B A B 1

328 14 3
                                    

"Okey class we are dismiss for today. Thank you"

Arrysa hanya memerhati kelibat Sir Aiden yang melangkah keluar ke arah pintu kelasnya. Dia menjatuhkan kepala ke atas meja untuk melelapkan mata seketika.

Dush!

"ARRYSAAAAAAA", jerit seseorang.

"Arrysa aku tahu kau dengar. Baik kau angkat kepala kau sekarang", katanya lagi sambil mengoyangkan badan Arrysa.

"Hmm... kau nak apa?", memangkukan kepala kearah Celine.

Ye Celine. Celine adalah sahabat Arrysa. Sejak dari mula tiada siapapun yang mahu berkawan dengan Arrysa. Dia juga tidak tahu mengapa. Ah, mungkin disebabkan keluarganya yang biasa-biasa sahaja.

Namun, Arrysa kagum dengan Celine walaupun dia kaya dia tidak pernah sombong dengan kekayaan yang dia miliki. Malahan dikatanya bahawa harta yang ada bukannya miliknya tetapi milik daddynya itu.

"Harini aku dengar ada student baru Rys. Orang kata dia handsome. Sesuailah dengan kau, mana tahu tercatch feeling ke?", kata Celine sambil menaikkan keningnya.

"Ish, apa pulak kau ni. Taknak lah aku, aku ni perempuan biasa je. Lagipun, apa kau kata tadi? Tercatch feeling? Memang tidaklah dia nak suka kan aku" bidas Arrysa membantah kata-kata Celine.

"Kau ni janganlah rendah diri sangat. Aku tahu korang akan tercatch feeling juga nanti. HAHAHAHA", tambah Celine lagi.

Bagi Celine tidak salah jika Arrysa mempunyai perasaan sayang. Hati sahabatnya seolah-olah sudah beku. Dingin lebih tepat. Sudah tidak ceria sejak kematian Puan Amelin. Dia sungguh mahukan sahabat lamanya kembali.

"Penat lah layan kau Celine. Aku nak pergi tandas kejap. Apa-apa backup aku eh"

Arrysa terus keluar dari kelas menuju ke hujung aras bangunan kelasnya.

xxx

Vroom

Terdengar deruman kuat superbike di kawasan sekolah itu. Mujur saja sekarang semua pelajar masih berada di dalam kelas. Jika tidak sudah pasti banyak mata yang memandang ke arahnya.

Dia memarkirkan superbikenya ditempat parkir yang disediakan. Helmet dibuka lantas meraupkan rambutnya kebelakang. Membetulkan kembali rambut yang terlihat serabai.

Setelah selesai, dia melangkah turun dari superbike dan menuju ke bangunan sekolah atau lebih tepat mencari keberadaan pejabat sekolah tersebut.

Kakinya yang panjang diaturkan agar melangkah menaiki tangga bangunan tersebut. Bukannya susah mana bagi dia untuk mencari di mana pejabat berada kerana dia sudah tahu segala selok-belok sekolah terbabit. Cuma entah kenapa pagi ini dia diminta melaporkan diri.

Leceh.

Pintu yang sederhana besar ditolak sedikit untuk melihat jika adanya kerani yang menjaga kaunter pejabat ketika itu. Namun dia silap, pengetua sekolah tersebut sudah siap sedia menunggunya!

"Awal betul Tuan Muda datang harini", kata pengetua sambil menunjukkan senyuman sinisnya.

"Alah uncle Jack, Leo malaslah nak datang awal-awal nanti ada je yang tengok Leo. Rimas!", kata Leonardo sambil mengikuti langkah Jack yang menuju kearah ruang pejabatnya yang lebih privasi.

"Kamu tu pewaris Marcello bukankah kamu sudah biasa menjadi perhatian? Macam tak biasa pula"

Leonardo menjulingkan matanya keatas.

"Kenapa Leo kena undercover dekat sekolah ni uncle? Come on uncle, umur Leo dah lebih 20 tahun dah", keluh Leonardo tidak puas hati.

Ada ke patut ketika mesyuarat ahli keluarga Marcello, mereka sepakat memilihnya sebagai calon undercover untuk plan yang sedang dirancang bagi mengalahkan musuh mereka.

