Engkau menghilang ,
Dan aku menunggu untuk kau pulang ,
Tanpa apa apa pesanan dan kata kata ,
Kau membuatkan aku merana.Hatiku dipenuhi dengan soalan ,
Bertanya dan terus tertanya ,
Tiada sebarang khabar ,
Dari engkau yang aku nantikan.Di manakah engkau ?
Apakah sedang engkau lakukan ?
Apakah engkau baik baik sahaja ?
Adakah engkau masih hidup atau sudah mati ?Ya ,
Pikiranku ,
Dan hatiku ,
Segalanya tidak baik.Aku terus berdoa dan berdoa ,
Agar Tuhan melindungi engkau ,
Dan menjawab segala persoalan ku ,
Lalu mempertemukan kita kembali.
YOU ARE READING
Puisiku
PoetryMendengar dan membaca puisi dengan menghayati setiap luahan penulis. Mungkin ada sebahagian puisi berkaitan dengan dengan diri ini , perkara yang di lalui dan berjaya melalui sehingga kini. Bersyukur kepada Ilahi , kerana bertahan sehingga hari ini.