"Hello? Are you still here?", lelaki itu melambaikan tangan di hadapan muka Arrysa.
"Haa? Apa dia? Er.. Saya okeyh je. Terima kasih sebab tolong saya tadi", balas Arrysa memandang kembali lelaki tadi.
Aduh, Arrysa apa kau buat nih? Kantoi tenung anak teruna orang, buat malu je! Alah, nak buat macam mana dah lelaki tu handsome sangat.
Lelaki itu menatap pipi Arrysa yang sudah kemerahan. Rahangnya diketap jelas menunjukkan hatinya yang sedang panas itu. Kalau dia terlambat tadi sudah pasti muka Arrysa tidak serupa orang lagi. Merah sungguh!
"Pipi kau sakit lagi ke?", tanya nya.
"Awak jangan risau lah. Sikit je ni, kejap lagi reda lah", balas Arrysa sambil tersenyum nipis.
'Bukannya tak biasa' sambung Arrysa di dalam hati.
Lelaki itu melangkah perlahan ke arah Arrysa. Mengurangkan jarak di antara mereka sehingga hujung kasut bertemu hujung kasut.
"Err awak nak buat apa ni?"
Arrysa melangkah sedikit ke belakang. Namun lelaki itu terus melangkah maju kearah Arrysa hingga belakang badan Arrysa bertemu dengan dinding.
Badan Arrysa menjadi kaku kerana merasakan hawa nafas lelaki itu di mukanya. Arrysa menoleh ke tepi memandang ke lantai koridor.
Arrysa menolehkan sedikit kepalanya apabila dia merasakan ada jari yang mengelus pipinya perlahan.
"Stay. Aku nak sapu ubat dekat pipi kau", tahan lelaki itu agar Arrysa tidak bergerak terlalu banyak.
Arryaa memandang side profile lelaki itu. Jawline tajam. Warna mata yang kelabu kehijauan. Kening yang terletak elok menampakkan aura garangnya. Hidung yang mancung. Selain warna mata yang unik, bulu matanya yang panjang dan lebat itu sungguh memukau. Bagi Arrysa lelaki di depannya ini mempunyai daya tarikan yang menarik.
"Dah puas scan muka aku?", tegurnya sambil menutup kembali ubat tadi.
Macam mana boleh ada ubat itu? Dia memang membawa ubat itu kemana sahaja jika perkara yang tak diingini berlaku bagi mengelakkan dari disoal oleh bondanya. Lelaki macam dia terlibat dengan banyak pergaduhan. Pecah bibir sedikit, cukup 3 hari 2 malam bonda akan berceramah padanya tanpa henti. Jadi dia sentiasa membawa ubat itu untuk mengurangkan kesan luka.
Arrysa terus menunduk dan meramas hujung uniform sekolahnya menutup rasa gugup.
Aduh! Kantoi 2.0
"Saya pergi kelas dulu. Terima kasih sekali lagi. Bye", Arrysa menundukkan kepalanya sedikit lalu melangkah pergi ke kelasnya tanpa menoleh kembali.
Lelaki itu hanya memandang kelibat Arrysa yang melangkah pergi dan hilang di sebalik tangga.
"Clumsy", gumam lelaki itu perlahan sambil tersenyum sinis.
xxx
"Weh Arrysa, pipi kau kenapa?", tanya Celine.
"Tak ada apalah. Aku terjatuh dekat toilet tadi", balas Arrysa.
"Jatuh toilet kau kata? Lepastu yang berbekas jari ni apa? Toilet tu ada tangan ke sampai kau jatuh berbekas macam ni sekali?", rengus Celine.
Arrysa memang tak pandai menipunya. Lupakah Arrysa bahawa dia tidak akan mudah terpedaya dengan alasan sebegitu. Dia tidak bodoh untuk membezakan kesan tampar dan jatuh.
"Baik kau cakap dengan aku siapa yang tampar kau ni?", gertak Celine
Arrysa mengeluh perlahan. Dia bukan tidak mahu memberitahu Celine tapi tengok lah sekarang. Pasti Celine akan terus menyerang Jayden jika Celine tahu Jayden yang membuat pipinya begini.
"Celine, calm down please? Tak kesian ke dekat aku? Aku serabut tau ni", Arrysa memandang ke arah Celine dengan riak kasihan.
Sungguh dia terlalu penat!
Celine cuba menenangkan dirinya seketika. Tarik nafas, hembus.
