꒰ 𝐁𝐚𝐛 𝟔 ꒱

11 4 0
                                    

Keesokkan paginyaa...

" Yana.. adik, dah siap ke belum tu? Dah nak masuk pukul 9 ni tak kan tak siap-siap lagi? "

" Yana dah siap.. adik cepat lah! "

"Ye ye, orang nak turunlah ni. "

" Disebabkan kau lambat bersiap.. so kau la yang drive ya.." ujar Ariana dan terus berlari masuk ke tempat duduk belakang.

" Ishhh.. tak guna punya kakak.. "jerit Arina dengan tidak puas hati.

"Ha, sudah sudah lah gaduh tu.. dah la dua dua orang lambat pastu gaduh pulak. Dah Arina, masuk kereta cepat. " Arina yang mendengar bebelan mamanya itu memuncungkan mulutnya dan menjeling kearah kakaknya yang sedang tersenyum mengejek kearahnya. 'apalah nasib aku dapat kakak yang suka cari gaduh ni..haishh nak suruh Pak Ali..Pak Ali ambik cuti pulakk..' ujar Arina dalam hati.

 

" Adik, kita ambik Anis dulu kan? "

" Ye lah, kan satu jalan.. so kita ambik dia sekali lah. " Jawab Arina sambil memandu. Ariana yang mendengar jawapan adiknya hanya menganguk.

Perjalanan kerumah Anis hanya mengambil 10 minit sahaja.

"Assalamualaikum aunty, Yana, Arina. " sapa Anis dengan ceria sebaik sahaja dia masuk kedalam kereta dan duduk sebelah Anis di tempat duduk belakang.

" Waalaikumsalam Anis. " jawab mereka bertiga.

Setelah 20 minit mereka pun sampai di Aeon mall.

" Ermm, mama.. "panggil Arina.

" Ye, nak apa dik? " Jawab Puan Sri Khadeejah tetapi matanya masih lagi memandang sayur dihadapannya itu.

"Ma, kitaorang nak pergi MPH Bookstore jap tau ma.. nak pergi beli buku assignment dengan novel sikit. "

" Ha ye la.. pergi la nanti mama tunggu dekat cafe depan tu tau. "

" Okay mama. "

Mereka bertiga berjalan dan masuk ke dalam kedai MPH Bookstore tersebut.

Setelah mereka selesai mencari folio. Mereka pergi pula kearah rak yang terdapat novel.

" Wehh.. banyak nya novel keluaran terbaru. " ujar Arina dengan teruja.

"Kann.. rambang mata aku tengok. Rasa macam nak beli semua pulak. " ucap Anis pula.

" Halah korang beli lah lain lain tajuk. Astu nanti kita tukar tukar lah macam selalu. " ujar Ariana memberi cadangan yang bernas. Anis dan Arina mengangukkan kepala tanda setuju dengan idea Ariana itu.

Setelah selesai mencari buku buku yang dikehendaki mereka pun berlalu pergi ke cafe yang dikatakan oleh Puan Sri Khadeejah tadi.

" Eh jap, girlss. "

"Kau asal ni, Anis? "

Mi Amore [HIATUS]Where stories live. Discover now