“ Arhhh lagi 5 minit jer, kalau tak habislah aku.. baru first day kerja takkan lah nak kena marah? ”
Aku mempercepatkan perjalanan ke pejabat. Bawa motor paling laju sekali, dan akhirnya sampai juga. Lantas aku menekan butang lift, naik ke tingkat 5.
“ Err tumpang tanya, dimana bilik Encik Khairul ya? ”
“ Bilik dia ada di hujung sana, maaf awak ni siapa ya? Ada buat temujanji? ”
“ Aaa saya staff baru. ”
“ Owhh okay. Boleh pergi hujung sana, disitu bilik Encik Khairul. ”
“ Okay, terima kasih. ”
Terus aku pergi ke bilik yang ditunjukkan oleh perempuan tadi.
TOK TOK TOK*
Pintu biliknya diketuk, berdebar hatiku menunggu di depan pintu. Terdengar bunyi suara seorang lelaki menyahut dari dalam.
“ Masuk. ”
Tanpa membuang masa, aku menolak pintu dan masuk kedalam.
“ Aaa assalamualaikum, saya Fazril. Yang minta kerja disini tempoh hari. ”
“ Fazril? Ouh ya ya.. kamu yang call saya tempoh hari lepas, bukan? So harini first day kerja? ”
“ Iya. ”
Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Encik Khairul menunjukkan aku tempat dan meja aku dimana, sempat dia memberitahu aku tentang cara untuk menyiapkan dokumen yang dia beri. Tak banyak sangat pun, hanya sebagai latihan, ye lah aku kan pekerja baharu disini.
⛔
•
•
•
So far harini kerja takde lah penat sangat. Lepas habis jer waktu kerja, aku terus start motor balik rumah. Aku tinggal sorang jer kat rumah tu, mak ayah aku tinggal kat kampung. Jadi, aku berhijrah ke sini untuk sara mak ayah aku kat sana.
Lama aku duduk depan rumah seorang diri sambil minum kopi, malam-malam yang sejuk macam ni kan best kalau lepak mengopi. Tapi tulah.. sorang-sorang, takde member. Well, aku dah terbiasa dah.
⛔
TITITT TITTT*
Bunyi alarm mengejutkan aku, cepat-cepat aku bangun capai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Aku tak biasa bangun lambat, kalau bunyi alarm jer terus segar mata aku, even aku tidur lambat but still bangun awal. Tapi tadi lepas solat subuh aku sambung tidur balik, hehe.
•
•
•
Sampai sahaja di pejabat, aku duduk di tempat aku. Termengah-mengah berlari sebab takut lambat. Tiba-tiba ...
PAPP*
Bunyi fail dihempas atas meja aku, aku naikkan dagu pandang keatas. Bukan Encik Khairul tapi dia mungkin staff kat office ni.
“ Kau staff baru kan? Aku Fahmi, aku dah lama bekerja dengan syarikat ni, dari 2017 lagi. ”
Wahh riak nampak, ada aku tanya ke? Bagi salam pun tak. Tiba-tiba jer. Aku hanya mendengar sahaja percakapan dia sambil tersenyum nipis.
“ Assalamualaikum, ya saya staff baru disini. Awak Fahmi? Okay salam perkenalan. Nama saya Fazril. ”
“ Eyy tunjuk alim pulak.. tak payah cakap nama kau ape, aku tak tanya. Lagipun aku dah nampak nama kau tertulis dekat meja ni haa. ”
Aku hanya bersabar disitu, takde nak naik angin ke apa. Stay tenang, orang macam ni kalau ajak gaduh pun takkan settle punya.
“ Ni aku datang kat meja kau ni bukan saje-saje. Aku nak kau tolong copy semua fail ni, nanti dah siap letak kat meja aku. ”
Dia pergi macam tu jer, dah lah banyak fail dia letak atas meja aku. Takpe Faz, kau sabar jer. Kau kan baru masuk kerja, jangan lah angin sangat.. ikut jer apa dia cakap. Kang kena ngadu kat boss, tak pasal-pasal kena tolak gaji.
•
•
•
Sekarang waktu lunch, aku turun pergi dekat kedai mamak depan sana. Biasalah orang bujang, mamak jer lah tempatnya. Aku order mee goreng mamak dengan sirap limau ais. Makan punya makan, aku ada ternampak seorang makcik ni. Tengah minta orang duit nak makan.
Aku kesian kalau tengok orang-orang tua macam tu, mana lah pergi anak dia kan? Takkan tak jaga mak sendiri? Lantas aku panggil waiter.
“ Anney. ”
“ Yes boss. ”
“ Itu kasi order lagi satu mee goreng dengan teh ais. Lepastu kasi dekat makcik hujung sana. ”
“ Wokey, ayoyo.. abang cukup baiklah. ”
“ Ehehe, takde lah. Kecik punya hal. ”
“ Saya pigi dapur dulu kasi siap abang punya order. ”
Aku tersenyum sahaja, apa salahnya kita buat amal jariah sikit kan? Dapat sumbang pahal untuk akhirat sana.
⛔
•
•
•
Aku sambung balik buat kerja yang Fahmi beri pada aku tadi. Well, korang nampak kan dia punya banyak tu macam mana? Sampai sekarang pun belum habis lagi.
“ Fazril, mana copy yang aku minta tadi? Tak siap lagi ke? ”
Tegur dia dari belakang, aku masih sibuk menekan butang dekat mesin fotostat ni.
“ Sikit jer lagi, nanti saya letak atas meja encik. ”
“ Erghh, buat kerja sikit pun lembap. ”
Dia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih lagi berdiri disitu, sangat sibuk dengan kertas sana sini. Lepas sahaja siap, aku terus letak semua fail itu atas mejanya. Huyyy, penat juga walaupun aku cuma pergi fotostat satu-satu jer padahal.
Waktu bekerja pun dah nak habis, baik aku pergi kemas barang atas meja.
YOU ARE READING
© Peneman | Short Story
Horror" Kalau saya teman awak boleh? " Haa.. ayokk, jangan lari. Boo-!! Short story ni bukannya seram sangat tapi ada misteri di sebalik cerita. Woahh.. Anyways, don't forget to vote ya.. (✯ᴗ✯)