'2 (+_+)

150 7 0
                                    

Like macam biasa, masuk kerja then balik rumah. Ulang-alik dari office ke rumah tiap hari kecuali hari Sabtu dengan Ahad jer cuti. Harini banyak pula kerja yang aku perlu siapkan. Boss suruh aku tolong buatkan dokumen untuk suatu mesyuarat.

Ralit mata tertancap pada skrin komputer, tak sangka dah habis dah pun waktu bekerja. Hanya tinggal aku dan beberapa orang lagi yang masih belum balik. Apa-apa pun, aku kena siapkan juga harini. Sebab esok aku nak minta balik awal.

“ Tengah sibuk ke tu? ”

Aku terkejut mendengar suara tersebut kerana tiada siapa pun yang berada dalam pejabat ni. Semua dah balik tadi. Hanya tinggal aku sahaja yang masih siapkan kerja. Aku pusing belakang, tiada orang pun, aku kembali toleh ke depan.

“ Baa ! ”

“ Astagfirullahaladzim.. ”

Cepat-cepat aku mengusap dada, jantung aku berdegup laju. Terkejut aku bila wajah seorang perempuan berambut panjang berada di depan meja aku. Dah lah tak ikat rambut tu, ingat kan hantu tadi.

“ HAHAHAHA terkejut ke? Chill lah.. ”

Dia tergelak melihat muka cuak aku tadi. Heh pikir lawak ke? Ni lagi sorang manusia yang tak reti nak bagi salam dulu. Muka macam orang melayu jer aku tengok, tapi tak bagi salam dulu. Ini lah orang zaman sekarang.

“ Awak siapa? Kenapa tak balik lagi? ”

Dia duduk di atas meja aku, dekat bucu meja.

“  Nama saya Sakinah. ”

Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku hanya kaku dan tersenyum. Takkan lah nak salam pulak kan? Dia tunggu aku, then dia tersedar.

“ Owh maaf. ”

Dia menarik balik tangannya.

“ Tidak mengapa. So ni kenapa tak balik lagi? Kerja awak pun belum siap ke? ”

“ Eh taklah. Ni kan kawasan saya, so suka hati saya lah nak duduk sini. ”

“ Kawasan? Dah lama ke kerja kat sini? ”

Soal aku sambil mata tertancap semula pada skrin komputer.

“ Boleh tahan lama lah jugak, tapi last-last kecundang sebab manusia yang tak bertauliah. ”

Aku terlalu fokus dengan kerja sehingga tak berapa dengar apa yang perempuan itu katakan. Aku berhenti menaip dan memandang ke arahnya.

“ Hah? Sorry tadi saya tak dengar sangat. ”

“ Awak busy kan? Takpe lah siapkan lah kerja tu dulu. Nanti-nanti jer kita sambung berborak. Saya pergi dulu. ”

“ Owh okay. ”

Perempuan yang bernama Sakinah tu pun pergi, entah lah pergi mana. Sama ada balik ataupun pergi ke sekitar office ni sebab sekejap dah tak nampak bayang dia. Aku sambung siapkan kerja.

© Peneman | Short StoryWhere stories live. Discover now