DEDAUN pintu cafe itu ditolak perlahan lantas dia menapakkan kaki bersarung kasut jenama Testoni hitamnya memasuki ruangan dalam cafe yang sunyi. Ruangan yang dihias dengan latar classic itu dipandang senada sebelum dia mengambil tempat duduk pada sofa tidak jauh dari sebuah rak buku yang tersedia.
Nicholas Vincent menyandarkan belakang tubuhnya pada sofa lalu kaki disilangkan ke atas kaki kirinya. Mungkin dia yang terlalu awal menapak masuk ke dalam cafe itu kerana tiada langsung pelanggan lain di dalamnya. Sebatang rokok serta pemetik api dikeluarkan. Pemetik api dia hidupkan untuk membakar hujung puntung rokok itu namun belun sempat api tadi sampai ke destinasinya, batang rokok yang dia kepitkan di celah bibir tiba-tiba dirampas kasar oleh seseorang. Berkerut wajah tampannya apabila pertama kali dilakukan begitu.
Wajah diangkat memandang ke arah si empunya tangan yang sesuka hati merampas rokoknya.
"I'm sorry but you can't smoke here,"
Gadis yang mengenakan topi hitam dengan logo cafe itu memasukkan rokok yang dia rampas tadi ke dalam poket apron yang dia pakai. Dia tidak gentar membalas tatapan tajam daripada jejaka tampan yang sungguh lain auranya.
"Sorry?" Vincent menyoal semula. Dia memeluk tubuh memandang tepat ke arah gadis yang masih berdiri di hadapannya.
"Pekak punya mamat,"
Sekali lagi kening lelaki itu berkerut. "Can you repeat it again?"
"No,"
Kali ini giliran gadis itu pula yang berpeluk tubuh. Vincent berdecit sinis sebelum mengeluarkan sebatang lagi rokok dari kotaknya lalu mengepitkan rokok itu ke celah bibir merahnya. Buat kali kedua, gadis itu mahu meragut rokok dari celah bibirnya namun Vincent lebih pantas mengelak. Hujung puntung dibakar dia asal dihembur keluar. Wajahnya tiada perasaan memandang gadis tadi.
"I'm sorry again but if you want to smoke, please go outside. Not in our cafe," ujar gadis tadi. Suaranya kedengaran sedikit keras.
Vincent berdiri tepat di hadapan gadis itu. Asap rokok miliknya dihembus ke muka bersihnya menbuatkan gadis itu terbatuk-batuk mencari udara. Tag nama yang tersangkut pada bajunya dilihat.
"Adira.."
Adira yang usai dapat mencari udara mendongak menatap lelaki tinggi lampai yang menyebut namanya. Tiba-tiba kecut perutnya melihat wajah tidak puas hati yang terpancar pada wajah lelaki itu. Rasa takut menguasai dirinya apabila teringat yang hanya dia seorang sahaja yang ada di cafe pada waktu ini.
"Y-yes.."
"Don't mess up with me..little girl.."
"Or else?"cabar Adira berani.
Vincent menyepetkan mata memandang Adira yang jauh lebih pendek darinya. Anak mata hazelnya menikam anak mata hitam pekat milik gadis itu. Dia menapak beberapa tapak ke hadapan merapati Adira membuatkan gadis itu mengambil beberapa tapak ke belakang. Keadaan tetap seperti itu sehinggalah belakang tubuh kecil gadis itu melekat pada dinding yang menguncinya. Terus berubah cuak wajah Adira melihatkan yang Vincent tetap melangkah merapatinya.
"Stop!"
"Or else?"Vincent memulangkan paku buah keras. Adira menggigit bawah bibirnya cemas.Puntung rokok dibaling ke atas lantai lalu dia tangannya terus mengunci tubuh gadis itu.
YOU ARE READING
His Tesoro
RandomHis Tesoro ; Once You're Mine "If falling for you was a crime, then i'll be the most wanted criminal in this damn world," NICHOLAS VINCENT, dia percaya pada cinta. Namun dia tidak percaya bahagia pada takdir. Dia juga pernah mencintai seseorang, nam...