#7

26 6 0
                                    


"Fira!" Jerit Fitrah lantang. Syafira pantas menoleh ke belakang.

"Hesy. Apa?" Balas Syafira malas. Dilihatnya wajah sahabatnya itu nampal resah. Berpeluh-peluh wajah gadis berkaca mata itu.

"Eh kenapa kau ni,Fitrah?" Tanyaku risau. Fitrah masih termengah-mengah.

"Tadi- tadi ada lelaki ramai-ramai ikut saya dari belakang! Saya cepat-cepat lari naik tangga. Tapi sebab saya pakai kain sekolah jadi tak boleh nak langkah besar-besar. Tu yang saya jerit nama awak tu. Nak minta tolong.." Terang Fitrah yang masih lagi termengah-mengah.

Aku berkerut dahi. Lelaki ramai-ramai ikut Fitrah? Sebab apa?

"Kau nak pergi mana masa tu?" Tanyaku lagi. Kemudian Fitrah menayangkan sebuah buku tebal.

"Saya baru balik dari perpustakaan. Saya pinjam buku. Lepas time on the way ke kelas tadi ada banyak lelaki ikut saya. Eey! Takutlah,Fira!" Adu Fitrah seraya membetulkan kaca matanya yang besar itu. Aku menggelengkan kepala.

"Tulah kau. Lawa sangat! Sape suruh lahir lawa sangat? Kan dah kena kejar dengan peminat. Dah jangan takut-takut. Diorang tu nak mengurat kau je tu." Ujarku cuba untuk menenangkan hati gadis di hadapanku ini. Hati aku pon tak tenang dengar cerita Fitrah ni.

-------------------

"Oi sisik! Ni ambik ni! Siapkan esok aku nak!" Arah Sarah dengan lagaknya. Aku hanya mengendahkan sahaja perempuan gila di hadapanku ini. Fitrah menepuk bahu aku. Matanya bertukar arah kepada Sarah.

"Biarlah dia. Malas nak layan." Jawabku sepatah. Pelik betul aku dengan perempuan ni. Takde kerja lain agaknya. Dia ingat dia Bos? Habis satu kelas dijadikan staff dia.

"Hey, kau dengar tak ni huh? Aku cakap dengan kaulah!" Pekik Sarah lagi. Wajahnya nampak marah.

Aku bangun dari dudukku.

"Berapa kali aku nak cakap? Aku ni bukan kuli kaulah! Kau suruhlah aku buat kerja sekolah kau ni berapa kali pon aku tak buat!" Jerkahku. Sarah menapak menghampiriku.

"Kau ni kan. Tak padan dengan kulit kau yang macam sisik ular ni kau nak melawan cakap aku?" Jerit Sarah lagi. Sekarang bermulalah acara tarik tudung.

Aku bukannya pandai teakwondo pon. Bertumbuk aku aku tak reti. Kalau aku pandai bertumbuk dah patah riuk dah anak orang ni aku kerjakan. So kenalha tarik tudung dia jugak. Fitrah cuba meleraikan pergaduhan sehingga Sarah tersungkur ke lantai.

"Auch. Sakitlah bod*h! Berani kau kan?" Jerit Sarah lagi. Menjerit je kerja. Sarah bangun dan berjalan ke arah mejanya. Aku dan Fitrah pada awalnya fikirkan Sarah mahu berhenti dari bergaduh. Jadi kami berdua kembali duduk di tempat kami. Tetapi yang terkejutnya Sarah kembali semula kepada kami. Tangannya menggengam gunting dan dihalakan ke arah Fitrah.

Aku yang perasan akan situasi itu cepat-cepat menjerit nama sahabatku.

"Fitrah!!!"

-----------------------

"Fira terima kasih tau. Nasib baik awak sempat selamatkan saya. Kalau tak,tak tahulah apa jadi. Tu pon lengan awak dah kena jahit." Ucap Fitrah sayu. Matanya ralit meneliti setiap jahitan di lenganku.

(Sorry tau sara tak tahu macam mana nak cakap Sarah cederakan Syafira tu. Hehehe. Sorry)

Nasib baik aku tolak Fitrah tadi. Sarah pula sedang berada di bilik
disiplin. Cikgu Adibah iaitu guru kelas kita orang dah call mak bapak Sarah.

