"Boboiboy cepat atok nak pergi dah ni!"
Boboiboy dengan tergesa-gesa menuruni tangga, langsung memeluk atoknya.
"Atok memang dah kena pergi ke?"
Walaupun sudah mengetahui jawaban Boboiboy tetap bertanya kepada Tok Aba.
Kut lah atoknya mengubah fikiran.
"Yelah, atok dah nak pergi ni! Dua minggu je tak lama mana pun!"
Jawab Tok Aba sambil mengusap rambut Boboiboy.
"Dua minggu tu lama lah atok ni!"
Kata Boboiboy yang masih memeluk tok Aba sambil memuncungkan mulutnya.
"Hm dah besar pun nak merajuk lagi"
Kata Ochobot. Dah lama dia ada dekat sini menonton drama tak terbayar tu.
"Haih dah atok nak pergi dah ni"
Kata Tok Aba sebaik sahaja mendengar hon diluar rumah.
"Ha Boboiboy, Ochobot duduk rumah elok-elok, jangan nak merayau dekat luar"
Sambung Tok Aba lagi.
"Baik, bos!"
Kata Boboiboy sambil tabik seperti di Tapops. Kemudian dia berlari membawa beg atoknya ke luar dan letakkan di bonet kereta teksi tersebut.
Tok Aba hanya menggeleng kepala memandang tingkah laku cucunya berlari keluar, bukan apa dia risau kalau Boboiboy menolong orang tidak kira bahaya. Kali terakhir Boboiboy menolong untuk menangkap pencurian menyebabkan tangan kirinya terluka akibat pisau yang ditusuk oleh perompak tersebut, nasib tak parah.
Melihat Tok Aba keluar dari rumah Boboiboy langsung memeluk dan menyalami atoknya.
"Eh....nanti ada yang telefon Boboiboy tau!"
Kata Tok Aba yang mengingat sesuatu.
"Siapa atok"
Pelik Boboiboy. Tak kan tu je yang atok nak cakap lagipun siapa yang nak telefon dia.
"Adalah, atok pergi dulu"
Menghiraukan pertanyaan Boboiboy, Tok Aba terus memasuki teksi.
Pemandu teksi tu apa lagi terus memecut laju di jalan raya.
Boboiboy dan Ochobot hanya melambai teksi yang semakin menghilang dari pandangan.
⊙⊙⊙⊙⊙⊙
"hoi asal korang kacau barang aku!"
Marah seseorang.
"Kitaorang tak sengajalah lagipun bukan jatuh pun!"
Kata salah satu dari mereka.
Cuba untuk pertahankan diri.
"Ishh, kalau Thorn tak sempat tangkap tadi dah pecah barang eksperimen aku tau!"
Marahnya lagi.
Tak lain tak bukan mestilah Solar yang memarahi Taufan, Blaze dan Thorn aka TTM(trio trauble maker).
Mereka bertiga boleh main kejar-kejar dalam stor belakang rumah yang dijadikan makmal khas oleh Solar sendiri. Hampir balang uji kajinya pecah sebaik sahaja dia memasuki makmal itu, nasib Thorn berjaya menangkap semula.
"Sudah la tu, cepat kedapur makanan dah siap!"
Panggil Gempa dari dapur.
Taufan, Blaze dan Thorn berlari meninggalkan Solar sebaik sahaja mendengar panggilan itu.
YOU ARE READING
Kasih Ayah
FanfictionHanyalah kisah seorang budak bertopi dino yang rindu akan keluarganya...... Rashia apa yang akan terbongkar!!!?