Markas 📌

827 54 9
                                    

Aryan mencelikkan matanya . Kepalanya terasa berpinar _pinar. Dia memandang sekeliling ruang bilik rehatnya. Baru sahaja dia ingin bangun matanya tertumpu pada tompokan darah diatas katil . Dan kini dia baru sedar badannya tidak dilitupi seurat benang sekalipun.

Aryan cuba mengingati kejadian yang berlaku semalam . Apa yang dia ingat hanya Hana . Gadis itulah yang bersamanya semalam.

"Shit"carut Aryan perlahan . Tahu bahawa dia telah meragut mahkota gadis itu . Cepat sahaja dia mengambil telefon pintar yang berada diatas katil itu dan terus mendail seseorang.

"Bro . Cari maklumat sapa yang hantar air dekat majlis semalam . As soon as possible. "

"Don't worry . Edwin dah tangkap malaun tu . Sekarang dia ada dekat markas . Kau ok ke tak ni ?"

"Nanti aku cerita . Jangan lepaskan bangsat tu . Tahu la aku nak buat apa dekat dia ."

"Ok. Apa apa aku rojer ." Terus pemanggil disana memutuskan talian.

Aryan menghentak tangannya kuat pada permukaan katil .sekarang fikirannya tertumpu pada Hana . Sudah tentu gadis itu kecewa akan dirinya.  Argh sial .

Terus dia bangun dan mengutip semula pakaiannya yang berterabur di atas lantai . Setelah itu, Aryan terus menuju ke bilik air bagi membersihkan dirinya


Pov Hana

Hana terjaga dari tidur apabila terasa hembusan nafas nafas seseorang di lehernya . Dia berpaling kesebelah dan matanya terus terbeliak . Aryan . Kedudukannya dengan tersangatlah rapat ketika ini . Sebelah tangan Aryan memegang pinggangnya. Setitik demi setitik air mata mula keluar ditubir matanya . Mahkota yang dijaga selama ini dirampas oleh lelaki lain .

"Ya Allah apa aku dah buat."apa yang dia rasa sangat kesal. Kalau boleh dia nak undurkan waktu agar semua benda ni tak berlaku. Dia kemudiannya mengangkat tangan Aryan perlahan dan meletakkan di sisi jejaka itu. Hana dengan berhati hatinya ingin turun sempat dia memakai tuala yang berada diatas katil itu. Mungkin milik Aryan . Argh tak kisahlah . Asalkan dia dapat keluar dari bilik ini .Tetapi dimana silapnya dia jatuh terduduk .

"Auchh.."Hana mendesis perlahan . Dia merasakan bahagian kewanitaannya sangat sakit . Dengan perlahan dia cuba bangun dan terus mengambil pakaiannya diatas katil . Segala pergerakan dibuat dengan penuh cermat . Tak mahu jejaka itu tersedar dari tidurnya . Setelah selesai menyarung baju dan seluarnya dia bergegas keluar . Sempat dia pandang Aryan yang masih lagi lena diatas katil . Kecewa . Kecewa akan dirinya yang tidak dapat mempertahan maruahnya.

Hana terus menutup pintu dan menyandarkan tubuhnya pada pintu itu.  Seketika kemudian dia menangis perlahan . Dia takkan sesekali munculkan dirinya dihadapan lelaki itu lagi . Tidak kisahlah apa yang jadi lepasni . Dia malu . Malu kerana jejaka itu satu satunya yang pertama menyentuhnya.

Hana terus berlari anak meninggalkan pejabat itu .Dia menuju ke mejanya dan mengambil semua perkakasan miliknya . Yang dia tahu dia kena pergi . Disebabkan hari ini hari Ahad maka tiada pekerja berada di office itu .

Hana mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor rakan baiknya dicari . Aisy

"Hello . Assalamualaikum Aisy . Tolong ambik aku dekat office . Ikut jalan belakang . Cepat sikit .,"

"Kau pergi mana sebenarnya . Semalam tak balik . Kau buat apa kat office lama lama"terjah Aisy di panggilan itu.

Hana yang tak dapat menahan rasa itu terus menghemburkan tangisannya .

SUAMIKU ENCIK ICEBERGWhere stories live. Discover now