(Hospital, Jam 2015)
Tujuh remaja lelaki bersama dua remaja perempuan masih setia menunggu di luar pintu wad. Masih menanti kehadiran doktor untuk keluar dari wad itu.
Mereka masih menunggu dengan sabar.
Gempa pula asyik bermundar-mandir tanpa henti. Sekejap duduk, tidak sampai lima saat dia bangkit semula dengan wajah resah.
Bunyi pintu bilik wad terbuka telah menarik perhatian mereka semua.
Halilintar terus menyeru ke arah doktor itu tanpa membuang masa.
Halilintar:Doktor! Macam mana dengan dia?!
Bahu doktor itu digoncang sekuat hati. Yang lain hanya menggeldng melihat sikap Halilintar yang terlalu panik.
Doktor:Sabar... Sabar... Dia Okey je cuma terlalu letih. Jadi, kalau dia dah pulang nanti dia perlu banyak berehat.
Masing-masing melepaskan keluhan lega setelah mendengar khabar itu. Mujurlah gadis itu selamat, habis mereka semua panik tadi.
Doktor:Dan.. Ada satu soalan saya nak tanya.
Gempa:Takpe, doktor. Tanya je kami sedia nak jawab.
Doktor:Kenapa matanya berbalut dengan kain? Dia cedera ke sebelum ni?
Halilintar hanya terdiam lalu melihat gempa. Gempa membuat muka serba salah untuk menjawab soalan itu. Nampaknya mereka terpaksa menipu.
Gempa:Erm... Ha'ah doktor. Mata dia cedera, sebab tulah berbalut.
Halilintar:Luka dia masih belum sembuh sepenuhnya.
Doktor:Oh... Takpe, takpe. Kalau perlukan pemeriksaan boleh je panggil saya. Saya gerak dulu ya, dan awak boleh lawat pesakit.
Taufan:Terima kasih, doktor!
Suasana di dalam wad masih sunyi tanpa sebarang suara. Hana yang tersedar daripada pengsannya cuma bangkit daripada pembaringannya dan bersandar di katil.
Dia tahu kini dia berada di hospital, kerana bunyi mesin, bau ubat-ubatan dan jarum yang dicucuk di tangannya itu membuatkan dia tahu jawapan itu tanpa perlu tanya.
Yaya:Hana?
Hana:Ermm? Kenapa?
Yaya:Kau Okey tak?
Hana:Aku Okey je. Jangan risau, cuma tadi aku rasa letih sangat-sangat. Sekarang aku dah rasa bertenaga.
Ying:Haiya, kami risau sangat-sangat tadi tahu? Panik kami semua bila dapat tahu kamu pengsan.
Hana:Maaflah sebab aku korang risau.
Halilintar:Hana.
Hana:Ya?
Halilintar:Kau boleh discaj harini. Kau kemas barang dulu, Gempa nak uruskan benda ni.
Yaya:Aku dengan ying balik dulu tau. Bye~
Taufan:Bye~
Ais:Aku nak makan. Sapa nak ikut?
Taufan:Nak ikut gempa!
Blaze:Nak makan!! Lapar!!!
Thorn:Solar, teman thorn pergi tandas.
Solar:Kau ni, pergi tandas pun aku nak kena teman. Dahlah, alang-alang aku nak pergi jugak.
Thorn:Hehe, thank you.
Gempa:Halilintar, kau tak ikut Ais?
Halilintar:Aku nak teman Hana.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine!
Cerita PendekKenapa.. Duniaku terasa gelap sekali. Aku dapat mendengar segala suara dan bunyi di sekeliling persekitaranku. Aku mampu bergerak sendiri. Namun, kenapa aku melihat duniaku begitu gelap sekali? "Kenapa kau tak bagi aku buka kain ni?" (Hana) "..." (H...