Meet 💫

770 49 15
                                    

"Guna kerusi jelah. Nak guna tangga nampak macam melampau je " dia mula mengambil kerusi meja makan dan ditarik menuju kearah kabinet itu . Dia mula memanjat kerusi itu . Entah mana silapnya dia terpijak kain baju kurung yang dipakainya menyebabkan kedudukannya tidak seimbang .

Dia reda andai dia terjatuh selapas ini . Mata dipejamkan . Itulah pendek sangat

"Eh asal tak sakit ."soal Aisy hairan .

Aisy membuka mata perlahan Lahan dan matanya terus terbuntang luas apabila seseorang memandangnya tajam .. Sekarang dia berada di dukungan tunangnya .

"What are you doing Nuraisy Aqila Binti Kamal Rizqi "suara amarahnya ditahan sebaik mungkin . Tak ingin menyakiti hati buah hatinya.

"Erkk.."mati kata Aisy ketika itu . Jika tunangnya menyebut nama panjangnya bermakna dia sedang marah . Mati la kau Aisy.

"T.. turun kan saya dulu "kata Aisy . Carl menurunkan tunangnya . Matanya masih melekap pada muka tunangnya. Hampir luruh jantungnya ketika melihat Aisy yang hampir jatuh ke lantai .

"Dah tak sabar nak mati awal ke apa?"soal Carl .

Aisy hanya menekur memandang lantai . Tak berani bertentang mata dengan tunangnya .

"Jawab Aisy. Kau tahu aku tak suka ulang soalan aku banyak kali ."

"S..saya nak ambik gula atas kabinet ni. Saya tak sampai jadi saya ambik la kerusi . Lagipun bukan salah saya "

"Tch . Bukan salah kau . Kau nak salahkan pakaian kau la sekarang . "

"Tak apa masalah awak sekarang . Dah saya tak sengaja terpijak kain saya . Yang awak Beria nak selamatkan saya kenapa ."kata Aisy tegas . Ni dia tak suka tentang Carl . Ada je benda nak dibahaskan .

"Kalau kau tak menjawab tak boleh ke. Kalau aku tak tolong kau tadi agaknya dah patah tulang kau . Kerja menyusahkan orang." Kata Carl

Tanpa sedar ayat yang keluar dari mulut Carl membuatkan Aisy terasa . Carl yang baru sedar akan keterlanjuran kata itu memandang Aisy .

"Aisy aku.." baru sahaja Carl ingin membuka mulut Aisy terlebih dahulu bersuara

"Enough Carl Zafran. Ye saya tahu saya banyak menyusahkan awak . Saya beban dalam hidup awak . Silap saya sebab terjumpa dengan awak . Saya janji saya takkan jumpa dengan awak lagi . Cari hidup awak yang baru . Mungkin lepas ni hidup awak akan aman tanpa saya Carl."

"Aisy bukan tu maksud aku ..aku cuma"

"Cuma apa. Cuma apa Carl Zafran ?.Saya ni hanya beban awak. Ye betul awak cakap saya menyusahkan awak . But after this kita buat haluan masing-masing. Anggaplah kita tak pernah berjumpa . "Tanpa sedar Aisy mengalirkan airmatnya. Kecewa dengan sikap Carl .

Carl terkejut melihat Aisy . Dia mendekati Aisy tetapi dihalang olehnya.

"Stop here Carl. Mulai sekarang kita putus . Antara awak dan saya hanya stranger. Saya akan bagitahu family awak tentang ni .Berhenti jadi hero dalam hidup saya. Saya dah tak larat nak tanggung semua ni."Aisy memandang jari manisnya. Dia membuka cincin pertunangan mereka .

"Ambik ni balik . Awak cari la orang yang mampu bahagiakan awak dan paling penting tak menyusahkan hidup awak macam saya buat . Terima kasih untuk selama ni. Saya hargai jasa dan pengorbanan awak dekat saya. "Aisy meletakkan cincin pertunangan miliknya di atas meja .

Setelah itu dia terus beredar dengan tangisan yang perlahan . Panggilan dari Carl tidak dihiraukan . Yang dia tahu dia ingin mencari ketenangan. Dia penat. Penat mencintai orang yang salah .

Tanpa sedar pergaduhan mereka disaksikan oleh Hana dan kedua ibu bapanya.

"Mama Aisy ."ujar Hana . Dia juga turut menangis mengenangkan sahabatnya.

SUAMIKU ENCIK ICEBERGWhere stories live. Discover now