 ]
H : Hai
J : Hai. Siapa ni?
H : Eh tak kenal ke aku siapa?
J : Manalah aku kenal. Nombor kau pun aku tak save ni hah.
H : Hehe...lupa pulak aku. Haritu aku je yang ambik nombor kau. Ni akulah Hanbin.
J : Hmmmmmm.... Kau ke. Ingatkan siapalah tadi. Hah ada apa kau chat aku ni? Dah seminggu baru kau nak chat aku ni.
H : Aku baru teringatlah weh nak chat kau. Aku busy. Kau buat apa tu?
J : Aku otw tengah jalan kaki nak balik rumah ni. Kau lah ni sibuk chat aku. Aku dah lah tengah kepanasan, nak kena balas chat kau lagi. Musibah betul.
H : Eleh kau ni. Balas chat aku bukannya susah mana pun. Dah lah. Pergilah balik dulu. Nanti kau dah free kau chat lah aku balik. Aku ada benda yang nak bagitahu kau ni. Lepastu jangan lupa save nombor aku ni.
J : Ada sajalah kau ni. Yelah, nanti aku free aku chatlah kau balik.
.
.
" Ishhhh aku kan si budak Hanbin ni memang kacau mood aku betul tengah-tengah panas ni. Nasib dah nak sampai rumah"
"Annyeong......" Jihyo mengucapkan salam setelah meletakkan barangan sekolahnya didalam rak ditepi pintu. Terus sahaja dia menuju kedapur mencari sesiapa yang berada didalam rumah.
" Senyap semacam je rumah ni. Takkan sibuk kerja kot diorang ni. Dah lah masing-masing tanam anggur je". Katanya didalam hati. Malas dia nak ambil tahu, terus dia masuk kedalam bilik untuk membersihkan badan. Setelah itu barulah dia kedapur untuk melaksanakan tugasnya.
.
.
.
.
.
Dari dia balik dari sekolah hinggalah ke tengah malam dia menunggu makcik dan dua orang sepupunya, namun satu batang hidung pun tidak kelihatan.
Dia berfikir mungkin mereka pergi mencari kerja. Mungkinlah. Tapi takkanlah sampai malam begini. Selang beberapa minit, terdengar ketukan dari pintu hadapan. Jihyo langsung berlari untuk membukakan pintu. " Hah, dah balik pun diorang"
Namun sangkaannya meleset, bukan makcik dan sepupunya yang mengetuk pintu tetapi pihak polis.
" Ini rumahnya Puan Park ke?
" Iya, ini rumah Puan Park. Ada apa ye Encik?" tanya Jihyo kembali.
" Boleh saya tahu Cik ni siapa?" Soalan berbalas soalan.
" Saya anak saudaranya Puan Park. Ada apa ye Encik?" tanya Jihyo sekali lagi dengan perasaan yang tidak enak.
" Oh, maafkan saya Cik. Saya hendak maklumkan yang Puan Park dan dua orang anaknya terlibat dalam kemalangan langgar lari. Duka untuk saya sampaikan yang mereka bertiga meninggal ditempat kejadian. Jadi saya hendak Cik ikut kami bagi menguruskan apa yang sepatutnya"
Rasa mahu tercabut jantung dibuatnya apabila memikirkan tentang perkara yang baru dia dengari. Walaupun makciknya itu selalu melayannya ala kadar sahaja terhadapnya, Jihyo masih ada rasa sekelumit perasaan sedih. Jihyo dengan pantas terus sahaja mencapai beg sandangnya dan mengenakan kasut untuk mengikuti pihak polis.
.
.
.
.
.
Mata Jihyo terasa berat. Rasanya seperti memikul batu diatas mata. Mayat makcik dan sepupunya terbaring kaku didepannya. Sejak dari tadi, doktor dan pihak polis kehulu kehilir keluar masuk ruangan bilik mayat ini. Membuatkan Jihyo berasa sedih dan ketakutan. Jihyo merasa bahawasanya dirinya sudah tidak mempunyai sesiapa lagi.
Tiada lagi tempat untuk dia bergantung harap. Walaupun selama ini makciknya tidaklah menjaganya dengan elok namun dia tahu dia masih mempunyai keluarga. Tapi sekarang terang lagi bersuluh yang dia keseorangan untuk menempuh hidup diusianya yang masih belasan tahun.
Kring!Kring!Kring!Kring! Telefon Jihyo berbunyi menandakan ada seseorang yang menghubunginya.
" Weh Jihyo, kau ok tak ni? Asal kau tak chat aku? Lama tau tak aku tunggu chat kau".
Jihyo masih diam membisu. Langsung tidak dibalas apa yang Hanbin bebelkan.
Hanbin merasa mesti ada sesuatu yang berlaku terhadap Jihyo. Pelik rasanya kalau Jihyo tidak langsung melawan apa yang dia katakan tadi.
" Jihyo-ya, kau ok ke tak ni? Kalau tak ok kau bagitaulah aku. Ni kau senyap je kenapa?" Hanbin cuba bertanya sekali lagi.
Tanpa diduga Jihyo terus sahaja menangis teresak-esak. Hanbin merasa begitu cemas. " Kau kenapa ni Jihyo? Bagitau dekat aku sekarang kau ada dekat mana. Aku datang"
" Aku ada dekat Hospital Besar Seoul ni. Aku hantar location dekat chat eh " Jawab Jihyo dengan suara yang tersekat di tekak. Namun dia cuba juga untuk memberitahu Hanbin tentang keberadaanya.
"Ok, kau tunggu aku dekat situ. Jangan pergi mana-mana. Lagi 20minit aku sampai".
YOU ARE READING
Don't Forget
FanfictionMengisahkan perjalanan hidup seorang gadis yang selalu ditimpa nasib malang. Kemudian datang seorang lelaki yang membahagiakan hidupnya tanpa dia sedari. Namun mampukah lelaki tersebut sentiasa berada disisinya? ❤️Song Ji Hyo ❤️Kim Hanbin ❤️Bobby