#10

29 3 0
                                    


"HAHAHAHAHA!! CACAT! KULIT MACAM SISIK ULAR!"

"Eey. Kenapa dengan kulit dia?"

Ada yang memandangku dengan pandangan jijik,pandangan takut dan ada juga yang tumpang simpati dengan nasibku. Tapi tidak bermaksud mereka sudi menerimaku.

----------

"AAAAAAAAAAHHHHH!!!!!!!!!" jerit Syafira nyaring. Syafini dan Puan Salmah yang dari tadi di dapur terus berlalu mendapatkannya.

"Weh dik! Kau dah kenapa terpekik-pekik pagi-pagi buta ni, hah? Terkejut oranglah! Tulah! Lepas Subuh tidur balik, kan dah mengigau!" Marah Syafini sambil mengurut dadanya. Hampir saja terkeluar jantung dari jasadnya tadi.

Puan Salmah mendekati anak bongsunya. Puan Salmah melabuhkan punggung di birai katil.

"Fira kenapa ni? Fira demam ke?" Tanya Puan Salmah lalu meletakkan telapak tangannya di dahi Syafira.

Syafira menggeleng. "Tak ada apelah ibu. Fira mengigau je tadi. Tu yang terjerit tu. Maaf terkejutkan ibu." Kataku lalu mengurut tangan ibu. Aku mengerling ke arah kakakku.

"Dah tu! Tak payah nak berdrama pulak siang hari ni! Pergi mandi lepastu boleh sarapan!" Arah Syafini lalu segera beredar dari situ. Malas mahu melayan kisah sedih anak beranak itu.

-----------------

Usai mandi aku menapak ke dapur.
Kakiku laju menuju ke meja makan.

"Nah." Pinggan bertukar tangan. Syafina lekas mengnuangkan air milo ke dalan cawanku.

"Along dah makan ke?" Tanyaku sopan. Syafina mengangguk laju.

"Dah. Kejap lagi Along nak gerak dah. Lama dah rasanya tak tengok kedai tu. Apalah kisahnya kedai Along tu! Haha!" Ujar Syafina diakhiri dengan tawa halus.

Syafira jugak turut tersenyum.

"Adik, kau nanti siap-siap. Kau ade appointment kat hospital kan? Jangan lambat macam haritu pulak." Pesan Syafini lalu menegeuk air mila sehingga habis.

Syafira cuba mengingat kembali akan kejadian itu. Kemudian dia ketawa kecil.

"Hahaha. Lawak betul time tu. Kesian Angah kena marah dengan doktor!" Kata Syafira sambil menunding jari ke arah Syafini. Syafini hanya menjeling. Tiada niat mahu membalas.

"Kau lah punya pasal. Terhegeh- hegeh. Suka buang masa." Bebel Syafini sambil menyendk lauk ke dalam piggannya.

Naik bernanah telinga telinga encik Sulaiman mendengarnya.

"Sudah tu, Fini. Membebel depan makanan. Makan cepat. Adiknya pon dengar cakap kakak tu. Tak salah pun apa kakak kata, Fira memang lambat buat kerja. Nanti siap cepat." Ujar Encik Sulaiman lalu kembali fokus kepada makanannya.

Syafini tersenyum kemenangan. Wajah adiknya dipandang. Padan muka kau.

--------------------------

Syafini dan Syafira selamat masuk ke dalam bangunan hospital. Kelihatan ramai orang sedang duduk di kerusi menunggu.

Syafini berdengus geram manakala Syafira pula membuat muka bosannya.

Bosan rasanya pergi hospital. MAlas sangat rasanya nak ambil ubat. Sapu ubat pada kulit apatah lagi. Malas. Bukan boleh baik pun.

"Bosan sungguh." Gumam Syafira perlahan. Takut didengari kakaknya itu. Syafini memang pantang kalau adiknya berkata bosan. Nampak macam kurang adab sangat.

"Ramainya orang hari ni. Masa kita datang ni jugalah nak ramai orang sakit." Keluhan pasrah dilepaskan. Lalu mereka berjalan menuju ke kaaunter hospital untuk mengambil giliran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SHE'S GROWED UP WITH ECZEMAWhere stories live. Discover now