2 March 2016
Hari ni aku buat masalah sampai kena denda tapiiiiiii aku still dapat jumpa dia. Hihihi. Tapi buat sakit hati je. Semalam aku chat dia tanya bila dia bertugas. Lps tu dia cakap minggu ni dia bertugas. Muncul lah idea jahat aku. Aku plan aku nak buat masalah waktu rehat lps tu boleh jumpa dia. Bijak bukan hhahahahaha. Bijak lah sangat sampai kena denda. Takpe asalkan aku dapat jumpa dia. Hari ni aku teruskan plan aku. Biasanya pengawas sekolah akan buat rondaan kat sekolah lepas rehat sebab takut ada yang ponteng. Menang ada pun aku salah seorang dari mereka tapi untuk hari ni jelah semata-mata nak jumpa bf. Aku duk lepat kat belakang bangunan sekolah dengan sorang budak laki ni. Aku tak kenal pun budak tu. Suka hati aku je cakap budak padahal dia senior aku. Aku tanya lah dia kelas mana. Dia cakap dia kelas 5 Vas. Kelas pandai tapi perangai tak senonoh macam aku lah tu hhahhahahahaha. Dia cakap dia nak jumpa gf dia kat belakang tu sebab gf dia suruh tapi rupanya gf dia mintak putus hahahahahah kesian. Dia duk menangis belakang tu. Kesian pulak aku dengan dia dah lah hensem plus pandai. Complete package kot sape taknak. Kalau aku pun nak tapi sayang aku dah ada bf. Takpe lah lagi pun bf dia Perfect package so sayang nak tinggal. Ralik dia luahkan perasaan dia yang berduka tu tibe ii kitaorg di sergah dengan pengawas salah sorang dari diaorg bf aku. "Woi korang buat apa tu? Dating ke? Masa rehat tak cukup ke nak dating? Nak jugak ponteng kelas. Apa nak jadi lah dengan masa depan korang kalau macam ni." Suka hati dia je cakap aku dating dengan mamat ni memang tak lah. I ada bf yang lagi bagus dari dia kot. Setakat dia hmmmm lambat lah lagi aku nak buat bf. Biyi kat belakang tu dah terkejut bila nampak aku. Aku baru je nak lambai kat star aku tibe ii ada minah ni gi tarik rambut aku. Aku paling benci minah ni sbb mentang ii dia pengawas suka hati dia je nak buat apa and one more things minah ni suka dengan biyi tapi biyi tak layan sbb gedik. "Bila lah kau nak berubah pakai lah tudung? Tengok aku ni sedap mata memandang pakai tudung perangai pun elok tak ponteng kelas. Kau ni aku tak tahu nak cakap ape perangaitak senonoh betul. Aku ingat takde orang nak kat kau kalau dapat pun mesti yang tak senonoh macam kau. Tapi aku tak sangka yang kau dapat yang ehem ehem not bad." And ni satu lagi perangai dia aku tak suka perasan bagus. Aku buat tak kisah je sambil buat muka meluat kat dia mula ii tapi bila dia start pegang tangan bf aku and siap mengadu yang aku tak tahu. Apa lagi aku mengamuk lah. Berani betul dia pengang tangan bf aku. Aku pergi tengah ii diaorg lepas tu aku putus kan ikutan tangan dia lps tu apa lagi aku tendang kaki minah tu sampai jatuh pandan lah dengan muka tu. Aku pandang biyi dengan muka maut. Kata tak layan dia boleh biar lah je minah sengal tu pegang tangan dia. Aku dah lah buat benda bodoh ni semata-mata nak jumpa dia tapi lain pulak jadi. Aku dibawak ke bilik disiplin untuk diberi hukuman sbb ingkar arahan, tidak mendengar nasihat dan mencederakan pengawas. Cikgu suruh aku stay back untuk bersihkan dewan. Dah lah hari ni cikgu ada buat majlis kat dewan tu aku pulak yang kena bersihkan. Apalah nasib aku hari ni. Kalau bukan sebab minah tu and kalau biyi bagitahu yang minggu ni dia bertugas dengan minah sengal tu benda ni takkan jadi. Sekurang-kurangnya aku kena berdiri depan bilik disiplin je kalau ponteng kelas ni tak. Habis aku takpe lah malas aku. Lps sekolah aku pergi lah dewan nak kemas. Masa kau bukak pintu tu aku nampak biyi tengah pegang penyapu and plastik sampah. Aku sakit hati pulak tengok dia. Aku letak beg aku atas pentas lps tu terus pergi kat dia ambik penyapu dengan penyodok yang ada kat tangan dia. Aku ambik and terus menyapu sambil menangjing minah tadi "awak tengok nana tu dia buat tak kisah bila saya cakap" dengan nada yang manja plus mimik muka yang menganjing. Menyampah. Dia boleh gelak kat aku? Ohhhh ini dah lebih. Dia boleh tanya aku marah ke? Ada ke bf sendiri tanya soalan macam tu??? Dia cakap yang dia dah tahu perkara sebenar sbb dia pergi tanya mamat tadi. Aish kenapa lah aku pergi cite kat mamat tadi. Buat malu je. Aku ponteng kelas semata-mata nak jumpa dia. Aku buat kerja cepat ii sebab tak nak tengok muka dia. Aku lepas puas dengan hasil kerja aku, aku terus ambik plastik yang ada sampah tu bagi kat dia suruh dia buang. Aku terus lari keluar. Yang buat aku mula lagi bila aku lupa hari ni yang aku kena balik dengan dia. Aishhhhhhh. Aku ambik keputusan tuk jalan kaki je balik tapi boleh pulak terserempak kat tengah jalan dengan dia. "Tak penat ke jalan kaki? Sini lah naik ada tempat kosong ni..". Aku lajukan langkah aku. Aku nak kalah lambat lagi lah. "Jauh lagi ni, sanggup ke jalan kaki? Lagipun dah mendung ni nanti hujan habis basah." Aishhhh apa lah nasib aku hari ni? Teruk sangat ni parah. Terpaksa lah aku naik dengan dia. Masa sampai rumah hujan pulak turun. Ni apahal ni hujan ni memang saje kan? Dengan terpaksa aku suruh dia stay dulu sebab hujan kan nanti tak pasal ii deman. Lagi pun mak ayah aku ada lat rumah so aku tak kisah. Aku duk dalam bilik je lah malas nk tengok muka dia. Buat sakit hati je. Dah lah malas nk cite panjang ii bukannya nak pujuk orang ke apa. Ahhhhhhhh. Bye.
Teringat pulak masa tu dia pujuk aku. Bukan beli chocolate ke apa tapi dia masak untuk aku. Dia masak ayam masak merah semata-mata nak pujuk aku. Tahu ii je aku suka makan ayam masak merah. Tapi sekarang aku dah tak boleh nak rasa masakan dia dah.
![](https://img.wattpad.com/cover/294922437-288-k637650.jpg)
YOU ARE READING
Kisah ini....
RomansaSo....perasaan ni lh yg selalu hadir jika kita mencintai seseorang yg sukar untuk dicapai. Seperti mengapai rama ii yg mustahil untuk dicapai. Seperti mana pun kita mencintai seseorang itu akhirnya kita akan merasakan luka yg sngt dlm dan ia akan me...