"Assalamualaikum, Rys dah balik"
Arrysa menanggalkan kasut sekolahnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah yang senyap sunyi mendatangkan curiga kepada Arrysa. Namun Arrysa hanya menganggap itu mainan perasaannya saja.
Tanpa membuang masa, Arrysa menuju kearah biliknya. Badan yang sudah berlengas dengan peluh membuatkan Arrysa merasa tidak selesa. Manakan tidak jika Arrysa terpaksa berjalan kaki dari sekolah ke rumah.
Beg sekolah diletakkan ditepi katil lalu membaringkan badan di atas katil. Arrysa mahu melepaskan lelahnya buat seketika sebelum mandi.
Dalam keadaan mata yang terpejam Arrysa merasakan ada yang merangkak di atas katilnya. Arrysa tersentak apabila melihat seorang lelaki sedang menindih tubuhnya.
Arrysa cuba meronta melepaskan diri daripada lelaki itu namun apalah sangat kudratnya jika dibandingkan dengan lelaki itu. Lelaki itu merapatkan wajahnya di leher Arrysa lalu tersenyum sinis.
"Hmm. Wangi"
Dalam keadaan meronta Arrysa mengalirkan air mata kerana merasakan dirinya sudah kotor.
"Lepaskan aku", kata Arrysa dengan suara yang sedikit bergetar.
"Apa dia? Lepaskan kau? Aku dah dapat barang depan mata, kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau?"
"Lepaskan aku lah setan!", Arrysa cuba meronta dengan lebih kuat.
"Kau memang nak kena kan?!", terteleng wajah Arrysa ke tepi apabila dia menerima tamparan buat kali kedua hari ini.
Arrysa merasakan ada cairan hangat mengalir ditepi bibirnya. Sakit ditampar Jayden pun tak hilang lagi, kalini ditampar kali kedua pula.
Dalam keadaan yang lemah, Arrysa cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Arrysa terpandang akan lampu meja disisi katil. Ketika cuba mengapai lampu meja, Arrysa merasakan kainnya semakin tersingkap keatas. Tanpa membuang masa, Arrysa memukul lelaki asing itu menggunakan lampu meja dan terus mencari ruang untuk melarikan diri.
Dengan langkah yang cepat Arrysa menuju kearah dapur bagi mencari pisau untuk langkah berjaga-jaga. Arrysa mendengar derap tapak kaki menuruni tangga. Lalu Arrysa cuba menyorok dibawah meja.
"Kau menyorok mana hah perempuan?! Baik kau keluar sekarang sebelum habis kau aku kerjakan", kata lelaki asing sambil mencari Arrysa.
Arrysa menekup mulutnya dengan tangan bagi menghalang lelaki itu mendengar suara tangisannya. Pisau ditangan digenggam dengan kemas, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Lelaki asing itu terpandang akan bayang-bayang di bawah meja.
"Kau nak lari mana? Tak ada siapapun yang boleh tolong kau sekarang", sambil menuju kearah meja tempat Arrysa bersembunyi.
Lelaki itu terus menarik tangan Arrysa untuk keluar. Namun dengan pantas Arrysa menikam peha lelaki itu.
Zzupp!
"Arghh! Tak guna kau", tanpa melepaskan tangan Arrysa. Lelaki itu cuba menarik pisau yang menikam pehanya keluar.
Tap! tap!
Darah mula menitis dilantai rumah.
Ketika cuba menarik pisau itu keluar, Arrysa meronta untuk melepaskan diri, entah bagai mana silapnya. Pisau yang telah ditarik keluar itu tanpa sengaja menghiris betis Arrysa.
"Ergh!", desis Arrysa perlahan cuba untuk menutup dirinya yang telah terluka daripada lelaki itu.
Dengan sekuat hati, Arrysa menarik kuat tangannya dari genggaman lelaki itu. Setelah tangannya terlepas, Arrysa terus berlari keluar dari rumahnya selaju yang mungkin.

ANDA SEDANG MEMBACA
A L P H A
AcciónCODE SERIES: A L P H A Arrysa x Aiman Power. Domain. Leader ~Just because i don't show it. Doesn't mean that i don't feel it~