Bab 2

183 15 5
                                    


Bab 2

Normal Pov

"Nice to meet you... Too!"

"You memang selalu makan sorang ke?" soal dia lagi sambil sudu dan garfu menguis nasi kampungnya itu. Matanya hanya tertacap pada makannya sahaja tanpa memandang aku.

"Sorry?" tanya Akraf padanya. Ingat aku forever alone? Okay, mungkin aku terlihat seperti itu, tapi tak. Harini je la rasa macam forever alone.

"I tanya, you memang selalu makan sorang ke?" aju dia soalan yang sama, tapi kalini mukanya agak penat melayan Akraf. Penat agaknya ulang soalan sama banyak kali.

"Tak, tak. Selalu makan dengan officemate, tapi tadi dia nampak sibuk je. Malas nak ganggu." jawap Akraf semula. Walhal hati tu cemburu sebab takde orang layan dia macam mana Rizky dilayan.

Selesai sudah Akraf menghabiskan bekalan tengaharinya. Air teh ais yang dipesan dia juga sudah habis disedutnya. Akraf segera mengemaskan bekalannya lantas dia berdiri ingin membayar teh ais dia tadi.

Namun tangannya segera dirangkul oleh Aaris. Akraf berpaling pelik.

"You nak pergi mana?" Tanya Aaris sambil tangannya memengang lengan Akraf. Baru Akraf perasan yang gaya duduk Aaris persis model. Posture badanya tak pernah bongkok. Duduk pun handsome.

Itu la yang melayang di fikiran Akraf.

'Eh, kau jangan lupa. Lelaki depan kau ni, Rizky punya. Kau jangan catch feeling pulak!' bentak hati Akraf dengan perangai sendiri.

"You dengar tak apa I cakap? I said you nak pergi mana?" soalan yang diajukan Aaris membawa Akraf ke dunia nyata semula.

"Ouh, err. Saya nak pergi bayar air," jawap Akraf.

"Then, lepas bayar you nak pergi mana?"

"Umm, naik office terus la. Nak pergi mana lagi?" balas Akraf selamba.

"Duduk teman I makan," arah Aaris sekali.

"Sorry?"

"I cakap duduk teman I makan. Berapa kali nak kena ulang-ulang ni?" Nada Aaris kini sedikit tinggi dari yang tadi.

Terus Akraf duduk semula di tempatnya. Diam tak bersuara terus. Kadang dia tak faham dengan lelaki depan dia ni. Dia siapa boleh arah-arah orang? Kenapa aku kena ikut cakap dia? Kenapa nak kena marah-marah?

Baru sekali jumpa, ini first time ni! Dah nak tengking-tengking. Red flag la, memang perempuan jumpa, perempuan reject.

Tak tapi kenapa Rizky minat dia eh? Aku tak boleh brain kalau Rizky yang pendiam tu, couple dengan orang baran. Kejap, selalunya couple macamtu la kan yang helok. Sorang innocent, sorang overprotective.

Eh tak, tapi kenapa sekarang aku kena ikut cakap dia?!

"Nama penuh you apa ye Akraf?" Akraf memandang dia dengan segera. Matanya terbuka luas, cuba menangkap apa yang Aaris tanya tadi.

"You memang suka berangan eh? Apa yang ada dalam fikiran you tu Akraf?"

"Eh, takdelah. Mana ada saya berangan. Tapi tadi Encik Aaris tanya apa ye?" soal Akraf lagi sekali. Tak serik-serik budaknya.

"I tanya nama penuh you apa? And satu lagi, don't call me Encik. Just call me Aaris," balasnya sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Ouh, nama saya Akraf Hamdani Bin Akrulzaman. Umur saya 24 tahun. Saya ada dua adik beradik. Saya anak bongsu. Saya tinggal sorang dekat Taman Tiara dekat belakang sana tu." Tiba-tiba Aaris tergelak kecil.

I'm Not the Cupid! [BxB]Where stories live. Discover now