#6

29 9 0
                                    


"Assalammualaikum!!Ibu,Abah!!!adik dah balik!!!"jerit Syafira riang.Syafina yang dibelakang hanya menutup telinga.

"Adik diam boleh tak?Adik ni anak dara,jangan lah pekik pekik macam tu!"tegur Syafina kepada adik bongsunya.Syafira hanya menayangkan muka selambanya seraya masuk ke dalam rumah.





Selepas selesai mandi dan solat,Syafira memilih untuk membuat sandwish telur.

"Ala.Telur dah habis"keluhan berat dilepaskan.Kelibat Syafina di belakangnya ditegur.

"Along.along nak keluar ke?"tanya Syafira.

"Haah.Along nak pergi kedai.Ni adik ada nak kirim apa-apa tak?"tanya Syafina.Pantas Syafira mengangguk kepala sebelum bersuara.

"Ada.Adik nak minta Along belikan telur dah habis.Adik nak buat sandwish"ujar Syafira.Syafina berkerut dahi.

"sandwish?Sandwish telur?Petang-petang ni adik nak buat sandwish telur?Wrong timing betul lah adik ni."kata Syafina.

"Alah bisinglah along ni.Along nak belikan ke tidak?"tanya Syafira lagi.Syafina menjeling sebelum bergerak meninggalkan Syafira keseorangan.

-----------------------------------------------

Puan Salmah dan Encik Sulaiman sedang leka menonton television.Syafina dan Syafini sedang berperang di dapur menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga.Syafira pula sedang menyiapkan kerja sekolahnya di dalam bilik.

"Fini,tadi kau bawa ibu dengan abah pergi hospital.Macam mana? Ok? Ramai orang ke?"tanya Syafina kepada Syafini.

"Alhamdulillah.Ok je.Ramai ke tak tu macam biasa lah."jelas Syafini.Petang tadi,dia pergi membawa Puan Salmah dan Encik Sulaiman ke hospital.Puan Salmah menghidap penyakit darah tinggi.

"along,esok angah ingat nak bawa ibu dengan abah jalan-jalanlah.Bawa adik sekali"ujar Syafini.Sudah lama dia tidak membawa keluarganya bersiar-siar.

Syafini seorang Wedding Planer di Kuala Lumpur.Syafini memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur.Jadi Syafini akan pulang ke rumah ibu bapa seminggu sebulan.Syafina pula pemilik sebuah restoran berdekatan dengan rumah mereka.

"dah siap.Boleh panggil ibu abah dengan adik makan."arah Syafina.Syafini bergerak menuju ke ruang tamu sebelum kakinya berjalan menuju ke bilik Syafira.


Tiba sahaja di pintu bilik adiknya itu.Syafini terdengar suara adiknya.

"ceh.Dia yang langgar aku lepastu boleh pulak dia suruh aku yang minta maaf pada dia?Harapanlah.Satu lagi,aku tahu lah kulit aku ni tak cantik.Kasar.Tapi tak bermakna dia boleh libatkan mak ayah aku!"bebel Syafira.Syafini yang mendengarnya turut berkerut seribu.
Tak pernah-pernah adik bongsunya berperangai macam ni.

Syafini menyelinap masuk ke bilik adiknya.Secara perlahan dia menutup pintu bilik.Risau jika adiknya sedar akan kehadirannya.

"Apa?Dia ingat nama dia ada Engku ke Tengku bagai aku takut?Ceh,tak goyang pon lah"bebel Syafira lagi.Engku?Tengku?Sapa jadahnya tu?

"Isy benci betul lah jantan tu!!"jerit Syafira

"jantan?lelaki ke?"tanya Syafini.Hatinya meronta inginkan penjelasan adiknya.

"eh.Angah? Bila masuk ni?Nape tak ketuk pintu dulu?"tanya Syafira bertubi-tubi.Namun pertanyaannya dibiar sepi.

"aku pelik lah dengan kau ni,dik.Macam mana kau boleh buat kerja sekolah sambil membebel?kalau aku jadi kau,aku kena diam je baru aku fokus.Fuuh terer lah kau,dik"Syafira menjeling kakaknya.

"kenapa angah masuk bilik adik ni?"

"along panggil makan.Jom makan!"ujar Syafini lagi.Tanpa membuang masa,Syafira melangkah ke arah dapur diikuti dengan Syafini di belakang.

--------------------------------------------

"Ibu abah.Ni Fini nak minta izin.Esok Fini dengan along nak bawa adik pergi jalan-jalan.Mungkin balik lambat sikit."jelas Syafini.Syafira yang mendengar menjerit riang.

"Amboi,bawa adik aje ke?Ni ibu abah ni tak nak bawa ke?"usik Encik Sulaiman.

"eh ibu dengan abah ikut sekalilah.Lagi ramai lagi meriah"kata Syafini.Puan Salmah menggeleng kepala.

"takpelah.Ibu dengan Abah taknak ikut.Nak rehat aje at rumah ni.Lenguh kaki ni tak habis lagi"keluh Puan Salmah sambil mengurut kakinya.Syafini pantas mendapatkan ibunya lalu mengurut kaki permaisuri hatinya itu.

SHE'S GROWED UP WITH ECZEMAWhere stories live. Discover now