DANIEL mengusap bawah dagunya sambil melihat rakaman cctv yang menunjukkan perbalahan antara Vincent dan beberapa orang lelaki sehari yang lepas. Melihat skill berlawan Vincent membuatkannya tersenyum. Lelaki itu tidak berubah sikitpun. Malah bertambah hebat dari yang dia kenal sebelum ini. Rakaman itu tamat apabila Vincent melepaskan mereka pergi.
Dia bersandar pada kerusi di bilik peribadinya sambil jejari lincah mengusik tetikus. Terus skrin komputernya terhias dengan rakaman cctv pada cafe miliknya hari ini. Sama seperti yang biasa. Cafe itu dipenuhi pelanggan dan pekerjanya tidak menang tangan untuk menguruskan satu persatu daripada mereka.Namun sesuatu membuatkan Daniel duduk tegak memandang skrin. Skrin dibesarkan ke arah seorang pekerja yang ligat mengemas meja. Adira.
Dari situ dia dapat melihat yang gadis itu diperhati oleh seorang lelaki mengenakan serba hitam. Jaket kulit, topi serta memakai mask hitam. Namun gadis itu masih meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan apa-apa. Telefon pintar dicapai dan nombor seseorang dia dail. Tidak sampai beberapa saat, panggilan bersambung.
"Hello?"
"Ciao," (hello)
Suara Vincent terus bergema di corongnya.
"Dove sei ora?"(Kau di mana sekarang?)
"Casa," (Rumah)
"Voglio vederti. Now," (Aku mahu jumpa kau.Sekarang)
"Perché?" (Kenapa)
Daniel mematikan talian sekejap. Cepat-cepat dia memasukkan file daripada komputer itu ke dalam telefonnya lantas dihantar kepada Vincent. Tidak sampai beberapa minit, telefonnya berdering. Daripada Vincent.
"Sto venendo ora," (Aku datang sekarang)
Seperti yang dijanjikan, tidak sampai setengah jam, Bugatti Chiron milik lelaki Itali itu tiba tepat di hadapan cafe Daniel. Sebaik sahaja masuk, lambaian daripada Daniel terus membawanya ke suatu tempat yang agak tersorok dari orang. Vincent melabuh punggung menghadap rakannya.
"È ancora qui?" (Dia masih di sini?)
Daniel mengangguk. "Direzione delle tre," (Arah pukul tiga)
Vincent memusingkan kepalanya ke kanan pantas sebelum berpaling semula ke hadapan. Lelaki yang di dalam rakaman itu masih ada di sini cuma dia yang mengubah tempatnya. Vincent menoleh lagi.
Lelaki itu berubah mengikut tempat yang dia boleh memerhatikan Adira.
"Lo hanno preso di mira," (Mereka menyasarkan dia) Ujar Daniel.
" Capisco,"(Aku nampak)
"Perché lo hai coinvolto huh?"(Kenapa kau libatkan dia huh?)
Vincent berpeluk tubuh dan bersandar."Non me. Si è coinvolto," (Bukan aku. Dia yang libatkan diri dia sendiri)
Benar. Adira yang mencari pasal dengannya semalam. Dan musuhnya sedang menyasarkan gadis itu. Barangkali mereka membuat spekulasi yang Vincent mempunyai hubungan istimewa dengannya.
Daniel mengeluh berat. "Adira non ha nulla a che fare con il tuo mondo. Non coinvolgerlo," (Adira tiada kena mengena dengan dunia kau. Jangan libatkan dia)
"Sai anche che non può scappare da loro, hai anche vissuto nel mio mondo," (Kau pun tahu dia takkan boleh lari bila terlibat dengan 'mereka'.Kau pun pernah hidup dalam dunia aku)
"Quello era! Sono scappato da quel mondo oscuro!"(Itu dulu! Aku dah lari dari dunia gelap tu!)
Banyak mata terhala pada Daniel apabila lelaki itu menaikkan oktaf suaranya. Daniel berdehem perlahan.
YOU ARE READING
His Tesoro
RandomHis Tesoro ; Once You're Mine "If falling for you was a crime, then i'll be the most wanted criminal in this damn world," NICHOLAS VINCENT, dia percaya pada cinta. Namun dia tidak percaya bahagia pada takdir. Dia juga pernah mencintai seseorang, nam...