"Tak sakit ke,Fira?" Tanya Fitrah. Aku kembali memandang lenganku yang dijahit. Aku menggeleng.

"Sakit tu sakitlah. Tapi takdelah sampai meroyan sakitnya. Sikit je ni." Jawabku tenang. Fitrah mengangguk tanda faham.

"Sarah tu selalu kacau awak. Yang saya peliknya kenapa dia kacau awak?" Tanya Fitrah lagi. Aku menjungkit bahu. "Manalah aku tahu".

"Dah lama ke awak kena buli,Fira?" Tanya Fitrah lagi.

"Lama dah. Dari aku masuk tadika lagi." Fitrah terkejut besar.

"Ma-maksudnya dia buli awak dari kecik ke?" Tanya Fitrah lagi. Aku ketawa.

"Hesy kau ni. Agak-agaklah!" Aku menampar bahunya lembut.

"maksud aku,dari kecik lagi aku memang dah kena buli. Bukan dengan Sarah aje. Dengan orang lain pon ada." kataku. Fitrah mengangguk lagi."Ooo kesian awak".

"Dulu,aku ingat lagi first time aku masuk sekolah tadika. First time aku masuk kelas aku ecxited gile. Tapi masa aku nak berkawan dengan budak-budak lain. Diorang taknak borak dengan aku. Diorang buat macam aku tak ada pon kat situ." Ujarku.

"Lepastu masa rehat, aku duduk makan sorang-sorang. Ada seorang cikgu perempuan tu je. Zulaikha rasanya. Dia je yang selalu teman aku makan."

"Waktu main pulak, aku duduk kat tepi. Sebab aku takde kumpulan. Takde budak nak main dengan budak macam aku. Kulit macam ular." Sambungku lagi sambil tersenyum kelat. Fitrah di sebelah yang ralit memandang aku biarkan. Yang penting hati aku sebak. Aku perlukan seseorang untuk aku muntahkan semua sakit dan pedih aku. Sedih. Iye itu apa yang aku rasa sekarang. Sedih dengan manusia di dunia ini. Bila ada yang lain sikit. Mereka pinggirkan. Mereka menghina. Mereka mencaci. Orang macam aku ni tak minta pon untuk dilahirkan dengan keadaan macam ni. Kenapa mesti mencaci? Kenapa mesti menghina kami? Apa dosa kami?

Dan bila ada yang membuat kesilapan, mereka mula menghukum seperti tiada kemaafan buat orang tersebut. Dan yang paling menyakitkan hati, bila ada yang berhati murni, mereka berburuk sangka. Inilah manusia. Yang jahat dibenci, yang baik turut dibenci. 

Kalau jumpa hamba-hamba Tuhan yang perangai macam ni abaikanlah. Jangan sedih-sedih. Biarlah diorang dengan perangai tak baik diorang. Tak perlu nak ambik hati diorang.

"Lepastu aku ingat lagi,dua orang kakak aku bergaduh dengan parents budak tadika kat situ masa nak jemput aku balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepastu aku ingat lagi,dua orang kakak aku bergaduh dengan parents budak tadika kat situ masa nak jemput aku balik." Kataku. Membulat mata Fitrah mendengarnya.

"Kenapa? Hebatnya kakak awak! Gaduh dengan orang dewasa." Puji Fitrah. Aku juga ketawa apabila mengenangkan kisah itu.

"Aku gaduh dengan anak diorang. Budak tu mention nama mak ayah aku. Aku apa lagi! Buka silatlah! Hahahaha!" Jelasku dengan tawa yang masih bersisa. FItrah juga terhibur.

KRIIIIIIIIIIING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Eh dah rehatlah. Jom rehat." Ajak Fitrah.

"Nak rehat kat mana?" Tanyaku pula.

"Tempat biasalah. Serabutlah kat kantin tu. Bising." Rungut Fitrah. Aku mengangguk seraya berjalan mendahului Fitrah. "Eh tunggulah!!" Panggil Fitrah.








Assalammualaikum. Ok sebenarnya bab ni lebih kepada sesi luahan sarah kepada reader. Btw sarah ambil bahagian jugak tau dlm story ni. Sarah sebagai Sarah.Hahahha tiber. Oklah bye!❤

SHE'S GROWED UP WITH ECZEMAWhere stories live. Discover now