Hantu!!👻

1.2K 60 5
                                    

"Ni semua salah beku tu. Kalau bukan disebabkan dia boss dah lama aku humban dia dalam parit depan tu . Biar kena makan buaya . Eh. Mana boleh . Buaya tak makan spesis dia sendiri . Ish Ish Ish."

Hana melihat jam tangannya . Jam sudah menunjukkan angka 11.45 malam . Dah lewat sangat ni. Ada ke patut dia tertidur masa bekerja . Syelaka punya beruang .

Dia kemudian menelefon aisy untuk mengambilnya.

"Weh kau dah tido dah ke"sergah Hana

"Waalaikumsalamwarahmatullah wahai ahli neraka.Salam mana salam?"

"Hehe..assalammualaikum sahabatku .aku nk mintak tolong boleh tak.tolong ambik aku kat office ..boleh eh"

"Eemm.ok lah . Dalam 15 minit aku sampai"

"Masyih sahabatku"

"Eemmm..sesama"

"Hehe..byee"hana terus meletakkan panggilan fonnya dan mengemas tempat kerjanya.

Hana memerhati sekeliling office .Naik seram pulak rasa.Dah la dia sorang je dalam ni.Dia terfikir satu idea untuk menerjah masuk kedalam bilik bossnya. Ada sesuatu yang dia ingin selongkar .

"Agak agak si iceberg tu dah balik ke belum eh."monolog hana

Dia terus bangun dan berlalu pergi ke bilik bossnya.Dengan berhati hati dia membuka pintu bilik itu dan melangkah terhincut-hincut dia berjalan . Tak nak kantoi katakan .

Dia mula berjalan ke arah satu almari yang menempatkan banyak dokumen syarikat . Bagus budak ni . Kemas je tempat kerja . Dia mula membelek dokumen tersebut satu persatu sehingga satu fail hitam ditemui di celah celah rak tersebut .

"Dark knight" Hana menyebut perkataan itu perlahan . Dia membuka fail tersebut sambil matanya memandang kiri kanan. Line clear . Ceh macam nak mencuri .

Hana mula membaca satu persatu sehingga helaian terakhir . Perghh.. handsome nyah.

"Tapi kan ni macam carta mafia je. "
"Jangan jangan diorg ni memang mafia ." Hana sudah membulatkan matanya . Hana mengeluarkan iphone miliknya .Screenshot! screenshot! Boleh la dia pedajal Aryan . Nanti baru kau tau macam mana buku bertemu ruas.. dia kemudian meletakkan kembali fail tersebut. Next target !!!

 Next target !!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa bende ni.Macam peta jer.takkanlah iceberg ni main cari harta karun pulak.Hah ni apa pulak uishh dam haji..ish3 macam macam boss aku ni."Hana membuka rak terakhir dia ternampak pelbagai mainan yg tersusun elok didalam almari tersebut.

"Aish..sebeku beku dia..layan juga mainan tah pape nih" Hana melihat sebuah kotak hitam berkilat di bawah almari tersebut . Cantik!!!. Dekat kotak tu ada tulisan knight . Eh sama dalam fail hitam tadi

Baru hana ingin menyentuh kotak tersebut dia terdengar derapan tapak kaki dan sayup suara menuju ke sini.

"Alamak.mati aq kalau tu boss.aduh aq nk lari mana ni.Hah bawah meja boleh jugak."Dia terus menuju ke sebuah meja untuk dijadikan tempat perlindungan .

SUAMIKU ENCIK ICEBERGWhere stories live. Discover now