im weird so what ? never care lol
Tanpa perlu berpamit dahulu bersama insan yang bergelar ibu, langkah demi langkah aku atur keluar tanpa sekelumat rasa bersalah yang tertanam dalam diri. Bacaan aku teruskan. Yang pasti bukan buku budak-budak bijak, just- novel.
Weird ?
Never care .Just-
" Ryan ! " panggilan seseorang mematikan lamunanku. Tanpa perlu berpaling melihat si pemanggil, dia yang sememangnya sudah dapat aku agak siapa aku hiraukan. Buku tebal yang menjadi tatapanku tadi aku sumbatkan ke dalam perut beg hitamku.
" Asal aku call semalam kau tak angkat. " rungutnya seusai dia menapak disisiku. Hembusan nafas yang masih tidak sekata miliknya aku hirau. Tiada langsung terniat dalam hati nak hulurkan air mineral buat si dia. Pembaziran itu amalan syaitan jadi better air tu aku simpan untuk masa yang lebih berguna. Salah dia juga, siapa suruh lari.
" Busy. " jawapku sepatah bersama nada kosongku. Kosong jela, beria jawap buat apa. Bukan awek aku pun.
" Kaki kau busy. Semalam- "
" Daripada kau membazir air liur untuk aku, better kau straight to the point sekarang. " potongku malas nak dengan dia membebel. Once dia membebel, makcik kantin membawang pun kalah.
" Oh yaa. Aku- WAIT " dia yang seperti tersedar akan sesuatu membuatkan keningku terangkat sebelah. Wajah acah terkejutnya aku pandang hairan.
" Daripada kau membazir air liur untuk aku " ayatku sebentar tadi dia ulang. Faham akan niat takguna nya wajah menyampah aku pamerkan.
" SUWIT NYAH. Dia macam wuishhh. Kalah ayat novel kauu. Boleh aku guna kat awek-awek aku ni. Nanti mesti awek aku reply- "
" Takpa untuk awak, bukan setakat air liur- harga diri pun saya sanggup bazirkan. WUISHH, ghisau. " ujarnya bersama nada penuh bapoknya. Aku di sebelah sekadar menggulingkan bebola mataku.
" Baby. " panggil seseorang bersama nada penuh lembut.
" Lah kau dah kahwin ke? Siap ada baby bagai. " perliku dan jelingan yang disedekahkan aku hiraukan. Pandangan penuh menyinga bertukar lembut apabila wajah acah innocent Alex kembali dia tatap.
" I- i can explain ling. I- "
Wajah penuh cringe yang tak dapat aku kawal aku pamerkan sehabis mungkin. Ling? Ingat loceng nak lingling bagai. Nak berambus dari situ ada niat yang tak habis lagi. Niat apa? Niat nak tengok muka Alex bila koleksi awek dia berkurang. Heh.
" Awek-awek ? Apa maksud u ? " ujarnya penuh kegedikan. Aku yang sememangnya sudah menyampah aku pekakkan sahaja telinga. Bayangkan jela ada gabus kat telinga. Bayangkan jela.
" Laa aku ingat dia marah pasal aku mention harga diri tu, rupanyaa ohok. " ujar Alex penuh bahagia. Wajah acah cemasnya bertukar kepada wajah monyet dapat pisang.
" Apa u cakap ? "
" Eh tak, tak. I cakap awek-awek tu sebab nanti anak-anak kita jadi awek I juga so, that's why I said awek-awek tadi. " alasannya yang penuh munafik membuatkan aku tersenyum sinis.
" Kau ingat dia percaya dengan- " bicaraku dipotong.
" Ala u ni. I ingat apa tadi. " katanya dengan penuh percaya diri. Rambutnya yang mengurai diselitkan di belakang telinganya.
" DIA PERCAYA ? BAPAK AR "
" Tengok kawan u ni, dia main bapak-bapak dengan i pula. " adunya. Usai itu wajah acah garang Alex ditujukan kepadaku. Riak wajahnya yang lebih kepada menghina aku sebab apa yang aku nak tak ke sampaikan aku pandang meluat.
" Inilah definisi buduh yang sebenar yaa. " ujarku lalu berlalu pergi meninggalkan dua ketul manusia yang sudah berada di atas kebodohan duniawi.
Tangga sekolah menuju ke aras 2 aku daki. Usai itu, langkah demi langkah aku atur menuju ke kelasku. Hanya berbekalkan 1 minit, langkah ku terhenti dihadapan pintu kelas. Tanpa perlu membuang tenaga menyelak pintu kelas, isi kelas yang sudah sememangnya penuh kekotoran tersergam jijik dalam pandangan mataku.
Dekahan tawa seorang demi seorang yang memandang aku punya hina aku pandang kosong. Tanpa perlu bertanya siapa pelakunya, dekahan yang paling kuat daripada pemilik yang penuh kekejian aku hampiri. Begnya yang tergantung pada bahu kerusi aku tarik lalu dibawa ke arah tempat dudukku.
Tanpa perlu berfikir panjang, botol yang berada disisi beg ku aku capai lalu air dicurahkan di atas mejaku yang dipenuhi dengan pecahan telur mentah. Aku dah kata, air ni akan berguna untuk masa yang lebih berguna.
Begnya yang aku pegang tadi aku jadikan kain lap. Seisi kelas menjadi sunyi sepi. Usai memastikan segala kekotoran sudah berjaya dihapuskan, begnya aku campak ke luar tingkap. Tanpa sebarang riak, punggung aku labuhkan. Hati yang terasa puas membuatkan aku tanpa sedar, mengukir senyuman sinis.

ANDA SEDANG MEMBACA
Arcane
Novela Juvenilsecret , mysterious , understood only by few . " just pretend to be a hero n tadaa , you're safe . " but well , you forgot . an unwanted boy can't be a hero .