Sedar

4 0 0
                                    

Thurayya membuka matanya perlahan. Dia cuba untuk bangun. Dia melihat sekeliling. Ini bukan bilik Khalis. Dia dibilik tidurnya. Tia semakin hairan. Kenapa dia berada disini? Adakah dia bermimpi? Benda terakhir yang dia ingat, dia mahu berjumpa dengan adiknya. Pintu bilik tidurnya terkuak.

"Qays?", ucap Thurayya. Qays kelihatan risau dan laju melangkah ke arah katil Thurayya.
"Tia dah rasa okay sikit?," tanya Qays.
"Kenapa Qays kat sini? Macam mana? Bukan Qays ada urusan di KL?," bertalu soalan Thurayya. Qays tertawa.
"Tia, banyaknya soalan awak. Tak terjawab saya. Awak tu demam, soalan Qays pun Tia tak jawab lagi." Thurayya keliru. Dia baru perasan tuala kecil lembap disebelahnya yang terjatuh semasa dia cuba duduk tadi. Thurayya menyentuh wajahnya dan lehernya. Terasa sedikit haba panas.
"Saya demam ke?", soalnya sendiri. Qays hanya ketawa melihat tingkah Thurayya.

Khalis masuk ke bilik Thurayya. "Kak Tia dah okay, ke? Abang Qays, kakak macam mana?," tanya Khalis.
"Dah okay sikit ni. Demamnya dah turun sikit," jawab Qays selepas melihat angka 36.7 celcius tertera di alat termometer yang dihalanya ke dahi Thurayya.

"Khalis! Apa yang dah berlaku, ni? Kakak tak ingatlah!," tanya Thurayya terpinga. Khalis mengerut dahinya. Kenapalah kadang-kadang kakaknya begini. Rasa menyesal pun ada kakak macam ni.
"Khalis?", Khalis mengeluh panjang dan akhirnya menjelaskan apa yang telah terjadi. Khalis mengundur diri dengan alasan ingin membuat air teh untuk Qays tetapi sebenarnya mahu memberi ruang untuk Thurayya dan Qays berbual.

"Qays, Tia minta maaf sangat. Tak sangka pulak si Khalis tu call awak. Nanti saya ajar budak tu. Ish."
"Eh, takpelah. Kesian Khalis tu. Tia janganlah marah dia."
"Tapi kan... Tia ada satu soalan." Qays tertawa lagi.
"Ha, apa dia? Tia ni tak habis lagi soalannya dari tadi."
"Kenapa Qays sanggup datang sini? Sini kan jauh dari tempat awak kerja?" Qays terdiam. Sebenarnya dia pun tidak tahu mengapa. Bila Khalis call kata Thurayya tak sedarkan diri, dia tinggalkan segala kerjanya dan minta izin bos untuk kerja separuh hari. Dia tak senang hati. Dia ingin cepat-cepat berjumpa dengan Thurayya. Itu sahaja difikirannya pada masa tu.
"Qays? Awak nak jawab ke tak ni?," tanya Thurayya lagi. Qays tersedar sesuatu semasa dia memerhatikan wajah Thurayya.
"Saya tak tahulah. Saya rasa saya sukakan awak." Qays senyum. Thurayya masih cuba memahami apa didengarnya. Dia tersentak. 'Apa?!!,' jeritnya didalam hati. Qays menghala alat suhu ke Thurayya.
"Uish, naik balik suhu awak ni, Tia." Dia mengambil kain tuala disisi Thurayya dan keluar dari bilik Thurayya. Qays suka aku??!!!! Wajahnya membahang.

SempurnakankuWhere stories live. Discover now