19AM

73 21 16
                                    

Aku.

Putus asa.

Harapan dari satu keluarga untuk bantu kami. Akhirnya tidak membuah hasil.

Dan harapan Nurul bersepai tidak bersambut.

Dalam kereta. Aku dan Nuar membisu.
Sebelah aku, Nuar dah serupa mayat hidup. Hilang seri di wajah beruk dia.

"Tapi kita ada perlindungan dari keluarga ni." Aku cuba pujuk Nuar yang hilang semangat.

Mental macam ni. Beruk ni dah bisu.

Nak tau kenapa? Keluarga Adam, lebih jaga nama dari nyawa.

BUKTI aku boleh ugut mereka kalau Adam cuba apa-apakan kami.

Dan permintaan aku adalah.

"Aku akan rahsiakan BUKTI aku dengan syarat Adam tidak akan apa-apakan kami. Anggap semua dah settle."

Dan perkataan yang keluar dari mulut aku diterima oleh ayah Adam.

Semoga Wattpad aku tidak menjadi sasaran mereka.

Aku pandu turun bukit. Nuar sebelah masih tidak bersuara.

"Maaf libatkan kau."

'Ingat bisu.'

"Aku ingat benda ni akan settle tak lama lagi."

'Aku boleh agak BUKTI aku tak akan settle Nuar.'

"Aku betul-betul minta maaf."

'Aku tak kisah pun.'

"Aku takut mati."

'Aku pun sama.'

"Aku, "

"Nuar, kau kena tau. Aku dah takde sape dah kat belakang aku. Aku hanya ada kau. Sahabat aku."

Aku senyum. Cuba pujuk hati Nuar yang dah hilang semangat nak hidup.

"Kalau bukan kau, sampai sekarang aku tak balik Malaysia."

Dia angkat muka. Takkan aku nak tengok dia. Tengah pandu ni oi.

Hujan lebat ganggu perjalanan. Ni hujan ni betul-betul bersatu dengan hati Nuar ke?
Sedih pulak aku rasa.

"Apapun, kita selamat. Hanya masih kabur untuk bebas."

"Adam tak akan ganggu kita. Kalau kau ugut. Kau boleh lapor pada abang Adam lepas ni."

Aku betul-betul nak dia tahu. Hidup kita, bukan hak sesiapa yang mengawal dan mengatur.

"Kau kena teruskan life kau. Dan aku, mungkin akan terus kembali ke zaman kegemilangan aku."

"Kau baliklah kampung. Dah takde pa pe nak diharapkan lagi."

Akhirnya.

"Kau nak ikut? Boleh rehatkan mental kau. Aku risau tinggallan kau sorang sini. Bukan apa, kes gantung diri kat kipas sangat famous."

Dia gelak. Alhamdulillah.

"Aku masih normal. Aku tau buat kerja tu akan dapat dosa besar. Bunuh diri bukan cara dia. Tapi kalau aku mati tiba-tiba, tu tanda ajal aku dah sampai."

Siap. Dia bukak topik sendu.

"Apapun, cari benda lain buat kau terhibur. Asal jangan buat benda haram sudah."

Dia angguk. Selepas ni. BUKTI akan berakhir. Tinggal seorang je lagi.

Nurul.

Maaf. Aku tak dapat tolong kau. Pengakhiran yang menyakitkan.

BUKTI [DAH HABIS]Where stories live. Discover now