"Hanya kamu saja yang layak mengambil tugas ini. Lagipun, kamu tidak pernah terkantoi ketika menjalankan undercover. Disebabkan itu kamu dipilih. Musuh kita kalini agak kuat Leo, papa kamu sudah berkali-kali mahu menjatuhkan mereka. Namun sering saja gagal. Kami mengesyaki yang sekolah ini terdapat konco-konco mereka", terang Jack kepada Leonardo.

"Seriously uncle budak sekolah jadi konco diorang? Dah tak ada sangat ke manusia dekat muka bumi ni sampai recruit budak sekolah?"

"Itu je maklumat yang kami dapat setakat ni. Jadi kami mahu kamu cari lagi maklumat lain. Uncle harap kamu mampu perform dengan lebih baik seperti sebelum ni. Kamu tahu kan kamu akan diangkat menjadi don? Jadi jangan hampakan kami. Buktikan diri kamu. Uncle tahu kamu layak".

Jack hanya menyampaikan pesan oleh seluruh ahli keluarga Marcello kepada Leonardo. Bukan mereka tidak percaya kepada Leonardo namun itu hanya kata-kata semangat untuk Leonardo agar dia tidak mudah terleka ketika melakukan misi. Lagipun, Leonardo merupakan cucu sulung keluarga Marcello dan bakal mengambil alih kedudukan don pada suatu masa nanti.

"Jangan risau uncle, Leo tahu apa yang Leo nak buat. Dahlah Leo nak gerak sekarang", kata Leonardo sambil membetulkan bajunya yang sedikit berkedut ketika duduk tadi.

"Kamu tahu kan kelas kamu yang mana satu?"

"Leo tahu", balas Leonardo sambil melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Bertambah masalah? Yes!

xxx

Selesai membasuh tangan, Arrysa melangkah keluar daripada tandas namun ada tangan yang menghalangnya keluar.

"Kau nak apa?", kata Arrysa dingin.

"Wow, berani betul cik Arrysa kita ni" sambil tertawa sinis. Tangannya yang menghalang Arrysa tadi mengusap perlahan pipi gadis tersebut.

Cantik.

Arrysa menepis tangan yang berada di pipinya. Jijik sungguh dia melihat lelaki itu mengusap pipinya. Kurang ajar!

"Aku nak kau jadi milik aku. Aku tahu ayah kau bukannya kisah sangat pasal kau pun kan? Dari kau setia dengan ayah durjana kau tu baik kau ikut aku. Aku akan bagi kau layanan yang istimewa sayang..." sambil mengelus perlahan lengan Arrysa.

"Ish, kau boleh tak lepaskan aku! Kau jangan kurang ajar Jayden. Kau dengan ayah lebih kurang sama je perangai setan. Kau ingat aku nak ke ikut kau? Perangai macam barua!", bentak Arrysa kembali sambil meronta untuk melepaskan pegangan Jayden pada lengannya.

"KAU MEMANG KURANG AJARKAN!"

Pang!

"Huh, dasar lelaki dayus. Dengan perangai kau macam ni kau suruh aku ikut kau? Sial", cerlung Arrysa sambil mengusap pipinya yang terasa kebas akibat tamparan Jayden. Berbisa sungguh!

"Kau memang tak reti rasa sakitkan?" Jayden cuba menghayunkan tangan lagi kearah Arrysa.

Namun..

"Kau apa hal hah?", bentak Jayden sambil mencari wajah yang menghalangnya.

"Kau tak ada hak nak sentuh dia", menggengam lengan Jayden dengan lebih kuat.

Panas sungguh hati dia melihat gadis itu dilempang sesuka hati! Niatnya hanya untuk menuju ke kelas namun lain pula yang dia nampak.

"Kau siapa hah! Kau tak ada hak nak halang aku. Dia ni milik aku. Kau tu cuma orang asing je!", Jayden cuba melepaskan tangannya tapi cengkaman lelaki itu amat kuat!

Jayden mendesis perlahan.

"Lelaki macam kau tak layak sentuh perempuan dengan tangan kotor kau tu", kata lelaki itu lagi.

"Baik kau blah sebelum muka kau pulak aku kerjakan", sambil melepaskan cengkamannya pada Jayden.

"Ingat Arrysa, urusan kau dengan aku belum habis lagi", Jayden melangkah pergi kearah bangunan kelasnya.

"Ehem, kau okeyh ke?"

Arrysa memandang kearah lelaki yang menyelamatkannya tadi. Mata dia..

Kelabu kehijauan.

Memukau!

A L P H ATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang