Waktu malam pada hari itu begitu dingin sekali,mungkin kerana cuaca amat hangat di petang hari tadi.
Hana masih duduk di bangku menunggu kehadiran Halilintar yang membeli minuman untuk nya. Lama dia ni, buat air ke beli air.
Namun dia terima jelah, tidak berani mahu melawan.
Halilintar:Hana, sorry buat kau lama tertunggu.
Hana:Hmm?
Hana mendongak ke arah Halilintar yang betul-betul berada di hadapannya sambil menghulurkan secawan minuman panas.
Halilintar mengambil tempat untuk duduk di sebelahnya menjaga jarak.
Hana dapat merasakan pergerakan halilintar yang mahu menjauh darinya.
Hana:Kenapa Hali menjauh dari Hana? Ada sesuatu tak kena ke?
Halilintar:Oh, sorry buat kau rasa tak selesa. Aku cuma... Arrr... Haa, takut kau tak selesa. Gitu~
Hana:Kenapa cakap macam tu pulak? Aku.. Okey je.
Halilintar:Oh, takpe... Aku okey je. Hahaha.
Halilintar ketawa palsu lalu merenung jalan semula dengan pandangan kosong. Kopi cappucino di tangannya disisip perlahan dengan perasaan malu.
Dia begitu gementar saat berduaan dengan Hana, dan dia begitu cemburu jika Hana bersama dengan orang lain.
Ya, dia amat cintakan Hana. Dia sanggup melindungi Hana daripada ancaman di luar sana.
Hana:Abang Hali?
Halilintar:Ya?
Hana:Kalau.. Takdir suatu hari nanti.. Kalau Hana mati... Apa abang akan buat?
Cawan di tangan Halilintar sudah terlepas, kopi yang enak itu sudah tertumpah di lantai. Matanya itu merenung ke arah Hana dengan penuh marah.
Halilintar:Hana, kenapa kau cakap macam tu?!!
Tersentak Hana apabila Halilintar meninggikan suara kepadanya. Kali pertama Halilintar berbuat begitu kepadanya seumur hidup.
Para pengunjung di taman tema itu hanya merenung kedua-dua remaja itu dengan pandangan aneh. Mereka menyangkakan mereka berdua adalah pasangan kekasih, jadi mungkin mereka bergaduh.
Yelah, baju mereka berdua bertemakan merah dan hitam,memakai topi dan pelbagai lagi. Cuma bezanya mata Hana ditutup dengan kain.
Halilintar tersedar dia sudah meninggikan suaranya kepada Hana.
Hana:Ke.. Kenapa kau.. Marah aku? Aku.. Cuma tanya je.
Halilintar:Ha.. Hana, aku cuma...
Hana:Kau.. Memang rasa aku menyusahkan... Betul tak?
Halilintar:Hana, bukan macam tu... Tunggu...
Hana bangkit dari tempat duduknya dengan segera. Headphone halilintar dicampak sekuat hati.
Hana:Aku balik dulu.
Halilintar:Hana, tunggu! Kita datang sama-sama-
Hana:Aku tahulah nak balik sendiri.
Halilintar:Ta.. Tapi-
Hana sudah hilang dari pandangan matanya. Dia berjalan menggunakan bantuan tongkat.
Halilintar mengeluh perlahan, rasa kesal mula bersarang di hatinya.
Namun, dia merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Di sebuah lorong yang sepi...
Lorong itu sunyi sepi,yang memeriahkan suasana di situ hanya bantuan cik cengkerik di sana dan sini.
YOU ARE READING
She's Mine!
Short StoryKenapa.. Duniaku terasa gelap sekali. Aku dapat mendengar segala suara dan bunyi di sekeliling persekitaranku. Aku mampu bergerak sendiri. Namun, kenapa aku melihat duniaku begitu gelap sekali? "Kenapa kau tak bagi aku buka kain ni?" (Hana) "..." (H...