Solar:So itulah ceritanya~
Hana:Wahhh~ hebat lah kau solar. Selalu berjaya dalam buat eksperimen!
Solar:Ohhhh, mesti. Hehe!
Merah pipi solar di saat Hana memujinya namun dia berasa amat bangga dengan usahanya itu.
Solar dengan poyonya tak dapat dipisahkan.
Solar:Oh, Hana?
Hana:Ya?
Solar:Ermmm, petang ni... Kau busy tak?
Hana:Kenapa?
Solar:Alah, aku.. Saja nak ajak kau keluar.
Solar menggaru pipinya perlahan sambil memuncungkan bibirnya seperti itik. Sekali tengok nampak gaya perangai seperti Thorn pula.
Hana:Maaflah, Sol. Aku bukan tak nak keluar tapi...
Solar:Kau kena keluar dengan Halilintar?
Hana:Err...
Solar merenung Hana dengan penuh amarah. Geramnya jika nama Halilintar asyik meniti dalam topik perbualan diorang.
Kenapa halilintar paling rapat dengan Hana?
Hana:Maaf... Tapi takpe, kalau esok kau nak keluar dengan aku boleh je.
Mata solar sudah bersinar dengan satu juta harapan.
Solar:Be.. Betul ke?!
Hana:Yelah, takkan nak tipu.
Solar:Thanks, Hana!
Hana:Mana Hali ni? Lamanya dia kat bawah. Kata nak bawa makanan untuk aku.
Solar:Alah, Hana. Halilintar tu macamlah kau tak tau. Dia nama ke Halilintar tapi still lambat. Kesian kau lapar..
Ketika mereka asyik berbual, Halilintar sudah hampir tiba di hadapan pintu bilik Hana. Telinganya sempat menangkap perbualan jelas dari suara dalam bilik itu.
Hana:Takpelah, aku okey je. Lagipun kuasa kau yang paling hebatkan, Solar?
Solar:Uhuuu, ya. Terima kasih, terima kasih. Dan janganlah panggil solar, panggil Sol je. Formal sangatlah panggilan.
Hana:Hehe, okey!
Telinga halilintar sudah berdesing dan merah di saat itu.
Ya, dia pantang mendengar Hana memuji orang lain selain daripada dia. Dia terus masuk ke dalam bilik itu dengan wajah masam mencuka.
Halilintar:Sorry, lambat. Aku ada hal tadi kat bawah.
Hana:Ermm? Takpe.. Kau dah sampai ke, Hali?
Solar menjeling ke arah Halilintar dengan penuh meluat. Segera dia memberikan kata-kata pedas pada abangnya itu.
Solar:Haih, bagi macam-macam alasan betullah orang macam dia tu. Konon kata sibuk ada hal lain, entah-entah dia saja melengahkan masa orang bukan?
Halilintar sudah menggenggam erat dulang di tangannya. Geram dengan perlian adiknya seorang itu.
Apa masalah dia sebernanya eh cari gaduh tiba-tiba?
Halilintar:Kau kalau takde apa-apa urusan dalam bilik ni dengan Hana baik kau keluar sekarang!
Solar:Nehi, nak kecoh apahal~ Hana tak kata apapun...
Solar sudah terkekeh ketawa, Halilintar sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi.
Halilintar:Kalau nak gaduh sangat jomlah! Gaduh cara lelaki kalau kau ni betul-betul lelaki!
Solar:Okay, fine. Kalau kau kalah jangan menangis~ Ahahahaha!
Selangkah derap kakinya mahu maju, lengannya dipegang erat oleh Hana tanda untuk menghentikan pergaduhan.
Melihat dari raut wajah Hana walaupun matanya ditutupi dengan kain, Halilintar dapat merasakan aura kemarahan gadis itu. Segera dia berundur.
Hana:Dah, jangan bergaduh. Hali, cepat sediakan makanan tu. Solar, kita sembang lain kali ya?
Solar:Okay~ Bye.
Halilintar dan Solar sempat bertentang mata sehingga tercetusnya aura pergaduhan di antara mereka.
Halilintar meletakkan cawan yang berisikan teh kepada Hana bersama sepiring biskut.
Dia berasa pelik sebentar. Bagaimana Hana boleh ketahui kedudukannya walaupun matanya ditutup? Pelik bin ajaib bin wah betul.
Namun fikiran itu terus terhenti saat teringat tawa solar.
Halilintar:Eighh.
Hana:Hmm? Kenapa, Hali?
Halilintar:Aku nak turun bawah jap.
Hana:Oh, okay.
Di bawah...
Kolar baju solar sudah digenggam erat. Halilintar merenung solar dengan penuh rasa marahnya.
.
Halilintar:Jangan harap kau boleh ambil dia dari aku!Solar:Belum tentu dia suka kau.
Baru saja mereka mahu bertumbuk, Gempa sudah menengking mereka
Gempa:Woi!
Halilintar/solar:Hah?
Di dapur...
Halilintar:Ni semua kau punya pasal mamat lampu!
Solar:Ewah, ewahhh. Salahkan aku pulak~
Halilintar:Kau yang start dulu kan? Semua ni takkan jadi kalau bukan sebab kau!
Taufan:Hai yang kat dapur tu~ Buat kerja tu guna mulut ke guna tangan?
Mereka segera meneruskan kerja mereka dengan wajah mencuka. Taufan ni tahu nak mengarah je, bukan nak tolong.
"Dasar kipas ngak ada akhlak.", bisik halilintar.
Tiba-tiba solar menyanyikan lagu sambil mengemop lantai. Nak hilangkan bosan agaknya.
Tapi lagu itu kedengaran pelik sekali.
Solar: *mop lantai* Gempa selalu marah saya entah kenapa. Hari-hari bebel saya entah kenapa.
Halilintar:Woi,bengong! Gempa dengar habislah kau!
Taufan juga turut menyertai solar menyanyi. Halilintar terpaksa menjadi pendengar bagi kedua-dua suara seram itu.
Taufan:Bebel sana, bebel sini. Asyik-asyik bebel, Gempa memang tak penat bebel.
Gempa:Ehem. Sapa kata aku kuat bebel?
Serentak mereka bertiga merenung ke arah Gempa. Ya, Gempa sudah datang dengan aura gelap.
Gempa:Ohh, kuat bebel ya? Orang bebel, bebel ni masak makan untuk kau...
Bunyi tulang jelas kedengaran, mereka bertiga sudah ketakutanalu berpelukan. Gempa sudah menggenggam penumbuknya bersama senyuman.
Gempa:Sini.. Aku bagi hadiah "SPECIAL" untuk korang~
H, T, S: MAA.. MAAFKAN KAMI, GEMPAAAAA!!!!
Bilik Hana...
Hana:Hmm? Apa yang kecoh dekat bawah tu?
Thorn:Mungkin.. Gempa dah marah.. Agaknya?
Hana:Marah siapa pula?
Thorn:Err...
Thorn hanya tersenyum kaku. Tidak tahu perlu memberi reaksi apa.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine!
Historia CortaKenapa.. Duniaku terasa gelap sekali. Aku dapat mendengar segala suara dan bunyi di sekeliling persekitaranku. Aku mampu bergerak sendiri. Namun, kenapa aku melihat duniaku begitu gelap sekali? "Kenapa kau tak bagi aku buka kain ni?" (Hana) "..." (H...