Bab 1

89 13 39
                                    

Aneh...

Duniaku begitu gelap gelita...

Mengapa? Adakah aku sudah mengalami kecacatan penglihatan sejak kecil?

Aku mendengar suara mereka, namun aku tidak tahu mereka di belakang aku atau di hadapan ku. Mahupun di sisi kiri dan kananku.

Taufan:Hana!

Hana:Hah?!

Fikiranku tersentak saat mendengar suara taufan. Aduh, dia suka kacau aku berfikir.

Ya, walaupun aku tidak boleh melihat, namun aku dapat mengecam suara mereka. Terutamanya kembar tujuh adik-beradik ini.

Halilintar:Jom, turun makan.

Hana:Hmm?

Halilintar:Haih, aku cakap jom turun makan. Jom.

Hana:Ouh, Okey..

Taufan:Kau ni.. Aku baru nak ajak dia turun makan.

Halilintar:Tak payah. Ni tugas aku.

Sejak dari kecil lagi, mata aku sentiasa ditutup dengan sehelai kain berwarna merah ataupun topi yang mempunyai kain agar mata aku dilindungi daripada penglihatan orang ramai.

Halilintar pernah bercerita kepada aku. Manusia di luar sana bahaya, jadi aku perlu melindungi mataku ini daripada mereka.

Tapi aku kurang berpuas hati dengan jawapan itu. Aku mahu jawapan sebenar,namun gagal.

Tanganku dipimpin oleh Halilintar. Anehnya, tangan aku sentiasa disarung dengan sarung tangan. Aku diizinkan menanggalkannya ketika mengambil wuduk atau mandi sahaja.

Entah kenapa peraturannya sebegitu. Mungkin kerana halilintar perlu memimpin aku ketika berjalan?

Tetapi tok aba kata kami adik-beradik. Kenapa kena pakai itu juga?

Halilintar:Kita dah sampai.

Dengan lagak seperti seorang pembantu, Halilintar menarik kerusi lalu menyuruh Hana duduk. Hana akur sahaja, dia sudah biasa dengan situasi sebegitu.

Ais membantu gempa menghidangkan makanan untuk aku. Blaze meletakkan sudu dan gafru di hadapanku.

Gempa:Blaze, tisu mana?

Blaze:Ada dekat dapur.

Gempa:Memanglah, tapi mana tisu untuk Hana?

Blaze:Ouh, aku belum letak lagi eh? Adeh!!

Terdengar bunyi hentakan di kepala blaze. Di saat ini, blaze merasakan kepalanya berdengung setelah dihempap dengan dulang di tangan  Ais.

Ganas betul si polar bear ini.

Blaze:Ish, sakitlah ais...

Ais:Boleh tak jangan jadi clumsy sangat?

Blaze:Tapi kau ketuk kepala aku, kau buat aku jadi makin pelupa tahu tak?

Ais:Sapa suruh makan Maggi banyak sangat?

Blaze:Apa masalah kau?

Mereka berdua mula bergaduh,aku  hanya mengeluh perlahan.

Aku merasakan aku asyik menyusahkan semua orang dalam rumah ini.

Halilintar:Hana?

Hana:Hah?

Halilintar:Kau.. Okey?

Aku merasakan tangan aku digenggam oleh halilintar walaupun berlapik. Aku menoleh ke arah halilintar.

She's Mine! Where stories live. Discover now