Bab 3

241 13 14
                                    

Bab 3

".... banyak benda jadi kat aku harini. So sekarang kau still lagi ada hati dekat dia ke? Dia poyo, acah bagus, serius, cepat nak marah. Serius la orang macam ni type kau?" soal aku kepada Rizky. Aku tak nafikan muka dia, tapi perangai dia.

Rizky diam seketika, lepas je habis office hour. Aku dengan dia lepak dekat rumah aku sementara.

"Aku tak pasti la Akraf. Mungkin itu sebab dia dengan kau, mungkin dia lain dengan orang lain? Kita mana tahu kan?"

"So kau nak aku teruskan ke plan kau?" aju Akraf kepada Rizky.

"Tolong la aku Akraf, kalini je. Buatlah pelan supaya aku boleh rapat dengan dia," ujar Rizky sambil memegang tangan Akraf meminta tolong.

"Haih, ye la. Tapi kau kena bagi aku masa. Aku kena tahu latar belakang dia jugak. Tadi aku tanya pun, bukan dia nak bagitahu." Akraf masih lagi tak puas hati tentang kejadian petang tadi.

Bila difikirkan semula memang sakit hati.

"Aku tak kesah, asalkan semua benda tu boleh tolong aku." Akraf mula mengeluh, nak tak nak memang dia kena tolong juga. Tapi masalahnya...

'AKU MANA TAHU KALAU SI AARIS TU SUKA LELAKI KE PEREMPUAN! MANA TAHU KALAU DIA ADA AWEK?!' itu yang nak dikatakan dalam hatinya.

.............

Esoknya dia pergi ke tempat kerja seperti biasa. Pukul 7.30 dia dah siap berada dalam kereta. Nak beli nasi lemak Kak Mah. Beratur dia panjang mat. Nasi lemak dekat situ memang terbaik.

Dia teruskan pemanduan sehingga sampai di kedai tepi jalan tersebut. Nampak je khemah biru di hadapan, cepat-cepat dia berikan signal ke kanan untuk berhenti.

Akraf keluar dari perut kereta, segera langkahnya bergerak ke arah khemah tersebut...

"Kak!" sapa Akraf sambil tercungap-cungap. Terkejut Kak Mah yang menjual nasi lemak di situ.

"Bagi nasi lemak biasa dua..."

"Bagi nasi lemak biasa dua..." Suara yang serentak membuatkan Akraf terkaku di situ. Suara yang agak dia kenal. Segera dia berpaling ke arah jejaka di sebelahnya.

Tegak, segak dia berdiri. Baju kemeja putih, juga bertali leher merah dipeluk di badan, membuatkan jejaka itu kelihatan lebih segak dari sebelum ni.

"Encik..."

Aaris memandang Akraf, menunggu soalan dari dia. Namun tak keluar satu patah perkataan pun dari mulutnya.

"I masih tak tahu apa yang selalu you fikir dalam otak you," malas Aaris mahu tunggu soalan Akraf. Biasalah berangan seketika.

Tersedar Akraf dari dunia maya. Tersasul-sasul mulutnya mengeluarkan kata-kata.

"Ar... Ar... Encik pun suka makan nasi lemak dekat sini ke?" Namun Aaris diam tidak berkata. Melihat dari reaksi Aaris, Akraf segera menyarankan Aaris membeli makanan yang lain.

"Apa katakan, Encik beli kuih apom ni, Kak Mah buat sedap. Serius. Pastu kan kalau Encik suka yang manis-manis, better Encik try ni ha, 'ondeh-ondeh' orang panggil, ha ni favorite saya. Pastu favorite kuih kawan saya pulak dia minat cara berlauk sebab dia tak minat manis sangat..."

"I tak suka manis...," Belum sempat Akraf menerangkan lagi, dia dah potong percakapan Akraf.

'Hak alah mamat ni. Padan dengan muka la tak suka manis, muka kau ketat je 24 jam,' kutuk Akraf dalam hati.

"Ha kalau macam tu, Encik beli la apa yang Encik suka," ujar Akraf. Malas nak terangkan panjang-panjang. Bukan mamat ni nak dengar.

"Kak, nasi lemak saya dah siap dah?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm Not the Cupid! [BxB]Where stories live. Discover now