CUTI

524 28 0
                                    

Satu pagi yang biasa di Pulau Rintis. Cuti sekolah yang panjang dihabiskan bersama keluarga.

Tapi tidak kepada seseorang yang hanya memandang ke luar tingkap biliknya dengan pandangan kosong.

Langit ditatap dengan bosan. Remaja itu mengingat kembali perbualan bersama kawan-kawannya minggu lepas.

Flashback

Kelihatan lima pelajar berjalan keluar dari Akademi Pulau Rintis.

"Yeyy, cuti akhirnya aku tak payah nak kena siapkan kerja sekolah!"

sorak salah satu dari mereka sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah.

Kawan-kawannya hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku pelajar yang bernama Gopal.

"Korang nak buat apa cuti kali ni?"

Soal pelajar yang memakai hijab bernama Yaya.

"Mama aku nak bawa bercuti!"

Jawab Ying. Seorang pelajar berbangsa Cina.

"Aku pun sama!"

Kata Yaya lagi.

Cuti sekolah tahun ini digunakan sebaiknya kerana tahun lalu mereka semua berada di Tapops. Tapi tahun ni mereka diberi kebenaran untuk bercuti dari misi.

"Aku pula kena balik rumah nenek aku"

Kata Gopal tak bersemangat. Kalau boleh dia nak duduk rumah habiskan game

"Aku kena ikut abang aku"

Kata pelajar yang memakai Visor bernametag Fang.

Balasan Fang dibalas dengan anggukkan yang lain bermaksud dia kena kembali ikut Kapten Kaizo ke galaxy.

Kini semua tertumpu kepada pelajar bertopi dino yang bernama Boboiboy. Fang mengeluh bukan dia tak perasan yang hari ini Boboiboy hanya diam. Dekat kelas tadi pun asyik termenung je sampai kena marah dengan Cikgu Papa.

"Dey,kau okey tak ni Boboiboy!"

sergah Gopal didepan Boboiboy yang menyebabkan dia terjatuh kebelakang.

"Aduh,asal kau sergah aku macam tu Gopal!"

kesal Boboiboy.

Fang membantu Boboiboy berdiri semula. Manakala Ying dan Yaya memandang tajam kearah Gopal.

"Hehe, sorry Boboiboy aku tak sengaja"

kata Gopal dengan serba salah. Permintaan maaf itu dibalas dengan anggukan.

"Boboiboy kau okey tak ni dari pagi tadi aku tengok kau diam je"

Soal fang.

Yang lain mengangguk tanda setuju, Boboiboy tak macam selalu.

"Errr.... aku okey jelah"

Jawab Boboiboy.

Yang lain hanya mengeluh kenal sangat dengan sikap Boboiboy yang tak suka kongsi masalah.

"Hm, tak apalah tapi kalau kau ada masalah jangan sembunyi dari kami Boboiboy"

kata Fang sambil memegang bahu kanan Boboiboy.

"Betul tu!"

Sambung Yaya dan Ying.

Boboiboy hanya membalas dengan senyuman.

"Kau ni kawan kitaorang Boboiboy kalau kau ada masalah jangan simpan lama-lama. Kami sentiasa ada dengan kau"

kata Gopal sambil merangkul bahu Boboiboy.

Kasih AyahWhere stories live. Discover now