Bab 5

311 25 8
                                    


Watak: Katniss Everdeen

Outfit details:

1. Brown leather jacket

2. Black t-shirt

3. Black leather pants

4. Chunky combat boots

5. Black crossbody

6. Loose fishtail braid

LAJU jemari Nafeesa menari di atas papan kekunci komputer riba. Akalnya ligat mencari ayat yang cantik dan sedap untuk dimasukkan ke dalam kapsyen. Sejak dua tahun lalu, Nafeesa bekerja sebagai content writer secara bebas untuk sebuah laman dalam talian. Tapi Along mana ingat. Along fikir Nafeesa goyang kaki habiskan duit papa je ke? Nafeesa pun ada la kesedaran nak bertanggungjawab sikit. Takkan nak pergi bercuti sakan membeli-belah apa semua tu nak bergantung duit papa sahaja. Memang kasihan la papa nanti.

Ketukan di tingkap mengejutkan Nafeesa yang sedang khusyuk memerah idea untuk kapsyen tentang hidangan makanan Melayu di London kali ini. Spontan Nafeesa menoleh. Kelibat Khalil yang sedang tersengih di luar kafe menyapa pandangan.

"Eh?" Nafeesa mengerutkan dahi. "Abang Khalil buat apa kat sini?" soal Nafeesa keliru apabila lelaki itu muncul di hadapannya. Kali ini benar-benar terkejut sebab langsung tak menyangka akan berjumpa Khalil di sini. Kiranya, dah tiga hari la sejak kali terakhir mereka bertemu.

Hari ini, Nafeesa selepas sarapan tadi dah beritahu Najwan untuk tidak mengganggunya sebab Nafeesa nak menjelajah Vancouver sendiri. Akhirnya lelaki itu mengizinkan. Itupun ke mana sahaja Nafeesa pergi, Nafeesa perlu kongsi lokasi kepada Alongnya itu.

"Me?" Khalil menyoal kembali. "What are you doing here? That's my office up there," balas Khalil sambil mengarah dagu ke arah menara yang terpacak di seberang tasik depan kafe ini. Dia yang datang kawasan kita, tanya kita balik pulak!

"Eh? Naf tak tahu pun ofis Abang Khalil kat sini. Along yang cadangkan pergi sini sebab apple cider dia sedap," balas Nafeesa sambil menunjuk cawan berisi apple cider yang sudah berbaki separuh di atas meja. Memang pertemuan dengan Khalil hari ni sebuah kebetulan yang menyenangkan. Seolah-olah Khalil tahu yang Nafeesa memang sedang memikirkan cara untuk bertemu lelaki itu lagi.

Khalil ketawa lepas. "Well, that's what I recommended him." Kafe Petit Ami ini memang antara kafe popular di Vancouver. Kopi dan pastrinya semua sedap. Tapi Khalil tak minum kopi. Jadi, apple cider panaslah yang menjadi pilihannya tiap kali ke sini.

"Oh. Abang Khalil buat apa kat sini? Tak masuk ofis lagi ke?" Sempat Nafeesa melirik ke arah jam di tangan. Pukul 9:30pagi. Tak ke seharusnya Khalil sudah masuk pejabat? Ke dekat sini waktu pejabat bermula jam 10:00 pagi?

"Supposed to grab a cuppa, but I saw you here so I dropped by to say hi."

Nafeesa angkat kening sebelah. "This is more than hi."

Khalil sengih. Budak ni memang kuat menjawab. Patut ambil kursus guaman, bukan sastera! Malas hendak menafikan, Khalil sekadar menjungkit bahu. "Boleh duduk?"

"Duduklah," pelawa Nafeesa. "Bukan tempat Nafeesa pun." Dia kembali menghadap komputer riba. Butang 'save' ditekan sebelum Nafeesa menutup komputernya untuk pandang Khalil yang sudah pun melabuh duduk selang sebuah kerusi darinya. Berdepan dengan lelaki ini memang boleh menghilangkan konsentrasi Nafeesa. Memang hilang terbang terus segala idea yang bermain di mindanya tadi. Lebih baik tutup sahaja komputer riba dan fokus pada jejaka kacak di hadapannya tika itu.

Buah Hati NafeesaWhere stories live. Discover now