1

45 9 0
                                    

i hate my mum .
i hate my life .
and the most important , i hate myself .

Usai mengerjakan kerja yang sedari tadi menganggu fikiranku, nafas lega aku hembuskan. Lengan kananku dibawa mengesat peluh yang menitik tanpa henti di pelipis dahiku. Sebotol air mineral yang tinggal separuh aku capai lalu diminum rakus.

" Ryan ! "

Panggilan seseorang bersuara garau dari belakang membuatkan aku segera berpaling. Punggung yang enak berlabuh segera aku bangkitkan.

" Ya, Encik Malik. " sahutku.

" Nanti kau alihkan besi-besi tu. " arahnya sambil jari ditundingkan pada segunung besi-besi. Pandangan sekilas aku berikan sebelum aku kembali memandang wajah putih kemerahan Encik Malik. " Before shiff kau habis, aku nak kau settlekan benda tu. " arahnya lagi sebelum berlalu pergi.

Pemergiannya aku hantar dengan lirikan mataku sebelum keluhan perlahan aku lepaskan. Difikirkan sudah selesai, rupanya tidak. Malas membuang masa mengenang nasib yang sudah malang sejak aku lahir di muka bumi ini, langkah segera aku atur menghampiri besi-besi itu. Jam dipergelangan tangan aku pandang sekilas.

" Lagi 2 jam. " gumamku perlahan. Lima batang besi diambil lalu dijatuhkan pada bahuku. Kerutan di dahi aku hiraukan. Langkah diatur menuju ke tapak pembinaan.

Ya, ini kerja aku.
Kerja yang tiada masa hadapan.

.  .  .  .  .

Beberapa helai kertas berwarna biru laut yang dapat dikira pakai jari aku pandang sekilas sebelum pandangan dijatuhkan pada seorang penjual kecil-kecilan di tepi jalan. Senyumannya aku balas dengan senyuman hambar.

" Nasi ayam sebungkus. " ujarku senada.

Tanpa perlu menunggu lama, sebungkus nasi ayam berplastikkan merah jambu dihulurkan kepadaku. Lima helai kertas licin yang sebentar tadi dalam genggamanku bertukar tangan. Usai tangan kanan mencapai bungkusan itu, langkah diatur menjauhi gerai tersebut. Duit yang tinggal separuh daripada nilai asal aku sumbat kembali ke dalam poket seluar trek hitamku.

Perjalanan yang mengambil masa 20 minit akhirnya sampai ke penghujung. Rumah batu yang berwarna putih lusuh dihadapan aku pandang bersama keluhan perlahan. Pintu yang sekadar menjadi sandaran lubang bersegi empat tepat itu aku tolak ke tepi lalu tubuhku disumbat masuk. Usai kedudukan pintu dikembalikan seperti sedia kala, pandangan mataku meliar mencari susuk tubuh seseorang.

Figura wanita berambut kusut yang sedang melipat baju aku perhatikan kosong. Tanpa sebarang kata-kata, bungkusan ditanganku aku letakkan dihadapannya lalu berlalu pergi. Dia yang agak tersentak aku hiraukan.

" Ryan, jom- "

" Aku dah makan. " potongku.

" Tapi ibu- " bicaranya aku potong dengan hempasan pintu. Tidaklah terlalu kuat, sekadar cukup untuk dia dengari bahawa aku tidak lalu berada dalam radar untuk mendengar setiap butir bicaranya.

Ibu ?

Ya. Dia ibu aku.
Ayah? Takda. Bukan mati, cuma-
TAKDA .

Malas berganti baju, tubuh langsung dijatuhkan pada kain ber material nipis yang sudah aku anggap sebagai katil. Beg sekolah berwarna hitam yang bersandar pada dinding aku capai lalu dijadikan sebagai tempat kepalaku berlabuh. Siling putih lusuh aku pandang lama sebelum diriku jatuh ke dalam buaian mimpi.

Ya ini aku.
Kisah yang " kosong "
Tiada kebahagian, hanya penderitaan.
Bukan seperti watak hero yang menjadi impian semua orang diluar sana, tapi hanya tentang lelaki miskin plus malang yang terkurung dalam kegelapan dunia.

ArcaneWhere stories live. Discover now