"Okeyh fine, kali ni aku diamkan. Tapi kau ingat Arrysa kalau lepasni jadi lagi, aku tak teragak-agak cari siapa yang buat kau sampai macam ni sekali. Kau tu sahabat aku Arrysa. Aku tak nak sahabat aku pendam rasa sakit seorang diri. Kau faham kan Arrysa?"
Arrysa merasakan sebak dihatinya. Sungguh dia terharu memiliki sahabat seperti Celine.
"Aku sayang kau", kata Arrysa dengan nada suara yang sedikit bergetar. Menahan tangis.
"Aku pun sayang kau", balas Celine sambil merangkul Arrysa ke dalam pelukannya.
"Dah jangan sedih-sedih lagi. Aku akan ada untuk kau", katanya lagi.
Suasana yang tiba-tiba senyap menyebabkan Arrysa dan Celine menghalakan pandangan mereka ke hadapan kelas. Bunyi kasut yang semakin menghampiri mengandaikan bahawa guru mereka akan tiba sekejap lagi.
"Impressive, kalian kenapa tiba-tiba je jadi senyap. Selalu macam ribut je kelas ni. Malaikat lalu ke?", tanya Madam Sarah sinis.
Krik krik.
Entah mengapa hari ini seluruh kelas menjadi senyap. Tersampuk hantu agaknya. Benda jarang-jarang berlaku!
"Tidak mengapa lah. Madam datang sini cuma mahu bagitahu yang kalian semua akan ada murid baru. So please, be nice okeyh."
Tok! Tok!
Semua mata memandang ke arah pintu kelas.
"Ouh kamu murid baru tu kan? Mari masuk dan perkenalkan diri kamu", pelawa Madam Sarah.
'Aduh, nak kena kenalkan diri ke?', desis murid baru itu.
Suasana kelas menjadi bising apabila murid baru melangkah ke dalam kelas dengan penuh gayanya tersendiri. Malahan turut terdengar beberapa bisikan yang memuji.
'Tingginya dia'
'Awh, handsome weh dia'
'Ah! Jodoh aku ni'
"Ehem! Nama aku Aiman. Selamat berkenalan", mengekalkan riak dinginnya.
Namun matanya menangkap wajah yang tidak asing baginya. Lalu memandang tajam kearah gerangan itu.
Arrysa mengangkat wajah bagi melihat murid baru tersebut.
Zzupp!!
Matanya bertembung dengan mata murid tersebut. Anak mata yang berwarna kelabu kehijauan menyentakkan Arrysa. Lelaki tadi!
Arrysa terpandang akan senyuman sinis yang diberikan lelaki itu kepadanya tanpa mengalihkan pandangan padanya.
"Okeyh, Aiman awak boleh pilih mana-mana tempat yang awak nak" kata Madam Sarah.
Tanpa membalas Aiman melangkahkan kakinya kearah Arrysa. Arrysa merasakan debaran yang teramat apabila melihat lelaki itu melangkah kearahnya lalu berhenti dihadapan meja Celine.
"Aku nak duduk sini. Kau boleh pergi", kata Aiman kepada Celine.
"Eh, mana boleh! Ni tempat duduk kawan saya", tegah Arrysa.
Pandangan tajam yang diberikan Aiman membuatkan Arrysa menunduk meramas jarinya. Entah kenapa dia merasakan gentar dengan aura lelaki itu.
Bunyi kerusi bergeseran dengan lantai menandakan yang Celine sudahpun berganjak ke meja yang lain membuatkan hati Arrysa resah. Duduk disebelah lelaki itu umpama menunggu saat-saat kematian!
Dari hujung mata, Arrysa melihat lelaki itu sudah pun duduk di tempat Celine tadi. Arrysa tidak berani memandang lelaki itu walaupun dia telah menolong Arrysa daripada diganggu Jayden tadi. Entahlah, aura lelaki ini terlalu gelap.
"Kau ni memang suka tengok muka orang ke? Apa tadi tak puas tenung muka aku?", Aiman memandang tajam ke arah Arrysa.
"Awak jangan nak perasan boleh tak? Awak ingat muka awak je ke dalam kelas ni?", rengus Arrysa bagi menutup debaran di dada. Arrysa tak tahu apa yang telah membuat detak jantungnya sungguh tidak terkawal!
"It looks like you're interesting on me dear"

ANDA SEDANG MEMBACA
A L P H A
ActionCODE SERIES: A L P H A Arrysa x Aiman Power. Domain. Leader ~Just because i don't show it. Doesn't mean that i don't feel it~