Bab 1

371 24 13
                                    

Bab 1

"Jangan lupa petang ni punya meeting dengan Tuan Rahiman Yusri," ujar Encik Shai selaku orang besar d syarikat itu. Posisinya sebagai Bussiness Executive Manager, membuatkan beliau sangat cekap dalam menguruskan juga memantau pekerjanya.

"Projek ni besar jugak, jadi jangan lupa," sambungnya lagi.

"Eh, saya pula ke? Bukan ke meeting tu Kak Yana yang handle, sebab tu client dia," soal Akraf semula. Bukan nak mengelak cuma zaman sekarang orang tak boleh tengok orang senang sebab ada je alasan nak kene buat kerja.

Walhal semua kerja dia dah siap, sekarang dia tengah buaat double check untuk hantar ke Boss.

"Kan Kak Yana amik mc 3 hari ni, jaga mak dia sebab masuk wad. Kak Yana kan ada bagitahu kau amik alih kerja dia sementara waktu tu. Tak ingat dah ke?" ujar Encik Shai sambil mencekak pinggang. Dia ni jarang marah, cekak pinggang dia tu maksudnya dia tengah bersabar lagi.

"Ouh haah... Saya ada tampal haritu dekat memo." Segera Akraf mencari memo yang pernah ditulisnya ketika dulu.

"Ha ada-ada. Nanti saya uruskan," ucap Akraf padanya lalu dia sambung kerjanya semula.

"It's okay. Just a small matter. By the way kan, kawan kau mana?" soal Encik Shai sambil menongkat dagu sambil menaikkan keningnya. Acah maconya la pula mamat ni.

"Siapa pulak?" tanya Akraf padanya.

"Rizky lah, siapa lagi. Kawan sepejabat kau." Memang dia tahu nama itu yang akan keluar. Dia sudah boleh agak, cuma dia bertanya mungkin nak dengar jugak nama orang lain yang akan keluar.

"Ouh Rizky. Kalau nak cari dia ada je kat pantry tu ha. Masa-masa macam ni dia memang akan tengah buat air."

"Okay cun." Lalu Encik Shai berjalan pantas bergerak ke arah pantry. Ada la tu kerja nak menyakat budak Rizky tu.

Lagi 12 minit sebelum masa makan petang, Akraf sudah siapkan kerja paginya, tinggal yang petang punya saja, sebab dia ada hal yang baru iaitu meeting  dengan Tuan Rahiman Yusri. Hampir-hampir waktu makan ni, curi masa sedikitlah tengok telefon.

"Akraf Hamdani!"

"Opocot kau!" fail-fail besar dihempapkan ke atas meja dia. Terkejut dia melihat fail-fail itu, takkan la benda ni aku nak settle harini. Mampus aku.

Itu yang terdetik di hatinya. Mana tahu, dah fail-fail selambak macamni. Cuma dia belum tahu lagi ni semua arahan dari siapa. Segera dia meninjau siapa yang hantarkan fail-fail ini padanya.

"Eh, Kak Siti," sapa Akraf selepas bersemuka dengan Kak Siti.

"Akraf..." panggil Kak Siti dengan namanya. Muka Kak Siti yang berkerut menambahkan lagi kecut di hati Akraf. Apa salah dia pula kalini.

"...Ni meh tolong akak bawak ni pergi bilik Jaja." Fuh, leganya jangan dikata mahu luruh jantungnya tadi.

"Akak ni, jangan lah buat takut saya. Ingat saya kene siapkan semua ni harini." Akraf mengurut dadanya perlahan. Bayangkan siapa je tak terkejut dengan benda macamni.

"Takda gilanya akak nak bagi kau keje banyak-banyak macamni. Marilah tolong akak." Segera Akraf menolongnya.

Selepas dia membawa semua fail itu ke Jaja, dia kembali semula ke mejanya. Jam dikerling, waktu makan sudah tiba. Bekal mula dikeluarkan. Sebelum sampai tempat kerja lagi Akraf sudah buat sarapan untuk diri sendiri.

Dia mula melangkah mencari sahabatnya, Rizky. Nama penuh Sufian Rizky. Budak ni baik je orangnya, jenis tak banyak mulut. Benda yang dia tak suka pun, dia tak cakap. Order lain, sampai lain pun, dia makan je.

I'm Not the Cupid! [BxB]Where stories live. Discover now