JANJI

396 39 9
                                    


Amato terkedu memandang skrin yang kini menghadap ke arah siling. Riak wajahnya jelas risau kerana dia sempat mendengar esakan beberapa saat lalu.

"Boboiboy! Boboiboy ok tak?"

"Boboiboy sini cepat!"

Panggil Amato.

"Boboiboy! sayang pandang Ayah cepat!"

Katanya sedikit tegas.

Boboiboy yang sedar akan panggilan Ayahnya beberapa kali cuba untuk menenangkan diri.

Tarik nafas dengan tenang.

Dia tahu bahawa Ayah risau dengannya.

"Sayang mari sini"

Panggil Amato dengan lembut.

Cuba untuk memujuk.

Boboiboy yang sudah serba salah kerana menghiraukan panggilan Ayahnya cuba mendekatkan diri dengan meja, dia kini duduk di karpet dan bersandar di sofa.

Dengan teragak-agak dia mengangkat tablet menghadap dirinya.

Amato menarik nafas lega apabila dia melihat Boboiboy, walaupun Boboiboy kini hanya menunduk.

"Boboiboy, ok tak ni?"

Tanya Amato.

Senyap.

"Sayang, kalau ada masalah bagitahu Ayah"

Pujuknya lagi.

Amato mengeluh memandangkan Boboiboy masih menunduk. Cuba untuk mencari cara untuk memujuk anaknya.

Fikir punya fikir dia mendapatkan idea.

"Boboiboy tak nak cakap dengan Ayah ke? Boboiboy tak sayang Ayah? Kalau macam tu tak apa lah Boboiboy boleh tutup call ni sebab ayah takkan tutup selagi Boboiboy tak nak cakap dengan Ayah!"

Boboiboy terkedu mendengar kata-kata Ayahnya, takkan lah dia nak matikan call ini. Boboiboy menggigit bibir bawahnya dapat dia rasakan sedikit pahit darah. Bukan dia tak nak bercakap dengan Ayah cuma dia belum bersedia. Tipulah kalau dia tak rindu, kalau Ayahnya ada didepannya sekarang dah lama dia peluk, rindu dengan usapan lembut Ayahnya.

"T-tak"

Jawab Boboiboy sambil mengangkat kepalanya perlahan memandang Ayahnya.

Amato tersenyum memandangkan ideanya berjaya.

"Anak Ayah ok tak ni? Kalau ada masalah bagitahu Ayah"

Tanya Amato.

Boboiboy hanya menggeleng, anak matanya hanya memandang ke bawah.

"Sayang pandang sini, bagitahu Ayah kalau ada apa-apa!"

Mendengar suara Ayahnya sedikit tegas membuatkan Boboiboy memandang Amato.

"Tak t-tak ada apa-apa, A-ayah jangan risau Boboiboy ok"

Katanya perlahan.

"Sayang jangan tipu Ayah, Ayah kenal anak ayah macam mana!"

Kata Amato.

Tahu sangat dia apabila Boboiboy cuba untuk menipu.

Boboiboy mengeluh perlahan dia tahu yang Ayah takkan tertipu.

"Boboiboy ok Ayah jangan risau cuma-"

Kata-kata Boboiboy terhenti dan dia menunduk.

"Boboiboy rindu sangat dengan Ayah dan Mak. Dah enam tahun kan kita tak jumpa lagipun Ayah hanya hantar poskad. Bila Mak dan Ayah janji dengan Boboiboy nak datang sini mesti cancel sebab kerja. Tapi Ayah jangan risau Boboiboy faham lagipun ini kan untuk kebaikan Boboiboy juga"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kasih AyahWhere stories live. Discover now